Perniagaan boleh mati kalau buat silap macam ini

Business​  boleh 'mati' lepas buat silap

Salam, selamat petang.. apa khabar hari ni?

Untuk perkongsian hari ini, saya nak berkongsi dengan anda tentang beberapa penyebab bisnes online anda boleh mati dalam sekelip mata.

Ish En Akmal ni, asyik sembang pasal kesilapan je kenapa, asyik negatip je.. ?

Ok, bukan apa... kita memang digalakkan untuk sentiasa menuntut ilmu untuk upgrade, selain tu, kena jugak tahu, apa kesilapan yang kita sedang lakukan tanpa kita sedar.

Nak buat bisnes online ni, sepatutnya anda kena bina tapak yang kukuh, kukuh maksudnya, ia boleh bertahan lama, boleh jadi sumber ekonomi yang baik untuk anda, bukan macam 'chipsmore' sekejap ada sekejap takde...

Walaupun anda buat secara part time, ramai je yang boleh buat income dah lebih dari gaji dengan berniaga secara online. Tapi ramai juga yang boleh lingkup dalam sekelip mata je, kena buat dari kosong balik, puncanya sebab dah terlanjur buat 4 benda ni..

1) Bergantung dengan satu platform

Please jangan bergantung dengan satu platform, untuk peringkat permulaan takpa, tapi kalau dah bertahun masih guna satu cara, siaplah bisnes anda melingkup dalam sekelip mata je.

Contohnya anda jual produk bergantung dengan facebook page je, pakai fb ads buat iklan, dah 3 4 tahun jual, tak reti-reti nak upgrade buat website.

Bila abam mark juki buat aktiviti pembersihan, tak pasal-pasal facebook page anda pun kena bantai sekali kena unpublished, mungkin sebab anda suka tiru copywriting orang lain, ambil gambar yang ada isu copyright, jenama dan sebagainya.



Benda ni anda kena hati-hati, jadi anda perlu wujudkan platform atau kedai anda sendiri, seperti ada website sendiri, tambah channel lain juga seperti website, instagram, telegram dan sebagainya. Paling penting ianya boleh dikawal oleh anda seperti website yang didaftar dengan nama domain sendiri.

2) Produk cikai.

Bila nak pilih produk ni, jangan sebarangan pilih, nanti merana, buang masa 3 4 tahun sebab pilih produk yang semakin menjahanam bisnes anda.

Sebab apa saya cakap macam tu, benda ni banyak berlaku pada student saya, dah join macam macam coaching, kelas, duk menyalahkan mentor, tapi sebenarnya produk yang dia jual tu bermasalah.

Takde USP, tak berkualiti, untung sikit dan macam-macam lagi.

Kalau nak pilih produk, boleh cuba buat cara validasi, test apa market yang sesuai untuk dijual, senang nak jual.

Banyak kes sebab bisnes mati dalam sekelip mata bila salah pilih produk yang senang orang nak ciplak, bila orang lain ciplak dan mereka jual dengan harga jauh lebih murah malah berganda- ganda.

Semua pelanggan anda pergi kepada pesaing anda, sebab inilah bisnes anda boleh jatuh dalam sekelip mata.



3) Tak simpan database pelanggan.

Ini penyakit malas yang susah nak berubat, syok bila sales masuk hari-hari pakai wasap je, tak reti-reti nak rekod masuk dalam excel ke, simpan maklumat pelanggan , bila wasap tiba-tiba jem, kena reset habis semua maklumat pelanggan lama hilang.

Kena la cari pelanggan baru lagi, tak ke membazir anda laburkan kos iklan selama ni.

Bila jadi kes macam ni, tak berubah, bisnes anda boleh mati dalam sekelip mata, kalau database tu masih disimpan pada tempat yang anda tak boleh kawal. Database adalah aset, setiap database prospek yang anda dapat adalah aset bisnes anda, ia boleh digunakan untuk masa sekarang dan akan datang.



4) Bajet marketing ciput.

Dalam bisnes, perkara paling penting ialah perkembangan, jadi kalau anda dah ada progress, cari jalan untuk besarkan lagi bisnes supaya lebih ramai orang kenal anda, lebih ramai orang kenal jenama anda.

Perkara yang boleh mematikan bisnes anda dalam masa yang singkat bila anda tak bersedia untuk menyediakan kos pemasaran. 

