Bismillahirrahmanirrahim
IBU DARI SEMUA SKANDAL
TANAH---- NAJIB BERI SEMUA TANAH MILIK TENTERA KAPADA 3 KRONI
SINOPSIS SKANDAL:
* Semua tanah tentera diseluruh negara telah habis di perswastakan tanpa sebarang tender ,kepada 3 kroni Najib, dengan dipajak kapada mereka selama 40 tahun
* Kroni menjadi ‘orang tengah’ didalam semua perjanjian tanah mega dan projek akan diberi kepada Syarikat Cina dan Malaysia.
* Tanah bekas tentera di revaluasi untuk meragut keuntungan yang tinggi yang akhirnya disalurkan kepada 1 MDB atau Kementerian Kewangan.
* Peraturan ‘Tukar tangan’ diantara tanah bekas tentera yang nilainya tinggi dengan tanah baru yang nilai rendah dikawasan lain.
* Tanah bekas tentera akan terus menjadi sumber wang Najib melalui 3 kroni.
* Usaha berterusan dijalankan mencari tanah bekas tentera yang bolih di jadikan projek termasuk agro komersial.
RANCANGAN NAJIB SETERUSNYA....
Sebelum PRU Mac 2008, Najib, sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan, memindahkan semua tanah milik Kementerian Pertahanan(MINDEF) kapada 3 individu Melayu. Salah satunya adalah mantan stafnya di MINDEF.
'PENGSWASTAAN' ini TAWARAN PAJAKAN LANGSUNG bagi SEMUA TANAH MINDEF lebih dari 40,000ha termasuk di Sabah dan Sarawak.
Tiada sebarang tender atau pilihan untuk sebarang tawaran.
Tanah kemudian di guna di dalam berbagai transaksi yang menguntungkan. Antara contoh 3 sekim mereka:
* Tanah DI JUAL/ DI PAJAK kapada pihak ketiga dengan harga nilai pasaran semasa, yang jelas berlipat kali ganda jauh lebih tinggi dari nilai ‘pengswastaan’ dalam tahun 2008. Banyak tanah2 tersebut di dalam atau di pinggir bandar.
* Semasa rundingan perojek2, KOMPONEN PROJEK SWASTA yang melibatkan tanah bekas milik tentera, ianya akan dirundingkan dengan 3 kroni, dengan nilai tanah di naikkan ke nilai pasaran terkini.
* ‘LAND SWAP’ (PERTUKARAN TANAH) dimana tanah asal (Nilai tinggi) di kota ditukar dengan tanah baru dikawasan luar bandar (Nilai nya rendah). Kem Askar yang asal diroboh dan di pindah ke Kem baru. Projek swasta bernilai tinggi di dirikan di tanah Kem Asal yang sekarang milik 3 kroni.
PENGKALAN TUDM SG BESI: Tanah pengkalan seluas 238ha dijual ke 1MDB dengan harga yang amat rendah dan tak masuk akal - RM74.20/kp (nilai Pasaran: RM500-RM1000/kp). Kemudian didirikan Projek Bandar Malaysia dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebesar RM150 billion. Projek ini sebahagian dari rencana ‘Rasionalisasi Hutang’ 1MDB. Pengkalan TUDM, Kem Tentera Darat dan Pengkalan Udara PDRM telah direlokasikan ke beberapa tempat lain yang jauh. Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) turut diberi kontrak relokasi ini dengan kos RM2.1 billion.
Tetapi kos relokasi yang SEPATUTNYA di tanggung 1MDB, diberi ‘wang bantuan’ dari kerajaan. Ini bermakna RAKYAT tanggong kos tersebut, bukan 1MDB.
Kontrak BANDAR MALAYSIA bernilai RM7.41 billion (60%) telah ditarik balik dari Perusahaan Konsortium Malaysia-Cina, IWH-CREC Sdn Bhd.
Wang muka 10% (deposit) dari IWH-CREC sebanyak RM741 million yang dibayar pada Disember 2015 kemungkinan besar telah habis digunakan bagi ‘Rasionalisasi Hutang 1MDB’.
1MDB sepatutnya bertanggungjawab untuk pulangkan deposit RM741 million ke konsortium IWH-CREC apabila kontrak di tarik balik.
