sy sebagai ex-barber, korang simpan je dulu rambut tu

sy sebagai ex-barber, korang simpan je dulu rambut tu

Copy&Paste

Nasihat sy sebagai ex-barber, korang simpan je dulu rambut tu..atau botakkan sendiri dirumah kalau rimas sangat.

Setiap pelanggan berisiko pembawa wabak covid. Dan setiap alatan yang kami gunakan tak mungkin dapat dibersihkan 100% setiap kali guntingan. 

*Setiap helai rambut yang jatuh dilantai atau berterbangan di meja tak mungkin kami dapat bersihkan setiap kali.*

Senang cerita berisiko tinggi. Kawan-kawan saya pun tak sanggup ambil risiko untuk buka kedai walaupun masing2 tengah pokai. Dah la epf dengan socso majikan tak mencarum. Mereka betul2 terkesan sekarang.

Korang tahan dulu. Baik sebulan rimas dengan rambut panjang, daripada sebulan nanti korang terlantar dihospital atau mninggal.
.
#pesananikhlas
#barbermalaysia
30 HARI KERAJAAN PERIKATAN: 100 FAKTA

30 HARI KERAJAAN PERIKATAN: 100 FAKTA


1. Kerajaan Perikatan telah berjaya menstabilkan negara daripada tiga krisis serentak dalam masa sebulan iaitu krisis politik kepartian, krisis ekonomi rakyat, dan krisis pandemik COVID-19. 

2. Sebaik sahaja mengambilalih kuasa, Tan Sri Muhyiddin dengan tegas dan jelas menyatakan bahawa beliau adalah Perdana Menteri untuk semua rakyat.

3. Tan Sri Muhyiddin membentuk kabinet dengan gabungan tokoh teknokrat berwibawa seperti YM Tengku Zafrul sebagai Menteri Kewangan dan Datuk Seri Mustapha Mohamed sebagai Menteri Ekonomi.

4. Tan Sri Muhyiddin turut melantik ulama terbilang seperti Sahibus Samahah Datuk Seri Dr. Zulkifli al-Bakri sebagai Menteri Agama, Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebagai Duta Khas ke Timur Tengah, dan Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai Menteri Alam Sekitar dan Air.

5. Orang susah diberi bantuan habis-habisan manakala majikan turut dibantu mengikut keperluan dalam tempoh COVID-19. Kerajaan memperuntukkan RM1600 kepada isi rumah berpendapatan kurang daripada RM4000 sebulan.

6. Kerajaan memperuntukkan RM1000 kepada isi rumah berpendapatan RM4001-RM8000.

7. Kerajaan memperuntukkan RM800 kepada individu bujang 21 tahun ke atas berpendapatan kurang daripada RM2000 sebulan.

8. Bantuan prihatin tunai RM250 kepada individu bujang 21 tahun ke atas berpendapatan RM2001-RM4000 sebulan.

9. Baki Bantuan Sara Hidup dibayar pada Julai 2020.

10. Bantuan RM200 kepada pelajar pengajian tinggi.

11. Elaun khas RM600 sebulan kepada doktor dan kakitangan perubatan mulai April 2020.

12. Elaun khas RM200 sebulan kepada tentera, polis, kastam, pertahanan awam, RELA yang terlibat mulai April 2020.

13. Bantuan RM500 kepada 1.5 juta penjawat awam termasuk yang bekerja secara kontrak Gred 56 ke bawah pada April.

14. RM250 kepada lebih 850,000 pesara kerajaan, pada April 2020.

15. Subsidi upah RM600 sebulan selama 3 bulan untuk pekerja berpendapatan bawah RM4000 dan majikan dengan penurunan pendapatan lebih 50% sejak 1 Januari 2020. Majikan juga perlu jamin tiada pemberhentian pekerja bagi tempoh 3 bulan selepas program ini.

16. Bantuan RM500 kepada pemandu e-hailing.

17. Tanggungan kos ujian sehingga RM300 bagi pemegang polisi & sijil takaful perubatan.

18. Diskaun bil elektrik antara 15% hingga 50% selama 6 bulan mulai April 2020.

19. Internet percuma mulai 1 April sepanjang tempoh PKP.

20. Penangguhan bayaran premium atau sumbangan insurans dan takaful untuk 3 bulan.

21. Penangguhan bayaran balik 6 bulan untuk peminjam Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran.

22. Bayaran penggantian pendapatan RM50 sehari bawah MySalam untuk golongan B40 yang dikuarantin sebagai pesakit bawah siasatan (PUI).

23. Pengecualian bayaran sewa PPR dan Perumahan Awam selama 6 bulan.

24. Penangguhan bayaran bulanan bagi unit-unit sewa untuk milik (RTO) 6 bulan.

25. Pengecualian sewa bagi semua premis kerajaan Persekutuan selama 6 bulan.

26. Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat atau PRIHATIN berjumlah RM250 bilion

27. RM128 bilion disalurkan untuk melindungi kebajikan rakyat

28. RM100 bilion untuk menyokong perniagaan termasuk Perusahan Kecil dan Sederhana (PKS)

29. RM2 bilion untuk memperkukuh ekonomi negara

30. Peruntukan berjumlah RM500 juta kepada Kementerian Kesihatan Malaysia. 

31. Bagi meningkatkan lagi keupayaan Kementerian, Kerajaan salurkan peruntukan tambahan sebanyak RM1 bilion bagi pembelian peralatan dan perkhidmatan untuk memerangi COVID-19.  Kerajaan juga menyokong usaha KKM untuk menjalankan lebih banyak ujian COVID-19 

32. Kerajaan berikhtiar mendapatkan khidmat kepakaran perubatan daripada perkhidmatan kesihatan swasta untuk bersama-sama hadapi wabak COVID-19.

33. Kerajaan usahakan pihak industri insurans dan takaful akan mewujudkan dana khas berjumlah RM8 juta untuk menanggung kos ujian penyaringan yang bernilai sehingga RM300 bagi setiap pemegang polisi dan sijil takaful perubatan yang diarahkan oleh KKM untuk menjalani ujian di hospital swasta atau makmal swasta.

34. Menangguhkan bayaran balik PTPTN kepada semua peminjam selama 6 bulan melibatkan kutipan sebanyak RM750 juta.

35. Kerajaan membenarkan pengeluaran pra-persaraan dari akaun B Skim Persaraan Swasta sehingga jumlah RM1,500 bagi setiap ahli tanpa sebarang penalti cukai dalam tempoh bulan April hingga Disember 2020.

36. RM500 juta bagi tujuan pemberian diskaun 15% ke atas bil elektrik sektor pelancongan dan 2% bagi sektor komersial, industri, pertanian dan isi rumah di Semenanjung Malaysia mulai 1 April 2020.

36. RM1 bilion kepada Dana Jaminan Makanan di mana Kerajaan terus menyalurkan pelbagai bantuan kepada petani, penternak dan nelayan termasuk dalam bentuk bantuan input pertanian, ternakan dan perikanan untuk menggalakkan pengeluaran domestik.

37. RM100 juta bagi menyediakan kemudahan infrastruktur tempat penyimpanan dan pengagihan makanan serta program integrasi tanaman.

