BAGAIMANA CARA NAK ISTIQOMAH*


"Ustaz, macamana nak istiqomah? Saya banyak kali bertekad nak tinggalkan sesuatu maksiat, tapi, saya banyak kali terjatuh dalam dosa yang sama. Susah la ustaz..." 😔😔

JAWAPAN:

1⃣ Bila sebut tentang isu istiqomah, hakikatnya ramai yang salah faham. Banyak kali orang tanya saya tentang bagaimana nak istiqomah. Adakah dengan istiqomah bermakna bila kita taubat, kita dah tak buat dosa kembali? Jika kita buat dosa walaupun dah bertaubat, adakah kita di kira tidak istiqomah?

Sekiranya itu maksud istiqomah, nescaya ia suatu yang hampir mustahil. Kerana, semua manusia imannya turun dan naik. Kita tidak mungkin terlepas dari melakukan dosa.

Semua orang tak pernah maksum melainkan Nabi. Kita pasti akan melakukan dosa sama ada kecil atau besar, sengaja atau tak sengaja. Kerana kita adalah manusia yang cukup lemah.

Kita bukan malaikat yang tidak ada dampingan nafsu dalam diri mereka. Tidak ada godaan syaitan dalam kehidupan mereka.

Lalu, apakah itu istiqomah dalam perubahan?

2⃣ Saya nak ajak semua pembaca untuk fahami hadith riwayat Ahmad, yang mana Nabi SAW bersabda:

استقيموا ولن تحصوا
Bermaksud: “Istiqomahlah kamu walaupun kamu takkan mampu…”

Aik. Pelik bukan? Nabi SAW suruh kita istiqomah, namun Nabi SAW kata kita takkan mampu. Lalu, bagaimana nak istiqomah dalam keadaan kita ni takkan mampu?

Di sini lah, ulama’ mentafsirkan hadith ini dengan sepotong ayat Al-Quran dalam surah Fussilat ayat ke-6:

فَاسْتَقِيمُوا إِلَيْهِ وَاسْتَغْفِرُوهُ
Bermaksud: “Maka hendaklah kamu beristiqomah di atas jalan yang lurus, serta pohonloh ampun kepadaNya..”

Dua kata kunci dari ayat ini ialah:

ISTIQOMAH dan MEMINTA AMPUN.

Bermakna, Allah SWT dan Rasulullah SAW tahu, bahawa, kita tidak mampu istiqomah dalam semua perkara. Sebagai manusia, kita takkan terlepas dari dosa dan noda.

Maka, hakikat ISTIQOMAH yang di maksudkan ialah ISTIQOMAH DALAM BERTAUBAT.

Saya ulang:

_*“Istiqomah yang perlu kita lakukan ialah, istiqomah dalam bertaubat!”*_

3⃣ Walaupun kita dah bertaubat, lalu kita ulangi kembali dosa, maka taubatlah kembali. Andai kita jatuh lagi ke dalam lembah maksiat, bangkit dan bertaubatlah kembali. Andai sekali lagi kita tergelincir ke dalam dosa, bangun dan bertaubatlah kembali!

Seperti mana kita sering melakukan dosa, maka, seringkali jugalah kita perlu bertaubat!

Jangan sesekali berputus-asa dalam bertaubat. Pengampunan Allah SWT itu Maha luas. Kasih sayang Allah SWT itu Maha dahsyat!

Lalu, apakah lagi alasan untuk kita tidak terus bangkit melakukan perubahan?

Bangkit dan bertaubatlah!

Moga-moga kita di kurniakan syurga Allah SWT di atas usaha dan pengorbanan kita kembali padaNya! Usaha ke atas iman diri kita sendiri....

4⃣ Janganlah menangguh-nangguhkan taubat. Kerana, di antara tanda fasiq (orang yang kerap melakukan dosa) ialah dia menangguhkan taubat.

Apakah kesan bila kita melambat-lambatkan taubat?

