Tak lama lagi kita akan bertemu Ramadhan. InshaAllah, moga-moga Allah beri peluang kita semua bertemu Ramadhan.
.
.
Belumpun menjelang bulan Ramadhan, hampir 100% peniaga-peniaga online mahupun offline masing-masing sudahpun memulakan strategi untuk mengiklankan produk-produk mereka. Dari produk putihkan kulit sampailah ke kasut design raya. Harga promosi juga diperkenalkan sempena design dan pengeluaran produk baru yang fresh dari kilang.
.
.
Tidak dinafikan saya juga antara yang terliur dan telan air liur melihat produk-produk yang di iklankan terutama dalam "online" media sosial. Semuanya cantik-cantik dan memikat hati para penonton tambahan pula harga pengenalan setiap produk juga tidak kurang hebatnya.
.
.
Maka,
.
.
Kita perlu lakukan senarai belanja/bajet khusus untuk Hari Raya. Contoh 👇
.
1) Berapa pasang baju raya
2) Berapa helai shawl/tudung raya
3) Berapa pasang kasut raya
4) Berapa bajet Duit Raya
5) Berapa jenis kuih raya
.
Jangan mudah-mudah
1) Tukar sofa baru
2) Tukar Tv baru
3) Tukar Almari baru
4) Tukar katil baru
5) Tukar meja makan baru
Yelah kan,
Kadang-kadang ada syarikat yang menawarkan ambil dulu bayar kemudian. Mudah-mudah tertarik dengan iklan yang dpertontonkan. Berhati-hati dalam berbelanja. Konsep ambil dulu bayar kemudian itu interestnya tinggi menggunung. Installment boleh jadi mahal. Jangan amalkan asal hari raya jek, mesti nak tukar baru. Tidak semestinya yang lama itu tidak boleh digunapakai dan dicantikkan semula.
.
.
Bagi yang sudah berkahwin dan berkeluarga, perlulah ada peruntukan untuk setiap seorang. Bajet keperluan dalam belanja haruslah tidak ada sebarang kebocoran wang tunai yang boleh menyebabkan berlakunya pembaziran.
.
.
Sebagai ketua keluarga, husband wajibulghunnah main peranan dalam mengawal kehendak berbelanja. Sekiranya husband terlepas pandang, wife wajib mengingatkan. Maklumlah, raya setahun sekali. Kan? Walau setahun sekali, tidak semestinya belanja berlebih-lebihan. Bersederhana itu lebih meriah sambutannya.
.
.
Rancang perbelanjaan Raya dengan bersederhana supaya tidak berlaku terover bajet. Kurangkan membelek majalah-majalah online sebab bila tengok yang ni cantik, yang tu cantik, semua terasa nak beli sedangkan kita sudahpun menetapkan bajet perbelanjaan.
.
.
Jangan sebab nak nampak bergaya di hari raya, yelah, rayakan sebulan kan? Lepas raya baru mula nak berjimat itu ini disebabkan habis bajet belanja raya sampai tak beringat kehidupan hari-hari selepas raya 😏
.
.
Kalau nak belanja ASB, itu lebih baik 😁
Orang lain hari raya belanja raya, tapi awak belanja ASB. Awak memang awsome.
.
.
#nhm🌷