38. Dana khas antara RM100,000 hingga RM200,000 kepada setiap Pertubuhan Peladang Kawasan dan Pertubuhan Nelayan Kawasan yang berdaya maju untuk membangunkan projek agromakanan jangka pendek yang boleh mengeluarkan hasil dalam tempoh 3 hingga 6 bulan.

39. Bagi membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana, termasuk usahawan mikro, Kerajaan dan Bank Negara Malaysia akan menyediakan dana tambahan berjumlah RM4.5 bilion yang merangkumi lima inisiatif utama.

40. Menambah dana dalam tabung Bantuan Kemudahan Khas atau Special Relief Facility untuk PKS sebanyak RM3 bilion, menjadikan jumlah keseluruhannya RM5 bilion.

41. Kadar faedah bagi keseluruhan dana Bantuan Kemudahan Khas atau Special Relief Facility untuk PKS dikurangkan daripada 3.75% kepada 3.5%.

42. Meningkatkan saiz dana sebanyak RM1 bilion kepada RM6.8 bilion di bawah Kemudahan Semua Sektor Ekonomi bagi meningkatkan lagi akses pembiayaan kepada PKS.

43. Menyediakan dana tambahan sebanyak RM500 juta di bawah Skim Kredit Mikro yang menjadikan jumlah keseluruhan RM700 juta bagi pembiayaan mudah.

44. Skim Kredit Mikro dikendalikan oleh Bank Simpanan Nasional dengan menawarkan kadar faedah 2% sahaja tanpa cagaran.

45. Syarat kelayakan pinjaman Skim Kredit Mikro juga dilonggarkan dengan minimum enam bulan operasi berbanding setahun operasi.

46. Amaun pembiayaan Skim Kredit Mikro ditingkatkan daripada maksimum RM50,000 kepada RM75,000 bagi setiap usahawan.

47. Inisiatif ini adalah terbuka kepada semua usahawan mikro dalam semua sektor perniagaan termasuk pengusaha taska, operator bas dan teksi, industri kreatif dan peniaga atas talian.

48. PKS yang mempunyai rekod perniagaan kurang daripada 4 tahun juga boleh memanfaatkan skim BizMula-i dan BizWanita-i Syarikat Jaminan Kredit Malaysia Berhad (CGC) untuk pembiayaan sehingga RM300,000.

49. Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) akan menyediakan kemudahan jaminan bernilai RM5 bilion.

50. Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) meningkatkan kadar jaminan daripada 70% kepada 80% bagi syarikat PKS yang menghadapi masalah mendapatkan pinjaman.

51. KWSP akan memperkenalkan program Khidmat Rundingan Majikan pada 15 April 2020. Perkhidmatan ini merangkumi pilihan penangguhan bayaran, penstrukturan dan penjadualan semula sumbangan majikan.

52. Khidmat Rundingan Majikan penjimatan aliran tunai kepada majikan yang dianggarkan berjumlah RM10 bilion.

53. Mengecualikan pembayaran levi Tabung Pembangunan Sumber Manusia (HRDF) bagi semua sektor untuk tempoh enam bulan mulai bulan April 2020. Langkah ini dijangka membantu aliran tunai syarikat dengan penjimatan keseluruhan bernilai RM440 juta.

54. Kerajaan juga membenarkan penangguhan pembayaran ansuran cukai pendapatan kepada semua PKS untuk tempoh tiga bulan mulai 1 April 2020.

55. Kerajaan telah memberi penangguhan bayaran ansuran cukai kepada perniagaan yang terjejas dalam sektor pelancongan selama enam bulan bermula 1 April 2020.

56. Bagi sektor lain yang turut terkesan, mereka dibenarkan untuk meminda jumlah cukai pendapatan yang dikenakan pada bulan ketiga, keenam dan kesembilan ansuran dalam tempoh asas perniagaan.

57. Penangguhan atau moratorium bayaran pinjaman selama enam bulan. 

58. Penukaran baki kad kredit kepada pinjaman berjangka. 

59. Penstrukturan semula pinjaman korporat.

60. Pendapatan pihak bank dari faedah atau keuntungan ke atas pinjaman atau pembiayaan yang terlibat dengan penangguhan bayaran balik pinjaman atau pembiayaan ini, hanya dikenakan cukai apabila pendapatan tersebut diterima selepas tempoh moratorium.

61. Langkah moratorium akan dipanjangkan dan dilaksanakan bagi pinjaman dengan TEKUN, MARA dan koperasi serta mana-mana agensi kerajaan yang memberi pinjaman kepada PKS mulai 1 April 2020.

62. Bagi membantu usahawan B40 dan rakyat yang hilang mata pencarian, satu program kewangan sosial akan diperkenalkan dengan kerjasama antara institusi perbankan Islam, Majlis Agama Islam Negeri dan rakan-rakan pelaksana utama.

63. Sumbangan kewangan sosial akan disalurkan dalam bentuk modal permulaan bagi usahawan mikro menggunakan dana zakat dan dipadan dengan pembiayaan mikro pada kadar yang berpatutan.

64. Fasa pertama program kewangan sosial yang melibatkan kerjasama antara Bank Islam Malaysia Berhad dengan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan akan bermula dalam bulan Mei 2020. 

65. Usahawan yang layak akan diberi latihan keusahawanan, pengurusan kewangan dan sokongan untuk membangunkan perniagaan yang dipilih.

66. Kemudahan skim jaminan berjumlah RM50 bilion dengan jaminan sehingga 80% daripada jumlah pinjaman bagi tujuan membiayai keperluan modal kerja. Skim ini akan diuruskan dan tertakluk kepada penilaian kredit oleh Danajamin.

67. Saiz minimum pinjaman yang layak dijamin ialah RM20 juta bagi setiap perniagaan. Kemudahan ini akan disediakan untuk pemohonan mulai 1 Mei sehingga 31 Disember 2020, atau sehingga dana jaminan digunakan sepenuhnya.

68. Beri tumpuan kepada aktiviti pelaburan domestik yang mempunyai kesan pengganda yang tinggi dan mengekalkan pekerjaan.

69. Kerajaan telah mengenal pasti beberapa projek kecil seperti menambah baik jalan, menaik taraf sekolah daif di Sabah dan Sarawak, membersihkan rumah ibadat dan balai polis, serta meningkatkan kemudahan pelancongan yang akan memanfaatkan kontraktor kelas G1 hingga G4. Bagi tujuan ini, peruntukan sebanyak RM2 bilion akan disediakan.

70. Projek kecil bernilai RM2 bilion yang diumumkan dalam pakej awal mula dilaksanakan pada bulan April 2020. 

71. Projek-projek ini termasuk projek infrastruktur di kawasan FELDA dan lain-lain bernilai RM600 juta, projek membaik pulih sekolah daif di Sabah dan Sarawak bernilai RM350 juta dan projek membaik pulih perumahan rakyat termiskin bernilai RM150 juta.

72. Meneruskan pelaksanaan semua projek yang diperuntukkan dalam Belanjawan 2020 termasuk ECRL, MRT2 serta Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara.

73. Perdana Menteri, Jemaah Menteri dan Timbalan Menteri bersetuju agar dua bulan gaji dipotong dan disalurkan ke dalam Tabung COVID-19.

