Bayan Fikir

Agama tersebar, hari ini kita kenal Allah tidak dengan mudah tuan2 mulia. Agama sampai dalam kehidupan kita, agama sampai ke kampung kita, agama masuk ke dalam rumah-rumah kita, agama sampai ke dalam hati-hati kita tuan2 mulia..Bukan dibawa oleh burung, bukan dibawa oleh angin, bukan dibawa oleh air sungai yang mengalir..bukan tuan2 yang mulia tapi dibawa oleh pengorbanan Nabi dan para sahabat r.hum, dibawa oleh pengorbanan para2 janda sahabat, dibawa oleh pergorbanan yatim2 para sahabat.

Tuan2 mulia
Ulama beritahu hari ini kita senang2 amal agama diatas penderitaan dan jeritan janda2 dan yatim para sahabat. Hari ini kita kadang2 senang amalkan agama diatas penderitaan Saidatina Khadijah Kubra r.ha.

Tuan2 mulia..
Kalaulah hari ini kita tidak hargai pengorbanan mereka. Apa yang harus kita jawab di hadapan Allah. Kalaulah kita jumpa Allah. Apa yang kita jawab di hadapan Nabi kalau kita jumpa dengan Nabi. Apa yang kita akan jawab kalau kita jumpa dengan Saiyidina Abu Bakar r.a yang telah menghabiskan seluruh harta bendanya untuk agama ini. Apalah yang akan kita jawab wahai ibu-ibu yang mulia kalau ibu-ibu jumpa dengan Sahabiah-sahabiah yang telah mengorbankan suami2 mereka syahid di jalan Allah. Apa yang kita akan jawab sekiranya kita jumpa dengan anak2 yatim para Sahabat r.hum sedangkan mereka telah mengorbankan ayah2 mereka untuk perjuangan agama ini.

Tuan2 mulia.
Agama ini sangat berhajat kepada pengorbanan. Agama ini tidak akan tersebar dengan tulis-tulisan. Agama pun tidak akan tersebar dengan cakap. Agama tidak akan pernah wujud dalam kehidupan tanpa kita mengorbankan diri kita tuan2 mulia. Sudah menjadi syarat agama akan wujud melalui pengorbanan, hidayah akan datang dalam diri kita melalui pengorbanan. Allahuakbar. Mari kita betulkan salah faham kita tuan2 mulia. Harta, diri dan masa kita bukan milik kita tapi milik Allah. Marilah kita gunakan harta, diri masa kita yang Allah pinjamkan untuk kita gunakan demi pengorbanan agama yang suci ini. Semoga Allah terima kita in sha Allah.

Labels

abad sahabat (1) Agama (39) agent hartanah (1) Akademi Tahfiz Darul Amee (1) Al Quran (3) Amalan (2) Anak Anak (2) Aplikasi (1) aqiqah (1) auto komen (1) Ayah (1) bangsa (1) bantuan (1) Berita (1) Bisnes (6) BR1M (1) brim (1) canopy (1) canopy sewa (1) Cerita (2) china (1) Coway (1) Cuckoo (1) Daie (1) dakwah (1) doa (1) Duit (2) ebook (1) event (1) facebook (3) felda (1) Global (1) google ads (1) grab (1) hartanah (1) healthy beverage for diabetics (1) Hiburan (1) Hijrah Canopy (1) homestay (1) Hospital (2) hotel (1) HRUU355 (1) hukum Agama (2) ibadat (4) ibu bapa (1) Ijtimak (1) insurans (1) ipoh (1) Jawatan Kosong (3) jenayah (3) Jin (1) jpj (1) kambing bakar (2) keluarga (3) Kemalangan (3) kenderaan (3) kerajaan (1) Kerja (1) kerja kosong (1) Kesihatan (1) Ketua Polis Negara (1) kewangan (1) khutbah Jumaat (1) kipas air (1) kisah agama (1) kitab (2) komesin (1) kongsi (1) kuliah (1) lelaki (1) lemon tea for diabetics (1) lesen (1) Lori sewa (3) lorry Trasport (1) luar negara (1) makanan (8) malaysia (2) Manusia (1) marketing (1) melayu (1) menteri (3) minuman (1) movers (3) Nasihat (7) National (1) negara (6) niaga (3) niaga fb ads (1) Nikah (1) Niqa Hijab Wash (1) Pelajaran (1) Peluang Pelajar (1) Pemandu Lorry (1) PENGERANG DEEPWATER PETROLEUM TERMINAL (1) PERHIMPUNAN (1) perniagaan (7) pernipuan (2) Pertolongan (1) Perubatan (1) Petua (2) phone (1) Politik (6) Produk (1) property (1) raja (1) rogol (1) roket emal (1) Rokok (1) rumah (1) sabun (1) Safe (1) sahabat (3) Saleman (1) Sebarkan (2) Semasa (1) seminar (1) SEMINAR MY DOCUMENTS (1) seri kembangan (1) Services (2) Sewa Khemah (1) sifat manusia (1) sifu fbads (1) sifu najib (1) stroke (1) Suami Isteri (6) Sukan (1) Sumbangan (1) surga (1) Syasya Canopy (1) Syurga (1) taklim (1) Taladan (10) taman negara (1) teknik (1) TEKNOLOGI (2) Teksi (1) Tentera Udara DiRaja Malaysia (1) tolong (2) Travel (3) TRONEXUS (1) TRUCKERS SNAPPERS (1) TRUCKERS SNAPPERS (1) ubat kuat (1) umum (1) Umur (1) Undang-undang (2) Up Date Trip Lori Sewa (1) urut (1) usia (1) wanita (1) website (1) Wordpress (1) yahudi (1) youtube (1) Zuriat (1)