Saya memilih untuk terpaksa bekerja sampai berumur 70 tahun

DOWNSIZING
1. Tulisan saya mengenai pencen awal menjadi viral apabila beberapa majalah online menyiarkannya. Biar saya jelaskan beberapa perkara mengenai topik ini.
2. Bagi saya pencen bukanlah bermaksud kita berhenti mencari nafkah, sebaliknya ia bererti kita tidak tertekan untuk bekerja atau buat bisnes. Kita tak tertekan kerana kita sudah buat pelan kewangan awal-awal untuk tidak bergantung 100% kepada pekerjaan. Kita boleh buat apa yang kita nak buat, tak stress. Dapat duit tambahan sikit-sikit, cukuplah.
3. Kalau bekerja atau berbisnes pun, mungkin nak cari tambahan lagi 20 - 30% saja pendapatan. Baki, gunakan simpanan dan downsizing gaya hidup.
4. Downsizing gaya hidup bermaksud mengecilkan gaya hidup kita, sekaligus kurangkan perbelanjaan. Kalau dulu kita perlukan RM5,000 sebulan, apabila downsizing, mungkin RM3,000 sebulan sudah cukup.
5. Kalau dulu guna BMW, sekarang tukar kereta kecil. Di Malaysia, saya jual kereta saya dan gunakan kereta lama berusia sembilan tahun. Kalau dulu setiap tahun bercuti di UK, jarakkan kepada lima tahun sekali. Kalau dulu tiga kali seminggu makan malam di restoran, kurangkan kepada sekali sebulan.
6. Kalau dulu minum di Starbucks, sekarang minum di gerai. Kalau dulu beli tudung setiap bulan, sekarang beli tiga bulan sekali. Kalau dulu beli pakaian branded, sekarang beli yang lebih murah walaupun tak ada jenama.
7. Apabila kita downsizing, keperluan kewangan kita kurang. Di New Jersey ini, saya tak pernah sekali pun makan malam atau makan tengah hari di luar, kecuali apabila travelling. Sesekali saja pergi ke Dunkin Donut. Selebihnya, makan di rumah. Ada juga yang tanya kenapa saya pakai satu baju sejuk biru saja. Itu gaya hidup minimalist saya. Itu hidup tanpa ropol.
8. Apa yang penting bukanlah umur kita pencen, tetapi persiapan kita untuk pencen. Ada orang dah sampai umur 45 tahun baru teringat nak buat persiapan, dah lewat.
9. Rancang untuk pencen sebaik saja kita tamat universiti dan mula bekerja. Sasarkan bila nak pencen dan sediakan kewangan dan kesihatan. Kalau sihat, tak perlu kerap pergi hospital, boleh simpan duit. Kalau merokok, tak jaga pemakanan dan tak senaman, memang cari nahas.
10. Formula saya untuk pencen awal ialah kahwin awal, elakkan hutang, hidup tanpa ropol dan simpan duit. Kalau umur dah capai 55 tahun tetapi anak baru masuk sekolah menengah, susahlah nak pencen awal.
11. Saya sering sebutkan usah kejar dan peluk dunia. Biar kita pijak dunia. Bahagia bukanlah betapa banyak harta yang kita miliki tetapi apa yang kita rasai.
12. Apabila kita berikan tips begini, ada orang pandai menjawab itu dan ini. Kita usah sentap. Bagi saya mudah, biarkan dia. Semua orang ada pilihan, maka buatlah pilihan. Kalau dia memilih untuk terpaksa bekerja sampai berumur 70 tahun, silakan!
FB: Norizan Sharif

Labels

abad sahabat (1) Agama (39) agent hartanah (1) Akademi Tahfiz Darul Amee (1) Al Quran (3) Amalan (2) Anak Anak (2) Aplikasi (1) aqiqah (1) auto komen (1) Ayah (1) bangsa (1) bantuan (1) Berita (1) Bisnes (6) BR1M (1) brim (1) canopy (1) canopy sewa (1) Cerita (2) china (1) Coway (1) Cuckoo (1) Daie (1) dakwah (1) doa (1) Duit (2) ebook (1) event (1) facebook (3) felda (1) Global (1) google ads (1) grab (1) hartanah (1) healthy beverage for diabetics (1) Hiburan (1) Hijrah Canopy (1) homestay (1) Hospital (2) hotel (1) HRUU355 (1) hukum Agama (2) ibadat (4) ibu bapa (1) Ijtimak (1) insurans (1) ipoh (1) Jawatan Kosong (3) jenayah (3) Jin (1) jpj (1) kambing bakar (2) keluarga (3) Kemalangan (3) kenderaan (3) kerajaan (1) Kerja (1) kerja kosong (1) Kesihatan (1) Ketua Polis Negara (1) kewangan (1) khutbah Jumaat (1) kipas air (1) kisah agama (1) kitab (2) komesin (1) kongsi (1) kuliah (1) lelaki (1) lemon tea for diabetics (1) lesen (1) Lori sewa (3) lorry Trasport (1) luar negara (1) makanan (8) malaysia (2) Manusia (1) marketing (1) melayu (1) menteri (3) minuman (1) movers (3) Nasihat (7) National (1) negara (6) niaga (3) niaga fb ads (1) Nikah (1) Niqa Hijab Wash (1) Pelajaran (1) Peluang Pelajar (1) Pemandu Lorry (1) PENGERANG DEEPWATER PETROLEUM TERMINAL (1) PERHIMPUNAN (1) perniagaan (7) pernipuan (2) Pertolongan (1) Perubatan (1) Petua (2) phone (1) Politik (6) Produk (1) property (1) raja (1) rogol (1) roket emal (1) Rokok (1) rumah (1) sabun (1) Safe (1) sahabat (3) Saleman (1) Sebarkan (2) Semasa (1) seminar (1) SEMINAR MY DOCUMENTS (1) seri kembangan (1) Services (2) Sewa Khemah (1) sifat manusia (1) sifu fbads (1) sifu najib (1) stroke (1) Suami Isteri (6) Sukan (1) Sumbangan (1) surga (1) Syasya Canopy (1) Syurga (1) taklim (1) Taladan (10) taman negara (1) teknik (1) TEKNOLOGI (2) Teksi (1) Tentera Udara DiRaja Malaysia (1) tolong (2) Travel (3) TRONEXUS (1) TRUCKERS SNAPPERS (1) TRUCKERS SNAPPERS (1) ubat kuat (1) umum (1) Umur (1) Undang-undang (2) Up Date Trip Lori Sewa (1) urut (1) usia (1) wanita (1) website (1) Wordpress (1) yahudi (1) youtube (1) Zuriat (1)