74. Langkah Tambahan Bagi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat atau “PRIHATIN TAMBAHAN”. Pakej tambahan berjumlah RM10 bilion.

75. Peruntukan bagi program subsidi upah yang diumumkan pada 27 Mac yang lalu akan dinaikkan daripada RM5.9 bilion kepada RM13.8 bilion, iaitu tambahan sebanyak RM7.9 bilion.

76. Bagi syarikat yang mempunyai pekerja lebih daripada 200 orang, subsidi upah sebanyak RM600 bagi setiap pekerja dikekalkan. Namun, bilangan maksimum pekerja yang layak untuk menerima subsidi akan ditingkatkan daripada 100 orang kepada 200 orang pekerja.

77. Bagi syarikat yang mempunyai bilangan pekerja 76 hingga hingga 200 orang, syarikat akan menerima subsidi upah sebanyak RM800 bagi setiap pekerja.

78. Syarikat yang mempunyai bilangan pekerja sehingga 75 orang, syarikat akan menerima subsidi upah sebanyak RM1,200 bagi setiap pekerja. Melalui penambahbaikan ini, syarikat- syarikat akan menerima lebih banyak manfaat dan bantuan.

79. Bantuan subsidi upah ini adalah untuk selama 3 bulan dan dikhususkan kepada majikan yang telah berdaftar dengan SSM atau pihak berkuasa tempatan sebelum 1 Januari 2020 dan mendaftar dengan PERKESO. Justeru, kira-kira 4.8 juta pekerja dijangka akan mendapat manfaat daripada inisiatif ini.

80. Bagi majikan yang memilih untuk menerima bantuan ini, mereka disyaratkan untuk mengekalkan pekerja mereka sekurang- kurangnya untuk tempoh 6 bulan, iaitu dalam tempoh 3 bulan semasa menerima subsidi upah dan 3 bulan selepas itu.

81. Mewujudkan Geran Khas PRIHATIN berjumlah RM2.1 bilion bagi semua syarikat PKS mikro yang berkelayakan. Kerajaan akan menyediakan Geran Khas sebanyak RM3,000 untuk setiap syarikat mikro yang akan memanfaatkan hampir 700,000 PKS mikro di seluruh negara. 

82. Kerajaan juga menyeru organisasi pemberi pinjam wang berdaftar di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 yang menyediakan kemudahan kredit untuk memberi moratorium ke atas bayaran ansuran PKS selama 6 bulan bermula April 2020, sepertimana yang telah diberikan oleh pihak bank.

83. Memansuhkan kadar faedah 2% kepada 0% untuk Skim Kredit Mikro berjumlah RM500 juta di bawah Bank Simpanan Nasional. 

84. Skim pinjaman mudah untuk syarikat mikro ini juga dipanjangkan kepada TEKUN Nasional dengan had maksimum pinjaman sebanyak RM10,000 setiap syarikat pada kadar faedah 0%. 

85. Untuk tujuan ini, dana sebanyak RM200 juta akan disediakan. 

86. Mengecualikan bayaran sewa atau memberi diskaun sewaan untuk peniaga runcit PKS bagi premis yang dimiliki oleh syarikat berkaitan Kerajaan.

87. Menggesa pemilik premis swasta untuk turut memberikan kemudahan yang sama dengan mengurangkan kadar sewa premis mereka sekurang-kurangnya semasa waktu PKP dan 3 bulan selepas PKP berakhir. 

88. Pemilik bangunan atau ruang perniagaan yang memberikan pengurangan atau pelepasan sewa kepada penyewa premis perniagaan yang terdiri daripada perusahaan kecil dan sederhana akan diberi potongan cukai tambahan bersamaan dengan amaun pengurangan sewa tersebut bagi bulan April 2020 hingga Jun 2020. 

89. Membenarkan pengurangan bayaran levi pekerja asing sebanyak 25% kepada semua syarikat yang permit pekerja mereka tamat pada 1 April hingga 31 Disember 2020. 

90. Kerajaan bersetuju untuk menggalakkan perundingan diadakan antara majikan dan pekerja mengenai terma pekerjaan, termasuk pilihan pemotongan gaji dan pemberian cuti tanpa gaji dalam tempoh PKP.

91. Kerajaan bersetuju untuk memberikan moratorium secara automatik selama 30 hari daripada tarikh terakhir PKP untuk pihak syarikat mengemukakan dokumen berkanun kepada SSM.

92. Tempoh menyerah simpan penyata kewangan syarikat juga dilanjutkan selama 3 bulan daripada tarikh terakhir PKP.

93. Untuk memastikan semua inisiatif PRIHATIN dan PRIHATIN TAMBAHAN dapat dilaksanakan dengan cepat dan lancar, unit LAKSANA telah ditubuhkan di Kementerian Kewangan.

94. Menyedari kepentingan startups, Kerajaan akan mempertimbang pelbagai inisiatif untuk merangsang sektor ini dalam tempoh yang sukar ini.

95. Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi Hal Ehwal Agama telah mengeluarkan Garis Panduan bagi perhimpunan ibadat di masjid untuk mengelakkan penularan COVID-19. 

96. Kementerian Luar Negeri wujudkan Malaysia's Diplomatic Equipment Stockpile (MDES) bertujuan mengumpul peralatan perubatan bagi kegunaan petugas barisan hadapan (frontliners) Wisma Putra.

97. Kementerian Luar Negeri berusaha keras membawa pulang rakyat Malaysia yang terkandas di luar negara.

98. Kerajaan tegas membatalkan operasi kilang-kilang arak sewaktu tempoh PKP.

99. Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali (Ahli Parlimen PAS Kuala Nerus) telah berikrar untuk meneroka pasaran baru untuk industri sawit negara seperti ke Timur Tengah serta Afrika dan “bukan hanya bergantung kepada pasaran sedia ada sekarang iaitu minyak sawit melibatkan empat negara utama iaitu India, China, Eropah dan Amerika Syarikat”.

100. Kerajaan bekerjasama dengan NGO dan usahawan sosial yang berkaitan untuk menyalurkan bantuan makanan, barangan penjagaan kesihatan dan tempat perlindungan untuk golongan mudah terjejas seperti warga emas dan kanak-kanak di rumah perlindungan, orang kelainan upaya atau OKU, golongan gelandangan dan orang asal dengan peruntukan sebanyak RM25 juta.

Semoga Allah terus membimbing para pemimpin kita membela nasib rakyat.

Oleh: Abdul Muein Abadi
Penulis ialah Pensyarah Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
PERINGATAN MESRA BUAT SEMUA*

PERINGATAN MESRA BUAT SEMUA*

*

Bank Dunia dengan rasminya mengumumkan kemelesetan ekonomi tahap global.

Seperti yang dijangkakan. Kita sekarang berada dalam fasa kemelesetan ekonomi tahap global dengan kemelut covid-19 dimana semua bisnes di seluruh dunia menutup sementara operasi mereka. 

Bank Dunia juga berkata yang kemelesetan ekonomi ini mungkin lebih teruk dari krisis kewangan tahun 2008/09. 

