PANAS DAN MENGEJUTKAN* (Apa pendekatan dan Penyelesaiannya).

*
Isu had umur kahwin MUFTI Sabah. Mari fikirkan bersama sumber berita ini.

ARTIKEL INI DIKELUARKAN PADA OKTOBER 2016.
Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, Kementerian Kesihatan melaporkan:

• 18, 000 remaja hamil mendapatkan perkhidmatan di klinik kesihatan kerajaan dalam setahunbermula dari 2011 hingga 2013.

• 25% daripada 18, 000 tidak kahwin, purata 1, 500 remaja hamil dalam sebulan, 50 kes sehari dilaporkan diseluruh negara.

• Jumlah pembuangan bayi sejak 2011 hingga Jun 2015 adalah sebanyak 432 kes.

• 3,980 (28.8%) daripada 13, 831 remaja berusia 10 - 19 tahun mengandung anak luar nikah

Negeri yang mencatatkan kes kehamilan remaja tertinggi:
Sabah 3, 084 kes - Juara
Sarawak 2, 910 kes - N. Juara
Selangor 1, 461 kes - Ketiga
Johor 1, 319 kes - Keempat
Pahang 840 kes - Kelima

Umur minimum pertama kali melakukan hubungan seks bagi remaja Sarawak adalah 15.6 tahun bagi pelajar sekolah, 17.7 tahun bagi pelajar universiti dan 19.1 tahun bagi remaja di luar pengajian.
Manakala bagi negeri Sabah purata umur pertama kali melakukan hubungan seks bagi remaja pelajar sekolah adalah 14.9, pelajar universiti adalah 18.3 tahun dan luar pengajian adalah 19.7 tahun. Ini bermakna pengetahunan mengenai seks remaja Sabah adalah tinggi berbanding Sarawak.

Modul Pendidikan Reproduktif dan Seksual Remaja Lelaki akan diperkenalkan pada Oktober ini oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) sebagai langkah menangani masalah salah laku seks kalangan remaja.

LPPKN sebagai agensi yang bertanggungjawab dalam bidang kesihatan reproduktif mengambil inisiatif untuk menangani masalah ini dengan membangunkan modul khas remaja lelaki berumur 16 tahun ke atas pada tahun sama.
Antara kandungan modul adalah isu seks sebelum berkahwin, variasi seks, kehamilan remaja, penderaan seksual, isu gender dan penyakit kelamin termasuk HIV/AIDS.

Lihat umur pertama kali melakukan hubungan seks bagi remaja disabah.....

IAITU PURATA PADA UMUR 14.9 TAHUN.

Atas dasar ini barangkali Jabatan Mufti Negeri Sabah mencadangkan agar had umur di turnkan kepada 14 tahun. Data ini diambil dari tahun 2011-2014. Sudah empat tahun berlalu. Dan gejala ini bukan semakin berkurang bahkan bertambah.

Di dalam islam, isu ini ditangani dengan perkahwinan yang membenarkan lelaki mengahwini wanita dengan persetujuan walinya. Maka Jabatan Mufti selaku pengawal agama di negeri ini sebenarnya telah mengambil tindakan yang betul dalam mencadangkan penyelesaian atau intervensi bagi isu yang besar ini agar gejala zina, anak luar nikah atau tidak sah taraf ini tidak lagi berleluasa.

Masyarakat marah bila had umur disentuh. Tapi kenapa masyarakat tak marah bila melihat ramai remaja sekolah yang terlibat dengan gejala tidak sihat ini bahkan tidak menularkannya di media2 sosial. Mari sama2 tepuk dada tanya iman, tepuk dada tanya akal, adakah masih waras lagi melihat situasi sebenar ini.

APA KATA RASULULLAH

عَنْ ‏ ‏أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ ‏ ‏قَالَ ‏: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ ‏: ‏((إِنَّ ‏ ‏مِنْ ‏ ‏أَشْرَاطِ السَّاعَةِ ‏‏أَنْ يُرْفَعَ الْعِلْمُ، وَيَثْبُتَ الْجَهْلُ، وَيُشْرَبَ الْخَمْرُ، وَيَظْهَرَ الزِّنَا)). رواه البخاري ومسلم

Maksudnya: “Sesungguhnya antara tanda-tanda kiamat itu ialah; diangkat ilmu (agama), tersebar kejahilan (terhadap agama), arak diminum (secara berleluasa), dan zahirnya zina (secara terang-terangan)”. [HR: Al-Bukhari no. 78, Muslim no. 4824] Huraian Hadis:
Antara tanda-tanda kiamat ialah ramai orang yang jahil terhadap agama, serta arak dan zina bermaharajalela. Dalam hadis lain, dengan isnad yang sahih, ditambah; amalan riba. Nabi SAW bersabda:

{ بَيْنَ يَدَيْ السَّاعَةِ يَظْهَرُ الزِّنَا، وَالرِّبَا، وَالْخَمْرُ }
[رواه الطَّبَرَانِيُّ بِسَنَدٍ صَحِيحٍ. الزواجر عن اقتراف الكبائر].

Maksudnya: “Di ambang kiamat nanti, akan zahir zina, riba dan juga arak”.
Zina, arak dan riba adalah 3 unsur kejahatan yang berlaku kerana sifat jahil. Tidak semestinya bermaksud mereka jahil tentang hukum haramnya, kerana ramai yang tahu akan keharamannya namun masih tetap melakukannya.

Sifat jahil tersebut dapat dimaksudkan sebagai jahil terhadap Allah SWT kerana jauhnya diri mereka daripada-Nya serta kerasnya hati mereka, hinggakan tanpa rasa takut melakukan apa yang dilarang oleh Allah SWT dan meninggalkan apa yang disuruh oleh-Nya (walaupun mereka memiliki sijil pengajian Islam).

