PENYATUA NASIONAL..

BUKAN UMMAH

SIRI SATU

Kesan pemerintahan PAS di Kelantan dan Terengganu selepas piagam Nasional antara PAS dan Umno ditangani.

Untuk kali ini ambo tidak berminat untuk mempersoalkan percantuman PAS dan Umno adakah perlu atau tidak dilakukan tetapi lebih kepada menyelongkar kenapa percantuman ini terjadi.

Umno mengalami keadaan paling buruk selepas PRU 14. Sejarah tidak pernah tercatit sebelum ini yang Umno pernah kalah majoriti dalam PRU. Paling tidak pun menang dengan simple majoriti. Pada PRU 14 yang lalu Umno dijatuhkan dalam keadaan pemimpin Umno belum pernah berpengalaman menjadi orang kalah.

Keburukan dan halobanya DS Najib telah menjadi punca utama Umno hilang kuasanya. Keadaan sudah tidak mampu diselamatkan lagi. Sifat membedal harta rakyat oleh sesetengah pemimpinya dari segenap peringkat jawatan turut memberi sumbangan kepada kejatuhan Umno.

Untuk meredakan keadaan dan suasana, Umno mengambil pendekatan pergunakan PAS. Sekurang-kurang nampak berjurus kerana disokong tampu oleh PAS.

Untuk mendapatkan sokongan dan dokongan dari ahli Umno sendiri, tok rok cetong!

Umno yang  membawa slogan melayu terancam ketengah masyarakat. Dari berbagai sudut Umno mencari ikhtiar bagi menampakkan melayu kini terancam dek kerana DAP berkuasa dan dijadikan puncing bag.

PAS pula yang kini menjadi rakan seselimut Umno telah menggunakan sentimen agama bagi memberi tekanan kepada pihak yang mengendalikan kerajaan pada hari ini. Islam telah berada dalam keadaan terancam telah dimomokkan ketengah masyarakat. PAS menggunakan seluruh tenaga jentera parti menyerang dan menghasilkan pelbagai provokasi bagi menampakkan islam terancam kerana PAKATAN HARAPAN ada DAP sebagai komponan.

Gabungan islam terancam dengan melayu terancam dilihat begitu ghairah dimainkan isu apatah lagi dalam keadaan pihak kerajaan dilihat berlembut dan terbuka memberi ruang pada golongan ini.

Persepakatan PAS dan Umno dalam isu melayu dan islam dilihat sekata dalam susun atur gerakkan sarafnya termasuk menggunakan NGO sebagai pemangkin gerakan mereka.

Timbul pertanyaan, adakah cara PAS dan Umno ini ada kesannya? Selagi ada golongan dungu, selagi itulah propaganda ini dijadikan sebagai pengganti ruji harian. PAS dan Umno sedang mengukur isu mana yang memberi kesan, disesetengah tempat isu bangsa berkesan, manakala isu agama bakinya. Keadaan ini boleh menjadi tanda aras kepada PAS atau Umno membuat follow up.

Kebelakangan ini UMNO semakin galak meniupkan api perkauman. UMNO dan PAS sangat yakin mereka boleh merampas tampuk pemerintahan negara dengan helah membuatkan orang Melayu membenci kaum lain terutamanya Cina.

UMNO tidak perlu menjawab mengenai kerosakan berpuluh tahun yang mereka tinggalkan. PAS tidak perlu menjawab 60 tahun mereka menuduh UMNO tidak Islam, malah satu ketika menuduh UMNO kafir.

Kafir pun kafirlah, asalkan dapat menang mudah. Itu fikir PAS. UMNO pun tidak kisah mengangkat ego PAS untuk sementara waktu, asalkan dapat menang mudah.

Bagaimana dengan PAS Terengganu dan PAS Kelantan menghadapi isu kerjasama ini?

Apakah dikedua-dua negeri ini memerlukan Umno sebagai rakan politik dalam keadaan PAS mendominasi suasana?

Ikuti sambungan di siri 2

Nyamuk Menggigit
10 Sept 2019

Labels

abad sahabat (1) Agama (39) agent hartanah (1) Akademi Tahfiz Darul Amee (1) Al Quran (3) Amalan (2) Anak Anak (2) Aplikasi (1) aqiqah (1) auto komen (1) Ayah (1) bangsa (1) bantuan (1) Berita (1) Bisnes (6) BR1M (1) brim (1) canopy (1) canopy sewa (1) Cerita (2) china (1) Coway (1) Cuckoo (1) Daie (1) dakwah (1) doa (1) Duit (2) ebook (1) event (1) facebook (3) felda (1) Global (1) google ads (1) grab (1) hartanah (1) healthy beverage for diabetics (1) Hiburan (1) Hijrah Canopy (1) homestay (1) Hospital (2) hotel (1) HRUU355 (1) hukum Agama (2) ibadat (4) ibu bapa (1) Ijtimak (1) insurans (1) ipoh (1) Jawatan Kosong (3) jenayah (3) Jin (1) jpj (1) kambing bakar (2) keluarga (3) Kemalangan (3) kenderaan (3) kerajaan (1) Kerja (1) kerja kosong (1) Kesihatan (1) Ketua Polis Negara (1) kewangan (1) khutbah Jumaat (1) kipas air (1) kisah agama (1) kitab (2) komesin (1) kongsi (1) kuliah (1) lelaki (1) lemon tea for diabetics (1) lesen (1) Lori sewa (3) lorry Trasport (1) luar negara (1) makanan (8) malaysia (2) Manusia (1) marketing (1) melayu (1) menteri (3) minuman (1) movers (3) Nasihat (7) National (1) negara (6) niaga (3) niaga fb ads (1) Nikah (1) Niqa Hijab Wash (1) Pelajaran (1) Peluang Pelajar (1) Pemandu Lorry (1) PENGERANG DEEPWATER PETROLEUM TERMINAL (1) PERHIMPUNAN (1) perniagaan (7) pernipuan (2) Pertolongan (1) Perubatan (1) Petua (2) phone (1) Politik (6) Produk (1) property (1) raja (1) rogol (1) roket emal (1) Rokok (1) rumah (1) sabun (1) Safe (1) sahabat (3) Saleman (1) Sebarkan (2) Semasa (1) seminar (1) SEMINAR MY DOCUMENTS (1) seri kembangan (1) Services (2) Sewa Khemah (1) sifat manusia (1) sifu fbads (1) sifu najib (1) stroke (1) Suami Isteri (6) Sukan (1) Sumbangan (1) surga (1) Syasya Canopy (1) Syurga (1) taklim (1) Taladan (10) taman negara (1) teknik (1) TEKNOLOGI (2) Teksi (1) Tentera Udara DiRaja Malaysia (1) tolong (2) Travel (3) TRONEXUS (1) TRUCKERS SNAPPERS (1) TRUCKERS SNAPPERS (1) ubat kuat (1) umum (1) Umur (1) Undang-undang (2) Up Date Trip Lori Sewa (1) urut (1) usia (1) wanita (1) website (1) Wordpress (1) yahudi (1) youtube (1) Zuriat (1)