Jadi negara mana yang dapat keluar dari kemelut covid-19 paling cepat maka negara itu akan dapat pulih lebih cepat. 

Bank Dunia menjangkakan paling cepat ekonomi dunia akan pulih 2021. 

Sebab itula Bank Negara Malaysia & Kerajaan Malaysia memberikan 6 bulan moratorium kepada kita semua. Bukan 1/2 bulan sahaja. 

Harga untuk 6 bulan moratorium ini adalah sebanyak RM100 billion. Bukan biasa biasa tau!

Sekarang bukanlah masa untuk bergaduh antara golongan-golongan T20/M40/B40, siapa dapat lebih siapa dapat kurang, nak amik morotorium ke tak atau “panic buying”. 

Sekarang adalah masa untuk kita menilai semula tahap kewangan dan bukannya *panic buying* kita sepatutnya buat *panic savings*.

Kepada yang masih ada pekerjaan bersyukur dan dalam masa sama tawakal. Jangan rasa selesa. Sebab apa-apa pun boleh terjadi.

1. Potongan gaji.
2. Diberhentikan kerja. 

Korang kena bersedia mental dan fizikal. Banyak bisnes tak kira besar atau kecil terjejas. Ada yang kemungkinana akan kecikkan bisnes atau gulung tikar. 

Sekarang adalah masa untuk kita tingkatkan cash reserves kita & potong benda-benda yang tidak diperlukan. 

Buat perkiraan balik berdasarkan *Keperluan Vs Kehendak*. 

Sebab kita pun tidak tahu berapa lama lagi PKP ni. Ramai menjangkakan yang PKP akan dilanjutkan lagi maybe sampai Ramadhan. 

Kenapa?

Based on kajian oleh JP Morgan, covid 19 akan memuncak pertengahan april iaitu tarikh extension of PKP kita. 

Dan kalau kita lihat sekarang, semakin ramai orang yang kena jangkitan corona ini.

Apa yang dapat saya pesan adalah:

1. Mula berjimat cermat. Tingkatkan cash reserves anda & bijak berbelanja. 

2. Amik 6 bulan moratorium yang diberikan oleh bank untuk naikkan cash reserves anda.

3. Amik RM500 dari KWSP tiap-tiap bulan sebagai wang kecemasan anda.

4. Potong belanja-belanja yang tidak diperlukan.

5. Bersyukur dengan apa yang anda ada & bantulah mereka yang memerlukan jika anda mempunyai lebihan. 

Disaat kita pening nak masak apa hari ini, ada keluarga di luar sana yang nak beli susu anak pun duit takde 😭 apatah lagi nak hidang makanan. 

Bersyukurlah kawan-kawan jika anda masih ada bumbung di atas kepala, beras di rumah. Kerana ada yang tidak bernasib baik seperti anda.

#TeamBersatu
#StayAtHome 
#KitaJagaKita
TEKS UCAPANYAB TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD YASSINPERDANA MENTERI MALAYSIALANGKAH TAMBAHAN BAGI PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI PRIHATIN RAKYAT (PRIHATIN)

TEKS UCAPANYAB TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD YASSINPERDANA MENTERI MALAYSIALANGKAH TAMBAHAN BAGI PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI PRIHATIN RAKYAT (PRIHATIN)



Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum WarahmatullahI Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,
Saudara dan saudari rakyat Malaysia yang saya kasihi. 
Apa khabar semua? 
Saya harap saudara-saudari sihat walafiat.
Pada 27 Mac yang lalu, saya telah mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi 
Prihatin Rakyat atau PRIHATIN yang bernilai RM250 bilion. Saya tahu sejak beberapa 
hari lalu Makcik Kiah, Pak Mail, Mr Lee, En Muthu, En Johnny dan ramai lagi sibuk
buat semakan kelayakan penerima Bantuan Prihatin Nasional di laman sesawang 
LHDN. Bagi yang layak, bayaran dibuat mulai hari ini. 
Bagi mereka yang layak untuk terima bantuan tetapi nama tiada dalam rekod LHDN, 
anda boleh lah buat permohonan baharu. Caranya mudah sahaja. Boleh guna 
handphone masing-masing untuk buat permohonan secara online di laman sesawang 
LHDN. Isi maklumat yang diminta dengan jujur, tekan butang hantar dan tunggu 
bayaran dimasukkan dalam akaun anda. Bagi warga emas yang mungkin tak berapa 
cekap menggunakan handphone, mintalah bantuan anak atau cucu untuk isi 
maklumat yang diperlukan.

2
Sebaik sahaja PRIHATIN diumumkan, saya telah terima banyak maklum balas 
daripada orang ramai. Ramai yang bersetuju dan menyambut baik pakej rangsangan 
ekonomi yang diumumkan oleh kerajaan.
Tetapi saya juga menerima maklumbalas daripada persatuan-persatuan Perusahaan 
Kecil dan Sederhana dan juga perniagaan kecil atau mikro yang meminta kerajaan 
meneliti semula manfaat yang mereka terima dalam pakej rangsangan ekonomi 
tersebut.
Saya terima surat, memorandum dan juga pandangan daripada banyak pihak. Ini 
termasuk Persatuan Pengusaha Kecil dan Sederhana Malaysia, Dewan Perniagaan 
Melayu Malaysia, Majlis Tindakan Ekonomi Melayu, Gabungan Dewan Perniagaan 
dan Perindustrian Cina Malaysia, USAHANITA dan banyak lagi. Rata-rata memberi 
pandangan bahawa perniagaan mereka amat terjejas dan mereka memerlukan 
bantuan tambahan daripada kerajaan.
Saya sedar bahawa PKS merupakan tunjang utama ekonomi negara. Sektor ini 
menyumbang lebih dua pertiga daripada jumlah pekerjaan di negara ini dan hampir 
40 peratus kepada ekonomi. Oleh itu, adalah penting kita pastikan sektor PKS dapat 
terus cekal dan mampan dalam menghadapi tekanan dan cabaran ekonomi yang 
melanda kita semua pada waktu ini. 
Antara cabaran utama yang dihadapi ialah masalah aliran tunai perniagaan berikutan 
pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan. Selain itu para pengusaha PKS juga 
berhadapan dengan isu birokrasi dan pentadbiran yang menghalang akses segera 
terhadap bantuan yang telah disediakan oleh kerajaan dalam pakej PRIHATIN.
Sehubungan itu, saya telah minta Menteri Kewangan untuk mengadakan sesi libat 
urus dengan pihak pengusaha kecil dan sederhana. Tujuannya ialah untuk mencari 
jalan penyelesaian kepada masalah yang mereka hadapi. Di pihak kerajaan kita cuba 
bantu dengan sebaik mungkin.