Banyak Anak Zina Dilahirkan:
Ummul Mukminin Maimunah RA berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

عَنْ مَيْمُونَةَ ل عن النبي : ((لاَ تَزَالُ أُمَّتِي بِخَيْرٍ مَا لَمْ يَفْشُ فِيهِمْ وَلَدُ الزِّنَا، فَإِذَا فَشَا فِيهِمْ وَلَدُ الزِّنَا أَوْشَكَ أَنْ يَعُمَّهُمُ اللهُ بِعِقَابٍ)) رواه أحمد “حسن”.

“Umatku akan terus berada dalam kebaikan selama tidak tersebar luas anak zina di kalangan mereka. Apabila anak zina tersebar luas di kalangan mereka, maka hampir sahaja Allah akan menurunkan azab siksa kepada mereka seluruhnya.” [Riwayat Ahmad, kata al-Munziri – 3/265: isnadnya Hasan]

Berzina secara terangan:
Maka, benarlah sabda Nabi SAW bahawa tanda hampirnya kiamat ialah banyaknya berlaku perzinaan. Kes-kes zina pada yang asalnya dilakukan secara tersembunyi, namun di akhir zaman nanti perzinaan tidak lagi dilakukan secara tersembunyi tetapi secara terang-terangan.

Daripada ‘Abdullah bin ‘Amru bin al-‘As RA, sabda Nabi SAW:
عن عبد الله بن عمرو قال: ((لا تقوم الساعة حتى يتسافدوا في الطريق تسافد الحمير)) قلت: إن ذلك لكائن؟ قال: ((نعم؛ ليكوننّ)) [السلسلة الصحيحة – مختصرة – رقم: (2724) (صحيح)
ومعنى: (يتسافدون ويتهارجون: أي يجامع الرجال النساء بحضرة الناس كما يفعل الحمير ولا يكترثون لذلك]

Maksudnya: “Tidak akan berlaku kiamat itu sehingga orang berzina di jalanan sebagaimana keldai. Aku bertanya: Sesungguhnya itu akan terjadi? Jawab baginda: Ya, nescaya akan terjadi”. [Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan al-Tabarani, hadis sahih] Jika ramainya penzina dan anak zina, maka munasabahlah dengan perkhabaran Nabi SAW, bahawa kiamat dibangkitkan (berlaku) hanya ke atas orang-orang keji dan tidak mengenal Allah SWT.

Al Faqeer ilallah
Abu Azzam

Labels

abad sahabat (1) Agama (39) agent hartanah (1) Akademi Tahfiz Darul Amee (1) Al Quran (3) Amalan (2) Anak Anak (2) Aplikasi (1) aqiqah (1) auto komen (1) Ayah (1) bangsa (1) bantuan (1) Berita (1) Bisnes (6) BR1M (1) brim (1) canopy (1) canopy sewa (1) Cerita (2) china (1) Coway (1) Cuckoo (1) Daie (1) dakwah (1) doa (1) Duit (2) ebook (1) event (1) facebook (3) felda (1) Global (1) google ads (1) grab (1) hartanah (1) healthy beverage for diabetics (1) Hiburan (1) Hijrah Canopy (1) homestay (1) Hospital (2) hotel (1) HRUU355 (1) hukum Agama (2) ibadat (4) ibu bapa (1) Ijtimak (1) insurans (1) ipoh (1) Jawatan Kosong (3) jenayah (3) Jin (1) jpj (1) kambing bakar (2) keluarga (3) Kemalangan (3) kenderaan (3) kerajaan (1) Kerja (1) kerja kosong (1) Kesihatan (1) Ketua Polis Negara (1) kewangan (1) khutbah Jumaat (1) kipas air (1) kisah agama (1) kitab (2) komesin (1) kongsi (1) kuliah (1) lelaki (1) lemon tea for diabetics (1) lesen (1) Lori sewa (3) lorry Trasport (1) luar negara (1) makanan (8) malaysia (2) Manusia (1) marketing (1) melayu (1) menteri (3) minuman (1) movers (3) Nasihat (7) National (1) negara (6) niaga (3) niaga fb ads (1) Nikah (1) Niqa Hijab Wash (1) Pelajaran (1) Peluang Pelajar (1) Pemandu Lorry (1) PENGERANG DEEPWATER PETROLEUM TERMINAL (1) PERHIMPUNAN (1) perniagaan (7) pernipuan (2) Pertolongan (1) Perubatan (1) Petua (2) phone (1) Politik (6) Produk (1) property (1) raja (1) rogol (1) roket emal (1) Rokok (1) rumah (1) sabun (1) Safe (1) sahabat (3) Saleman (1) Sebarkan (2) Semasa (1) seminar (1) SEMINAR MY DOCUMENTS (1) seri kembangan (1) Services (2) Sewa Khemah (1) sifat manusia (1) sifu fbads (1) sifu najib (1) stroke (1) Suami Isteri (6) Sukan (1) Sumbangan (1) surga (1) Syasya Canopy (1) Syurga (1) taklim (1) Taladan (10) taman negara (1) teknik (1) TEKNOLOGI (2) Teksi (1) Tentera Udara DiRaja Malaysia (1) tolong (2) Travel (3) TRONEXUS (1) TRUCKERS SNAPPERS (1) TRUCKERS SNAPPERS (1) ubat kuat (1) umum (1) Umur (1) Undang-undang (2) Up Date Trip Lori Sewa (1) urut (1) usia (1) wanita (1) website (1) Wordpress (1) yahudi (1) youtube (1) Zuriat (1)