Nak jualan banyak, tapi kedekut nak keluar bajet marketing, bila bajet marketing taknak dikeluarkan, atau bajet kecik je, bisnes anda susah nak buat duit dengan lebih banyak.

Prinsip 'the more you spend, the more you get' memang sangat sesuai dalam topik ini, ianya soal pengiraan yang mudah, lagi ramai orang tahu pasal produk anda, lagi ramai yang akan membeli.

Jadi kalau anda masih kekal asyik nak guna cara percuma je dalam pemasaran, bisnes anda boleh mati dalam sekelip mata, bila platform pemasaran percuma tu dah tak benarkan anda buat pemasaran.

Kan naya tu...


Daftar ke Workshop Fb Act bersama head Of Trainer Jootawan Academy Akmal Izzat, sila check tarikh terbaru.


Join Workshop Fb Act

SUBSCRIBE CHANNEL SAYA:

Telegram: https://telegram.me/jootawanonline
Facebook: https://www.facebook.com/jootawanacademy
Instagram: https://www.instagram.com/jootawanacademy
Whatsapp: 01132123292/014-7790001

Labels

abad sahabat (1) Agama (39) agent hartanah (1) Akademi Tahfiz Darul Amee (1) Al Quran (3) Amalan (2) Anak Anak (2) Aplikasi (1) aqiqah (1) auto komen (1) Ayah (1) bangsa (1) bantuan (1) Berita (1) Bisnes (6) BR1M (1) brim (1) canopy (1) canopy sewa (1) Cerita (2) china (1) Coway (1) Cuckoo (1) Daie (1) dakwah (1) doa (1) Duit (2) ebook (1) event (1) facebook (3) felda (1) Global (1) google ads (1) grab (1) hartanah (1) healthy beverage for diabetics (1) Hiburan (1) Hijrah Canopy (1) homestay (1) Hospital (2) hotel (1) HRUU355 (1) hukum Agama (2) ibadat (4) ibu bapa (1) Ijtimak (1) insurans (1) ipoh (1) Jawatan Kosong (3) jenayah (3) Jin (1) jpj (1) kambing bakar (2) keluarga (3) Kemalangan (3) kenderaan (3) kerajaan (1) Kerja (1) kerja kosong (1) Kesihatan (1) Ketua Polis Negara (1) kewangan (1) khutbah Jumaat (1) kipas air (1) kisah agama (1) kitab (2) komesin (1) kongsi (1) kuliah (1) lelaki (1) lemon tea for diabetics (1) lesen (1) Lori sewa (3) lorry Trasport (1) luar negara (1) makanan (8) malaysia (2) Manusia (1) marketing (1) melayu (1) menteri (3) minuman (1) movers (3) Nasihat (7) National (1) negara (6) niaga (3) niaga fb ads (1) Nikah (1) Niqa Hijab Wash (1) Pelajaran (1) Peluang Pelajar (1) Pemandu Lorry (1) PENGERANG DEEPWATER PETROLEUM TERMINAL (1) PERHIMPUNAN (1) perniagaan (7) pernipuan (2) Pertolongan (1) Perubatan (1) Petua (2) phone (1) Politik (6) Produk (1) property (1) raja (1) rogol (1) roket emal (1) Rokok (1) rumah (1) sabun (1) Safe (1) sahabat (3) Saleman (1) Sebarkan (2) Semasa (1) seminar (1) SEMINAR MY DOCUMENTS (1) seri kembangan (1) Services (2) Sewa Khemah (1) sifat manusia (1) sifu fbads (1) sifu najib (1) stroke (1) Suami Isteri (6) Sukan (1) Sumbangan (1) surga (1) Syasya Canopy (1) Syurga (1) taklim (1) Taladan (10) taman negara (1) teknik (1) TEKNOLOGI (2) Teksi (1) Tentera Udara DiRaja Malaysia (1) tolong (2) Travel (3) TRONEXUS (1) TRUCKERS SNAPPERS (1) TRUCKERS SNAPPERS (1) ubat kuat (1) umum (1) Umur (1) Undang-undang (2) Up Date Trip Lori Sewa (1) urut (1) usia (1) wanita (1) website (1) Wordpress (1) yahudi (1) youtube (1) Zuriat (1)