3
Hasil daripada semua usaha tersebut, saya dengan sukacitanya ingin 
mengumumkan Langkah Tambahan Bagi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin 
Rakyat atau “PRIHATIN TAMBAHAN”. Pakej tambahan berjumlah RM10 bilion ini 
diharapkan dapat membantu meringankan beban kewangan PKS dan seterusnya 
menjamin dua pertiga daripada jumlah pekerja di negara ini terus mendapat 
pekerjaan.
Langkah-langkah tambahan yang diambil ialah:
 Pertama, peruntukan bagi program subsidi upah yang diumumkan pada 27 
Mac yang lalu akan dinaikkan daripada RM5.9 bilion kepada RM13.8 bilion, 
iaitu tambahan sebanyak RM7.9 bilion. Di bawah inisiatif tambahan ini, semua 
syarikat dengan pekerja tempatan yang bergaji RM4,000 dan ke bawah akan 
menerima bantuan subsidi upah seperti berikut:
− Bagi syarikat yang mempunyai pekerja lebih daripada 200 orang, 
subsidi upah sebanyak RM600 bagi setiap pekerja dikekalkan. 
Namun, bilangan maksimum pekerja yang layak untuk menerima 
subsidi akan ditingkatkan daripada 100 orang kepada 200 orang 
pekerja.
− Bagi syarikat yang mempunyai bilangan pekerja 76 hingga hingga 
200 orang, syarikat akan menerima subsidi upah sebanyak RM800 
bagi setiap pekerja.
− Akhir sekali, bagi syarikat yang mempunyai bilangan pekerja 
sehingga 75 orang, syarikat akan menerima subsidi upah sebanyak 
RM1,200 bagi setiap pekerja. Melalui penambahbaikan ini, syarikat-
syarikat akan menerima lebih banyak manfaat dan bantuan.
− Bantuan ini adalah untuk selama 3 bulan dan dikhususkan kepada
majikan yang telah berdaftar dengan SSM atau pihak berkuasa 
tempatan sebelum 1 Januari 2020 dan mendaftar dengan


4
PERKESO. Justeru, kira-kira 4.8 juta pekerja dijangka akan 
mendapat manfaat daripada inisiatif ini. 
− Bagi majikan yang memilih untuk menerima bantuan ini, mereka 
disyaratkan untuk mengekalkan pekerja mereka sekurang-
kurangnya untuk tempoh 6 bulan, iaitu dalam tempoh 3 bulan 
semasa menerima subsidi upah dan 3 bulan selepas itu.
● Kedua, mewujudkan Geran Khas PRIHATIN berjumlah RM2.1 bilion bagi 
semua syarikat PKS mikro yang berkelayakan. Kerajaan akan menyediakan 
Geran Khas sebanyak RM3,000 untuk setiap syarikat mikro yang akan 
memanfaatkan hampir 700,000 PKS mikro di seluruh negara. PKS mikro
perlulah berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk 
menikmati kemudahan ini. Kerajaan akan memperolehi senarai PKS mikro 
yang layak daripada Pihak Berkuasa Tempatan dan Suruhanjaya Syarikat 
Malaysia.
Selain itu, Kerajaan juga menyeru organisasi pemberi pinjam wang berdaftar di bawah 
Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 yang menyediakan kemudahan kredit untuk 
memberi moratorium ke atas bayaran ansuran PKS selama 6 bulan bermula April 
2020, sepertimana yang telah diberikan oleh pihak bank. Saya berharap organisasi 
pemberi pinjam wang turut bersimpati dengan kesukaran yang dihadapi oleh 
pelanggan dan bersama-sama membantu meringankan beban kewangan mereka.
Di samping meringankan beban kewangan PKS, Kerajaan juga akan mengambil 
beberapa inisiatif untuk memudahkan PKS mendapat manfaat sepenuhnya daripada 
semua bantuan yang telah diumumkan. Antara penambahbaikan yang akan 
dilaksanakan ialah: 
● Pertama, memansuhkan kadar faedah 2% kepada 0% untuk Skim Kredit Mikro 
berjumlah RM500 juta di bawah Bank Simpanan Nasional. Skim pinjaman 
mudah untuk syarikat mikro ini juga dipanjangkan kepada TEKUN Nasional 
dengan had maksimum pinjaman sebanyak RM10,000 setiap syarikat pada



5
kadar faedah 0%. Untuk tujuan ini, dana sebanyak RM200 juta akan 
disediakan. Pemohon hanya boleh memilih salah satu daripada skim ini bagi 
membolehkan lebih ramai peniaga menikmati kemudahan ini. 
● Kedua, mengecualikan bayaran sewa atau memberi diskaun sewaan untuk 
peniaga runcit PKS bagi premis yang dimiliki oleh syarikat berkaitan Kerajaan. 
Saya mengucapkan terima kasih kepada syarikat Kerajaan Persekutuan 
seperti MARA, PETRONAS, PNB, PLUS dan UDA serta beberapa syarikat 
milik Kerajaan Negeri yang telah bersetuju untuk memberi diskaun atau tidak 
mengenakan sewaan ke atas premis mereka khusus untuk penyewa PKS. 
Atas prinsip perkongsian bebanan, saya menggesa pemilik premis swasta 
untuk turut memberikan kemudahan yang sama dengan mengurangkan kadar 
sewa premis mereka sekurang-kurangnya semasa waktu PKP dan 3 bulan 
selepas PKP berakhir. Pemilik bangunan atau ruang perniagaan yang 
memberikan pengurangan atau pelepasan sewa kepada penyewa premis 
perniagaan yang terdiri daripada perusahaan kecil dan sederhana akan diberi 
potongan cukai tambahan bersamaan dengan amaun pengurangan sewa 
tersebut bagi bulan April 2020 hingga Jun 2020. Potongan cukai tambahan ini 
diberikan tertakluk kepada syarat pengurangan sewa, iaitu hendaklah 
sekurang-kurangnya 30% daripada kadar sewa asal bagi tempoh tersebut.
● Ketiga, membenarkan pengurangan bayaran levi pekerja asing sebanyak 25% 
kepada semua syarikat yang permit pekerja mereka tamat pada 1 April hingga 
31 Disember 2020. Pengurangan bayaran levi ini tidak terpakai kepada 
pembantu rumah.
Saya juga faham kesukaran yang dihadapi oleh sebahagian majikan untuk 
mengekalkan pekerja dalam keadaan yang agak terdesak pada waktu ini. Dalam hal 
ini, Kerajaan bersetuju untuk menggalakkan perundingan diadakan antara majikan 
dan pekerja mengenai terma pekerjaan, termasuk pilihan pemotongan gaji dan 
pemberian cuti tanpa gaji dalam tempoh PKP.


