*
1. Setelah berakhirnya PRU14 dan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengambil alih tampok pemerintahan dari Barisan Nasional (BN) yang memerintah Malaysia lebih 60 tahun, Kerajaan PH kini sedang menghadapi cabaran baru untuk membangun Malaysia yang lebih baik, maju, harmoni dan berperinsipkan negara Rahmatan Lil Alamin. Antara cabaran terkini ialah gejala fitnah dan adu domba yang berlaku di dalam masjid dan surau oleh segolongan penceramah-penceramah yang mencemarkan Kerajaan PH.
2. Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir, dan Menteri Agama, Dato' Dr Mujahid, telah berkali-kali menegaskan Kerajaan PH tidak menerima dan iktiraf gaya hidup bebas LGBT dan kerajaan ada polisi tersendiri menghadapi gejala dan salah laku berkaitan dengan agama Islam. Namun, segelintir penceramah-penceramah yang berselindung disebalik ayat-ayat Quran dan hadis, terus menerus memfitnah kerajaan melalui ceramah-ceramah dan mimbar masjid serta surau. Rakyat Malaysia yang yakin dengan usaha kerajaan baru ini perlu berusaha membantu untuk membenteras gejala fitnah melalui masjid dan surau ini.
3. Dr Mujahid, di dalam sebuah forum Sempena Sambutan 3 Tahun Amanah di Temerloh pada 22 September 2018, telah dengan tegasnya menyatakan Kerajaan akan mengambil tindakan ke atas segolongan penceramah-penceramah dan imam-iman dimimbar masjid yang berterusan memfitnah. Permintaan Dr Mujahid ialah, kita sebagai rakyat prihatin, yang selalu ke masjid dan surau, membuat rakaman audio ke atas segelintir penceramah dan imam yang sekian lama dikenalpasti berterusan membuat fitnah dalam ceramah dan khutbah mereka. Kemudian serahkan dan lapor rakaman audio yang ada unsur fitnah tersebut kepada Kementerian agama dan Kementerian akan mengambil tindakan tegas.
*TINDAKAN KITA RAKYAT PRIHATIN:*
a) Memiliki alat rakaman audio (voice recorder) yang kecil dan mudah di bawa ke mana sahaja. Boleh dicari dan dibeli di laman LAZADA (www.lazada.com.my);
b) Mengenalpasti penceramah dan imam-imam masjid/surau yang suka memfitnah;
c) Merakam ceramah/khutbah. Kenalpasti nama masjid dan surau (boleh guna Googlemap untuk kenalpasti lokasi), masa dan tarikh berlakunya ceramah dan khutbah yang ada unsur fitnah;
d) Laporkan (kepilkan sekali maklumat rakaman audio, lokasi masjid/surau (GPS Googlemap), masa dan tarikh waktu kejadian. Sertakan nama penuh dan no telefon Pengadu;
e) Emel kepada mana-mana emel berikut: aduan@jawi.gov.my, atau maklumat lanjut berikut:
PEGAWAI PENYELARAS ADUAN BAHAGIAN
1. Salasia Binti Isdal
03-22749333 ext : 3122
Emel : salasia@jawi.gov.my
2. Nadia Abdullah
03-22749333 ext : 3209
Emel : nadia_abdullah@jawi.gov.my
Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan,
Jalan Perdana, 50676, Kuala Lumpur
Selamat Berkhidmat untuk Menjayakan Negara Malaysia Baru dan Negara _Rahmatan Lil Alamin_
Sebarkan.
*PENYOKONG PAKATAN HARAPAN*