Ada banyak. Antaranya, kita akan mula ketagih dengan dosa, hilang rasa malu bila buat dosa, hilang rasa bersalah bila buat dosa, hati kita akan mulai mati, tidak rasa apa-apa bila melihat dosa, rasa normal dan selesa dengan dosa, bahkan, sampai satu tahap, kita akan pertahankan dosa, lalu memperjuangkan dosa serta menganggap dosa itulah kebenaran.

Nauzubillahi minzalik.

5⃣ Ciri-ciri orang beriman ialah dia tidak berputus-asa dengan rahmat Allah SWT , dan kerap melakukan taubat.

Oleh itu, marilah *buktikan istiqomah kita dengan bertaubat kepada Allah SWT* , walau sebanyak mana pun kita terjatuh, teruslah bangkit dan jangan berputus-asa dari rahmat Allah SWT !

Ikhlas,
_Tarbiah Sentap_
_☆PENGKONGSIAN_

C&P

Labels

abad sahabat (1) Agama (39) agent hartanah (1) Akademi Tahfiz Darul Amee (1) Al Quran (3) Amalan (2) Anak Anak (2) Aplikasi (1) aqiqah (1) auto komen (1) Ayah (1) bangsa (1) bantuan (1) Berita (1) Bisnes (6) BR1M (1) brim (1) canopy (1) canopy sewa (1) Cerita (2) china (1) Coway (1) Cuckoo (1) Daie (1) dakwah (1) doa (1) Duit (2) ebook (1) event (1) facebook (3) felda (1) Global (1) google ads (1) grab (1) hartanah (1) healthy beverage for diabetics (1) Hiburan (1) Hijrah Canopy (1) homestay (1) Hospital (2) hotel (1) HRUU355 (1) hukum Agama (2) ibadat (4) ibu bapa (1) Ijtimak (1) insurans (1) ipoh (1) Jawatan Kosong (3) jenayah (3) Jin (1) jpj (1) kambing bakar (2) keluarga (3) Kemalangan (3) kenderaan (3) kerajaan (1) Kerja (1) kerja kosong (1) Kesihatan (1) Ketua Polis Negara (1) kewangan (1) khutbah Jumaat (1) kipas air (1) kisah agama (1) kitab (2) komesin (1) kongsi (1) kuliah (1) lelaki (1) lemon tea for diabetics (1) lesen (1) Lori sewa (3) lorry Trasport (1) luar negara (1) makanan (8) malaysia (2) Manusia (1) marketing (1) melayu (1) menteri (3) minuman (1) movers (3) Nasihat (7) National (1) negara (6) niaga (3) niaga fb ads (1) Nikah (1) Niqa Hijab Wash (1) Pelajaran (1) Peluang Pelajar (1) Pemandu Lorry (1) PENGERANG DEEPWATER PETROLEUM TERMINAL (1) PERHIMPUNAN (1) perniagaan (7) pernipuan (2) Pertolongan (1) Perubatan (1) Petua (2) phone (1) Politik (6) Produk (1) property (1) raja (1) rogol (1) roket emal (1) Rokok (1) rumah (1) sabun (1) Safe (1) sahabat (3) Saleman (1) Sebarkan (2) Semasa (1) seminar (1) SEMINAR MY DOCUMENTS (1) seri kembangan (1) Services (2) Sewa Khemah (1) sifat manusia (1) sifu fbads (1) sifu najib (1) stroke (1) Suami Isteri (6) Sukan (1) Sumbangan (1) surga (1) Syasya Canopy (1) Syurga (1) taklim (1) Taladan (10) taman negara (1) teknik (1) TEKNOLOGI (2) Teksi (1) Tentera Udara DiRaja Malaysia (1) tolong (2) Travel (3) TRONEXUS (1) TRUCKERS SNAPPERS (1) TRUCKERS SNAPPERS (1) ubat kuat (1) umum (1) Umur (1) Undang-undang (2) Up Date Trip Lori Sewa (1) urut (1) usia (1) wanita (1) website (1) Wordpress (1) yahudi (1) youtube (1) Zuriat (1)