6
Majikan dan pekerja boleh merujuk kepada Jabatan Tenaga Kerja untuk mendapatkan 
nasihat berkaitan sebarang permasalahan untuk penyelesaian. Sebarang 
perundingan hendaklah tertakluk kepada undang-undang mengenai pekerjaan yang 
berkuatkuasa di negara ini. Yang penting, hak dan kebajikan kedua-dua pihak 
mestilah sentiasa terbela.
Saya juga tahu kesukaran yang dihadapi oleh pihak syarikat untuk mengemukakan 
dokumen berkanun bagi memenuhi keperluan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) 
dalam tempoh PKP ini. Oleh itu, kerajaan bersetuju untuk memberikan moratorium 
secara automatik selama 30 hari daripada tarikh terakhir PKP untuk pihak syarikat 
mengemukakan dokumen berkanun kepada SSM. 
Selain itu, tempoh menyerah simpan penyata kewangan syarikat juga dilanjutkan 
selama 3 bulan daripada tarikh terakhir PKP. Kelonggaran ini diberikan kepada 
syarikat yang mempunyai tahun kewangan berakhir 30 September hingga 31 
Disember 2019. Walau bagaimanapun, syarikat perlu memohon kelonggaran ini 
daripada SSM dan tiada fi penghantaran lewat akan dikenakan atas permohonan 
berkenaan.
Saudara-saudari yang saya kasihi sekalian,
Untuk membantu pengusaha PKS memahami inisiatif-inisiatif yang saya umumkan 
tadi, saya ingin memberikan beberapa contoh mudah.
Contoh pertama ialah Lee Beauty Saloon, iaitu sebuah PKS mikro yang terlibat dalam 
sektor perniagaan dandanan rambut. Saloon ini mempunyai 2 orang pekerja tempatan 
yang semuanya bergaji kurang RM4,000. Pemilik saloon ini,


sebanyak RM3,000. Kesuluruhan manfaat yang diterima oleh Madam Lee ialah 
sebanyak RM10,200.
Contoh kedua pula ialah Restoran Mi Kolok Hj Salleh di Kuching Sarawak. Katakan 
restoran ini mempunyai 5 orang pekerja tempatan bergaji RM4,000 ke bawah dan 2 
orang pekerja asing. Untuk menampung keperluan aliran tunai dalam tempoh PKP, 
pemilik restoran ini boleh mendapatkan pinjaman kredit mikro BSN sebanyak 
RM50,000 dan subsidi upah untuk 5 orang pekerja berjumlah RM18,000. Di samping 
itu, pemilik restoran ini juga boleh menikmati penjimatan daripada pengecualian 
sumbangan KWSP dan HRDF sebanyak RM8,400, tangguhan cukai berjumlah 
RM5,200, diskaun levi pekerja asing sebanyak RM2,300 dan diskaun bil elektrik 
sebanyak RM300. Keseluruhan manfaat yang boleh diterima, tidak termasuk 
pinjaman kredit mikro, ialah sebanyak RM34,200 untuk tempoh 3 bulan.
Contoh terakhir ialah Syarikat Surjit Kaur Sdn. Bhd. Syarikat ini adalah sebuah 
syarikat bersaiz kecil dalam sektor perkilangan perabot dengan 15 orang pekerja. 5 
orang adalah pekerja tempatan bergaji RM4,000 ke bawah, 10 orang pekerja asing 
dan selebihnya pekerja tempatan bergaji lebih RM4,000. Bagi memastikan syarikat 
dapat menampung keperluan aliran tunai dalam tempoh PKP, Syarikat Surjit Kaur 
boleh mendapatkan pinjaman Special Relief Facility (SRF) sebanyak RM500,000 dan 
subsidi upah berjumlah RM18,000. Selain itu, syarikat juga boleh menikmati 
penjimatan melalui pengecualian sumbangan KWSP dan HRDF sebanyak RM8,400, 
diskaun levi pekerja asing sebanyak RM4,600, tangguhan cukai PKP Mikro sebanyak 
RM32,700 dan diskaun bil elektrik sebanyak RM100. Keseluruhan manfaat yang 
diperolehi oleh syarikat ini, tidak termasuk pinjaman SRF, ialah sebanyak RM63,800.
Saudara dan saudari yang saya kasihi sekalian,
Untuk memastikan semua inisiatif PRIHATIN dan PRIHATIN TAMBAHAN dapat 
dilaksanakan dengan cepat dan lancar, unit LAKSANA telah ditubuhkan di 
Kementerian Kewangan. Unit ini akan sentiasa memantau dan melaporkan 
perkembangan pelaksanaan semua inisiatif kepada Menteri Kewangan dan saya.


8
Untuk menyokong penyampaian inisiatif PRIHATIN, portal IMSME.COM.MY yang 
dikendalikan oleh Credit Guarantee Corporation (CGC) dengan sokongan Bank 
Negara Malaysia (BNM) bersedia untuk menerima permohonan pinjaman PKS yang 
telah saya umumkan tadi. 
Jadi, selain daripada memohon pinjaman terus daripada institusi perbankan, para 
pengusaha PKS juga ada pilihan untuk membuat permohonan pinjaman melalui portal 
IMSME. Portal ini juga menyediakan khidmat myKNP, iaitu khidmat nasihat 
pembiayaan untuk PKS. 
Dalam kalangan perusahaan mikro dan kecil, Kerajaan juga mengambil kira kesan ke 
atas syarikat baru mula atau startups di mana sumber pelaburan syarikat turut terjejas. 
Syarikat startups merupakan faktor pemboleh atau enabler serta pendorong yang 
penting kepada penggunaan teknologi dan kemajuan potensi modal insan bagi 
menyediakan negara ke arah IR 4.0. Menyedari kepentingan startups, Kerajaan akan 
mempertimbang pelbagai inisiatif untuk merangsang sektor ini dalam tempoh yang 
sukar ini.
Saya berharap Pakej PRIHATIN TAMBAHAN ini akan dapat melindungi pekerjaan 
anda semua di samping menjamin daya tahan perniagaan. Pada masa yang sama, 
Kerajaan akan meneruskan amalan kewangan berhemah dan disiplin fiskal yang 
tinggi demi memastikan keadaan kewangan negara terus kukuh dan terkawal. 
InsyaAllah, apabila Parlimen bersidang nanti, kerajaan akan membentangkan Rang 
Undang-Undang Perbekalan Tambahan untuk semua pakej rangsangan ekonomi 
yang telah diumumkan. Saya memberi jaminan bahawa kerajaan sentiasa telus dalam 
berbelanja dan semua tindakan yang diambil adalah berasaskan kepada peruntukan 
undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan.
Saudara dan saudari yang saya kasihi sekalian,


9
Saya tahu setelah tiga minggu saudara-saudari berkurung di rumah, mungkin ada di 
kalangan saudara-saudari yang berasa agak terbeban dengan dugaan dan ujian 
Tuhan ini. Selama tiga minggu ini, kita terhalang daripada melakukan perkara-perkara 
yang biasa kita buat. Kita tinggalkan hobi kita, kita tinggalkan pekerjaan kita, kita rindu 
kepada kawan-kawan dan keluarga yang berjauhan. Pendek kata, kehidupan kita 
amat berbeza, dan kadang-kadang berasa sedikit terbeban.
Saya lihat di media sosial, ada suami yang mula memakai baju kelawar isteri. Ada
yang mengayuh basikal dalam rumah. Ada juga yang mengubah ucapan saya menjadi 
lagu. Saya harap ini bukanlah kejadian pelik, atau buang tabiat kata orang. Ini adalah 
sebahagian daripada kreativiti anda semua untuk menghilangkan rasa bosan duduk 
di rumah.
Yang penting saya fikir saudara-saudari mempunyai cara tersendiri untuk menghadapi 
dugaan dan ujian. Dan saya yakin Tuhan tidaklah menguji atau membebani kita 
dengan sesuatu yang tidak boleh kita tanggung. Allah SWT berfirman dalam surah Al-
Baqarah ayat 286: 
ِّ ُف
 
