_(Kisah jemaah dari Indonesia)_
Sejak pulang dari iktikaf di masjid selama tiga hari bersama jemaah dakwah, terus Dr Agus menjadi seseorang yang berbeza.
Bicaranya telah sering ada tentang Allah SWT,... tentang Rasulullah SAW.
Cara makan dan cara tidurnya pun mulai berbeza, katanya itulah cara Nabi SAW.
Rupanya, pengalaman iktikaf dan belajar di masjid betul-betul memberi kesan baginya.
Semangat baru mulai terbit, namun beliau juga seringkali duduk merenungi diri. Kalimat2 yang dibicarakan amir jemaah, sentiasa terngiang-ngiang difikirannya.
“Ubat tidak dapat menyembuhkan, yang menyembuhkan adalah Allah SWT.
Ubat itu sendiri menyembuhkan dengan berhajat kepada Allah SWT, kerana itu sunnatullah.
Sedangkan Allah SWT menyembuhkan sesiapa jua, tidak berhajat melalui ubat.
Allah SWT boleh menyembuhkan dengan ubat atau bahkan tanpa ubat.
Yang menyembuhkan bukanlah ubat, yang menyembuhkan adalah Allah SWT .”
Dia juga merenung, bukan hanya ubat, bahkan doktor sendiri pun tiada upaya untuk memberi kesembuhan.
Yang memberi kesembuhan adalah Allah SWT .
Sejak itu, sebelum memeriksa pesakitnya, dia akan bertanya.
“Bapak sebelum ke sini udah mohon izin dulu kepada Allah SWT ? atau udah berdoa meminta kesembuhan kepada Allah SWT ? atau udah laporkan dulu kepada Allah SWT ?"
Jika dijawab belum (kebanyakan memang belum), beliau meminta pesakitnya mengambil air wudhu, dan solat 2 rakaat di tempat yang telah disediakan.
Malah, apabila memberikan ubat sekalupun, beliau berpesan dengan kalimat yang sama.
"Bapak..... Ubat tidak bisa menyembuhkan, yang menyembuhkan adalah Allah SWT . Namun berubat adalah sunnah dari Rasulullah SAW dan sebagai ikhtiar dan sunnatullah, agar Allah SWT mahu menyembuhkan”.
Ajaib! Ramai pesakitnya yang sembuh.
Terkadang, ada yang jika diperiksa dengan ilmu medik, peluang untuk sihat hampir tidak ada.
Namun setelah diberikan terapi “Yakin” yang diberikan beliau, dengan izin Allah SWT, pesakitnya menjadi sihat.
Pernah ada pesakitnya yang mengeluh sakit,... lalu beliau minta agar orang itu untuk solat 2 rakaat (memohon ampun dan memohon kesembuhan kepada Allah SWT ).
Setelah selesai solat, pesakitnya langsung merasa sihat dan tidak jadi untuk berubat.
Rudi, asistennya bertanya, kenapa dia langsung sembuh?
Dr. Agus katakan, bisa jadi sumber sakitnya ada di hati, hatinya yang gersang kontang kerana selama ini jauh dari Allah SWT .
Kesan lain adalah pesakitnya pulang dalam keadaan senang dan gembira kerana tidak hanya tubuhnya yang diubati, malah batinnya juga turut terubati.
Hati yang sihat, menjadikan tubuh yang kuat. Dan sebaik-baik ubat hati adalah dengan perbanyakkan zikir, membaca Al-Quran, Wudhu, Solat, Do'a dan tawakal kepada Allah SWT .
Pernah ada pesakit yang jantungnya bermasalah dan harus dibuat pembedahan.
Selain “Yakin”, beliau juga mengajarkan terapi cara hidup Rasulullah SAW.
Pesakit tersebut diminta untuk mengamalkan satu sunnah saja, iaitu sunnah tidur.
Sebelum tidur berwudhu, kalau mampu buat solat 2 rakaat, berdoa, berzikir, menutup aurat, pastikan posisi kanan adalah kiblat, dan tidur dengan tubuh miring ke kanan.
Seminggu kemudian, pesakit tersebut diperiksa. Alhamdulillah, tidak perlu dilakukan pembedahan. Allah SWT telah memberi kesembuhan atasnya.
Ada juga pesakitnya yang ginjal bermasalah. Beliau minta agar pesakitnya itu mengamalkan sunnah makan dan sunnah ke tandas.
Makan dengan duduk sunnah sehingga posisi tubuh secara lumrah perut terbahagi menjadi 3 bahagian (udara, makanan, dan air).
Kemudian apabila buang air kecil dengan cara sunnah, menguras habis-habis kencing yang tersisa dengan berdehem 3 kali, mengurut, dan membasuhnya dengan bersih.
Seminggu kemudian, saat diperiksa ternyata Allah SWT berikan kesembuhan kepada orang tersebut.
Rudi pernah sedikit protes. Sejak melibatkan Allah SWT, pesakitnya mulai jarang berulang-alik dan berisiko mengurangi pendapatan beliau.
Namun Dr. Agus katakan bahawa rezeki adalah urusan Allah SWT . Dan beliau menambah lagi dengan kalimat yang sama dengan reaksi yang berbeza, bahawa .......
"Sakitnya seseorang itu tidak dapat mendatangkan rezeki untuk saya, yang memberi rezeki adalah Allah SWT.
Allah SWT juga boleh mendatangkan rezeki tanpa melalui sakitnya pesakit”.
Enam bulan kemudian.... seorang pesakit yang pernah sembuh kerana diminta solat oleh beliau, datang ke klinik, mengucapkan terima kasih, dan berniat mengajak kita untuk umrah bulan depan.
Lalu Dr Agus bertanya, "Kamu bersedia?”
Rudi tidak menjawab, namun matanya mulai berkaca, air matanya sedikit demi sedikit kelihatan mahu jatuh.
“Sebelum menjawab, izinkan saya solat dulu pak,” ucapnya sebak.
Lalu dia solat lama sekali, sepertinya ini solat dia yang paling khusyu pernah didirikan'.
Perlahan, terdengar dia terisak-isak menangis dalam doanya.
😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭
Mudah-mudahan kisah ini yang dikongsikan ini
membawa banyak manfaat untuk kita semua.
Silakan SHARE..!
Dr Agus Thosin, SpJP praktik di RSAI Bandung
💉🕌🌡🕋