اَل يُ اكل ٱ
ُ
ََل ُو ۡسعا اه َّلل ا
ِّ
ًسا إ
ۡ
ام ناف ۚ ا
ا
ا
ۡت او اعلاۡيہ
اما اك اسبا
اها
ۡت ل ٱ ا
اسبا
تا
ك ۡ
Yang bermaksud:
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia 
mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan dia juga menanggung dosa 
kejahatan yang diusahakannya.
Saya yakin dugaan yang dibawa oleh wabak Covid-19 ini bukanlah sesuatu yang tidak 
dapat tanggung oleh kita semua. Teruslah cekal, kuat dan bersemangat. Yakinlah, 
kita akan dapat atasi dugaan ini bersama-sama.
To my fellow Malaysians, let us remember that we are inherently resilient, individually 
capable and collectively strong to face these uncertain times. Let us strengthen our



10
resolve and stay committed to our fight against Covid-19. Let us stay the course and 
follow all orders made under the MCO. It is difficult, but certainly not impossible. 
This is the sacrifice we are called to make in order to win this war against the deadly 
virus. Winning this war starts in our homes and with our families. We can stop the virus
from spreading by staying at home and maintaining physical distance.
Stay strong, stay healthy, insyaAllah we will succeed. Remember, after the rain, 
comes the sun. And better days will be here again.
Akhir sekali, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua petugas di barisan 
hadapan yang terus menjalankan amanah dengan penuh dedikasi. Terima kasih 
semua doktor, jururawat, anggota polis, anggota tentera, imigresen, RELA, bomba, 
kakitangan JKM, sukarelawan NGO dan semua yang terlibat di barisan hadapan. 
Terima kasih juga kepada anda sekalian yang sentiasa mematuhi Perintah Kawalan 
Pergerakan. Teruslah sabar, tenang dan istiqamah. InsyaAllah, kita akan bangkit 
semula. 
Wabillahi al-taufik walhidayah wassalamu’alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.


ABDUL HADI BIN AWANG, PRESIDEN PAS atau nama timangan TUAN GURU AYOH CHIK.

ABDUL HADI BIN AWANG, PRESIDEN PAS atau nama timangan TUAN GURU AYOH CHIK.

😬😬😊
*"SIAPA HAJI HADI? AKU TAK VOTE DIA! AKU TAK UNDI DIA!!!,"*

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=819051001930255&id=100014760878326

Mungkin ada yang cakap macam ni persis bebelan Minah Super Ring tempoh hari 🤣🤣😂😂😂

Memanglah kau tak vote dia, undi dia... Kau orang Marang ke? 🤣

Semalam, seluruh dunia heboh tentang pelantikan Tuan Guru Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Awang, Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS) sebagai Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah bertaraf Menteri.

Apakah kelulusan beliau? Layakkah beliau dilantik ke jawatan Duta Khas bertaraf Menteri sedangkan beliau NAMPAK lebai kekampungan, tidak fasih Bahasa Inggeris? 

Sebelum tu nak tanya pernah tak anda belajar di Universiti al-Azhar Mesir kemudian dipilih menganggotai badan perwakilan mahasiswa Arab mewakili orang Melayu di Nusantara disebabkan kepetahan berbahasa Arab anda?

Kedua, pernah tak anda dipilih mengiringi rombongan Presiden, Menteri-menteri Turki dan Parti Refah (parti Islam pertama di Turki) di bawah Almarhum Nechmettin Erbakan / Najmuddin Erbakan ke Pertubuhan Bangsa-nanga Bersatu (PBB) memperjuangkan isu semasa umat Islam ketika anda masih belajar?

Ketiga, pernah tak anda diberi penghormatan menyuarakan pandangan berkaitan isu semasa umat Islam dan berjabat tangan dengan tokoh Muslim, Almarhum Saddam Hussein, bekas Presiden Iraq yang amat dibenci AS?

Keempat, pernah tak anda menulis lebih dari 300 kitab / buku, dan makalah / Kertas kerja (artikel tak perlu dicakap) dalam Bahasa Arab dan Melayu? Pernah tengok seorang ulama bentangkan Kertas kerja atau diberi penghormatan berucap di peringkat Antarabangsa? Nak dengar ucapan TGHH di pentas antarabangsa? Korang tekan link di bawah : 

https://youtu.be/c9Ds9739s_E

https://youtu.be/GgBFQ_FlTH4

https://youtu.be/Wfp7wxyxU5M

https://youtu.be/V7PF3dnEfow

Kelima, pernah tak anda dipilih sebagai Naib Kesatuan Ulama Se-Dunia dipimpin oleh tokoh ulama Sedunia Syeikh Yusuf al-Qaradawiy (ketika itu) ? Nak jadi ahli kesatuan pun payah, di Malaysia hanya 3,4 orang sahaja yang dikenali sebagai ahli kesatuan ini. 

Keenam, ada tak pimpinan dan bekas pimpinan organisasi hebat umat Islam Ikhwanul Muslimin dan HAMAS dari Palestin datang ke Malaysia untuk berjumpa dengan anda sebelum berjumpa dengan Perdana Menteri Malaysia?

Ketujuh, pernah tak anda dilihat tokoh yang menyatupadukan pelbagai aliran mazhab dan aliran pemikiran dalam Islam yang masih mempraktikkan Tauhid kepada Allah di seluruh dunia? Seorang tokoh yang diterima oleh pihak Salafi dan Khalafi (pondok) berdasarkan pendidikan dan pandangan kontemporari yang dikemukakannya. 

Kelapan, pernah tak anda lihat seorang tokoh agamawan yang dikunjungi hormat oleh para pendakwah Arab dan Nusantara yang lain di rumah kayu buruknya? Tawadhuk, Tawadhuk... Pak lebai kampung katakan...

Kesembilan, pernah tak anda lihat seorang tokoh politik yang menjadikan Islam sebagai hujah dan siyasah syar'iyyah sebagai kaedah berpolitik dan pemikirannya MENDAHULUI ZAMAN? Teringat isu PAS VS DAP, UNITY GOVERMENT (UG) dan KERAJAAN TEKNOKRAT sebagai contoh yang telah 'disentuh' oleh Tuan Guru 5,6 tahun sebelum 'difahami' oleh rakyat apabila kejadian sudah berlaku? 

Bukan taksud, bukan ingin memuji-memuja namun inilah hakikat yang TAK RAMAI rakyat Malaysia tahu. 

Semua kenyataan di atas merujuk kepada seorang ULAMA dari MALAYSIA iaitu DATO' SERI TUAN GURU HAJI 

Selain itu banyak lagi sumbangan beliau dalam misi keamanan dunia Islam yang tidak dapat saya catatkan di sini disebabkan TIADA PENGAKUAN RASMI daripada beliau NAMUN DIHIGHLIGHT oleh NGO dan INDIVIDU PERSEORANGAN yang terlibat dalam hal ini terutamanya berkaitan krisis umat Islam di Iraq, Filipina dan sebagainya. 

P/s:  Biodata penuh Tuan Guru Ayoh Chik ada dalam gambar di belakang sekali.

Sekadar penulisan ringkas dari saya, seorang abnaul harakah, seorang yang berada dalam tarbiyah Tuan Guru Ayoh Chik sedari kecil.

Video rasmi Biodata Peribadi TGHH ada dalam YouTube ini (tekan link https://m.youtube.com/watch?f
dunia dipanggil "krona"

dunia dipanggil "krona"

Ini bukan kebetulan pilihan rahsia ...

Virus baru yang merebak di seluruh dunia dipanggil "krona". Adakah anda tahu bahawa perkataan "Karuna" juga sangat penting dalam buku agama Yahudi "Talmud"?

Corona ditulis dalam bahasa Ibrani sebagai ... Ia bererti "menjerit atau bunyi."

Siapa yang boleh memanggil? Jawapannya adalah Mesias orang Yahudi.

Menurut Yudaisme Ortodoks, Mesias, yang disebut Moshiach atau Hashem dalam bahasa Inggeris, akan menjadi pemimpin Gentile yang liberal, bukan Antikristus, yang akan memanggil Masjid Aqsa
Syair itu akan membina sebuah "Bait Salomo" untuk Antikristus. Menurut Yudaisme, ketika Mesias akan datang, maka semua orang akan bersembunyi di dalam rumah, berseru kepadanya, artinya semua orang akan memanggilnya dengan kata-kata "Karuna ... Karuna ... Karuna ... .... iaitu, datang Mesiah kita, datang, datang sekarang ..... !!

Juga ......

Virus baru Corona juga telah dinamakan COVID-19 oleh orang Yahudi, dan anda tidak sepatutnya bersetuju dengannya. Saya selalu mengingatkan para pembaca bahawa orang Yahudi selalu mencipta perkataan yang bermaksud "secara lahiriah" dan bermaksud sesuatu yang lain.

Perkataan COVID terkandung dalam perenggan pertama ayat kelima buku agama Yahudi "Talmud" masechet Berachot ..
דראשין דראשומדין ןתפלל אלא ךתוך דראשובד דראש
Ini bermakna bahawa "seseorang tidak boleh bangun untuk berdoa melainkan jika dia mempunyai COVID."

Apakah kod?

Para ulama Yahudi menafsirkan ini sebagai mengatakan bahawa ini bermakna kerendahan hati, bahawa anda percaya bahawa kita tidak ada dan tanpa Hashim (Mesias) kita tidak dapat berbuat apa-apa. Oleh itu, kita perlu memanggilnya COVID, dengan rendah hati memanggilnya .......

Dan apakah bunyi itu? Jawapannya ialah 19.

Sekarang apa ini 19?

19. Sim Shalom ("Hibah Damai") ​​- meminta Tuhan untuk kedamaian, kebaikan, berkat, kebaikan dan belas kasihan.

19 Berikut adalah perkataan sembilan belas doa Yahudi di Talmud. Maksudnya, kita perlu mengulangi kata ke-19 dengan Corona sebaik sahaja Mesias datang dan membina Bait Suci Salomo untuk Antikristus di Aqsa Gorak.

Kini, anda harus memahami bagaimana Zionis membentangkan rancangan mereka sebagai "makna perkataan" yang misteri.

Sekarang anda mempunyai kenyataan Menteri Kesihatan dan Pertahanan Israel
Lihatlah mereka dengan satu fikiran, di mana seseorang mengatakan bahawa kita tidak mempunyai masalah dengan Karuna dan yang lain mengatakan bahawa Mesias yang menyelamatkan kita akan datang tidak lama lagi. Di samping itu, Ketua Rabbi Israel juga telah mengumumkan bahawa Mesias akan datang tahun ini.

Hmmmmm ... itulah sebabnya semua orang sedang disimpan di rumah oleh Karuna Karuna di mana-mana .......
# COVID19
#FOXTROT

 
Kenapa anggota polis tu yang hendak disiasat?

Kenapa anggota polis tu yang hendak disiasat?

Sekali lagi...Kenapa anggota polis tu yang hendak disiasat? Sepatutnya ah beng kurang ajar yg tak patuh perintah kawalan pergerakan dan menjerit pada polis yg sepatutnya disiasat..dan didakwa serta dihumban masuk penjara terus..Ni bukan zaman DAP berkuasa lagi...Nape nak tunduk?

Labels

abad sahabat (1) Agama (39) agent hartanah (1) Akademi Tahfiz Darul Amee (1) Al Quran (3) Amalan (2) Anak Anak (2) Aplikasi (1) aqiqah (1) auto komen (1) Ayah (1) bangsa (1) bantuan (1) Berita (1) Bisnes (6) BR1M (1) brim (1) canopy (1) canopy sewa (1) Cerita (2) china (1) Coway (1) Cuckoo (1) Daie (1) dakwah (1) doa (1) Duit (2) ebook (1) event (1) facebook (3) felda (1) Global (1) google ads (1) grab (1) hartanah (1) healthy beverage for diabetics (1) Hiburan (1) Hijrah Canopy (1) homestay (1) Hospital (2) hotel (1) HRUU355 (1) hukum Agama (2) ibadat (4) ibu bapa (1) Ijtimak (1) insurans (1) ipoh (1) Jawatan Kosong (3) jenayah (3) Jin (1) jpj (1) kambing bakar (2) keluarga (3) Kemalangan (3) kenderaan (3) kerajaan (1) Kerja (1) kerja kosong (1) Kesihatan (1) Ketua Polis Negara (1) kewangan (1) khutbah Jumaat (1) kipas air (1) kisah agama (1) kitab (2) komesin (1) kongsi (1) kuliah (1) lelaki (1) lemon tea for diabetics (1) lesen (1) Lori sewa (3) lorry Trasport (1) luar negara (1) makanan (8) malaysia (2) Manusia (1) marketing (1) melayu (1) menteri (3) minuman (1) movers (3) Nasihat (7) National (1) negara (6) niaga (3) niaga fb ads (1) Nikah (1) Niqa Hijab Wash (1) Pelajaran (1) Peluang Pelajar (1) Pemandu Lorry (1) PENGERANG DEEPWATER PETROLEUM TERMINAL (1) PERHIMPUNAN (1) perniagaan (7) pernipuan (2) Pertolongan (1) Perubatan (1) Petua (2) phone (1) Politik (6) Produk (1) property (1) raja (1) rogol (1) roket emal (1) Rokok (1) rumah (1) sabun (1) Safe (1) sahabat (3) Saleman (1) Sebarkan (2) Semasa (1) seminar (1) SEMINAR MY DOCUMENTS (1) seri kembangan (1) Services (2) Sewa Khemah (1) sifat manusia (1) sifu fbads (1) sifu najib (1) stroke (1) Suami Isteri (6) Sukan (1) Sumbangan (1) surga (1) Syasya Canopy (1) Syurga (1) taklim (1) Taladan (10) taman negara (1) teknik (1) TEKNOLOGI (2) Teksi (1) Tentera Udara DiRaja Malaysia (1) tolong (2) Travel (3) TRONEXUS (1) TRUCKERS SNAPPERS (1) TRUCKERS SNAPPERS (1) ubat kuat (1) umum (1) Umur (1) Undang-undang (2) Up Date Trip Lori Sewa (1) urut (1) usia (1) wanita (1) website (1) Wordpress (1) yahudi (1) youtube (1) Zuriat (1)