Dengan alasan, projek sekarang telah diambil alih Kementerian Kewangan, maka, wang tersebut akan dibayar balik olih Kerajaan, iaitu Kementerian Kewangan!
Dengan sekelip mata, HUTANG RM741 MILLION INI BERTUKAR TANGAN DARI 1MDB MENJADI HUTANG RAKYAT.
SARAWAK: Rakan rapat Najib, Bustari Yusof, telah diberi semua tanah tentera di negeri Sarawak dengan timbal balas hanya perlu bangunkan beberapa Kem Tentera baru di lokasi lain. Tidak banyak yang diketahui tentang kesepakatan pertukaran tanah ini. Pasti penilaian semua tanah bekas milik tentera di kem lama, yang sudah jadi milik 3 kroni, sudah berkali2 lipat ganda dari nilai asal. Lagi ‘sumbangan kepada tabung derma’ untuk 3 kroni dan dalang mereka, Najib.
PENGKALAN TUDM BUTTERWORTH: ‘Mercu Tanda Pertahanan Strategik Negara’ ini di cadangkan, melalui perjanjian yang sedang berlangsung, diambil alih oleh TSR Capital (JV dengan LTAT dan Bukit Timah SB) dan diubah menjadi Projek Pembangunan Komersial dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM10 billion. Pengkalan TUDM akan dipindahkan ke Ara Kuda dekat Tasek Glugor di Pulau Pinang dengan kos RM3 billion. Berikutan bantahan keras dari berbagai pihak termasuk UMNO Pulau Pinang sendiri, Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan penduduk tempatan yang tinggal di sekitar Pengkalan dan bergantung pada bisnes dari Pengkalan untuk mencari nafkah, projek telah ditangguh. Walaupun TSR Capital telah melapurkan kepada Bursa KL mereka telah memperolehi projek tersebut, namun Najib tangguhkan projek atas alasan perlu 'kajian lebih mendalam'.
KEM TENTERA MAJIDEE: Kem terbesar di Johor ini terletak 4 km dari pusat Johor Bharu. Kem Pasukan elit ‘Gerak Khas’ dan Brigade 7 Tentera Darat dianggap ‘Benteng Terakhir Pertahanan Selatan Negara’ juga tidak terlepas dari skim besar Najib. Pada tahun 2011 tanah pengkalan diambil alih oleh Selia Pantai Sdn Bhd untuk dibangunkan menjadi Kota Southkey, sebuah pembangunan komersial 133ha dengan GDV sebesar RM13 billion.
Walaupun projek ini belum lagi dimuktamadkan, setengah dari penghuni Kem Majidee telahpun berpindah sementara ke kem Kluang, Gemenceh dan Gemas. Tanah relokasi tetap di Banang, Batu Pahat, akan dibina dengan kos biaya RM96.7 juta. Status projek disaat ini tidak jelas.
‘TANAH TENTERA TERBIAR' UNTUK PROJEK PERTANIAN KOMERSIAL: Bekas Tanah MINDEF kepunyaan 3 kroni ini juga disaran digunakan bagi tujuan pertanian komersial. Menteri Pertahanan, Hishammuddin Tun Hussein membuat pengumuman pada bulan Mei 2016 bahawa MINDEF akan ‘bekerjasama’ dengan Syarikat Perusahaan Ladang dan Kementerian Pertanian untuk membangunkan projek2 Agro atau Pertanian secara komersial. Projek2 tersebut akan menggunakan KONONNYA ‘Tanah Tentera Terbiar' diseluruh negara. Alasan adalah bagi menguatkan 'Ketahanan Makanan Negara'. Ini kononnya sebahagian dari ‘Strategi Laut Biru Nasional’ (National Blue Ocean Strategy) MINDEF '. Sebenarnya TIDAK ADA lagi mana2 Tanah Tentera 'terbiar' kerana sudah diberi secara pajakan kepada 3 kroni.
Sudah tentu, syarikat2 yang di pilih untuk menjalankan projek agro komersial, perlu memajak semula, atau membeli, bidang2 tanah yang terlibat dari 3 kroni dengan balasan kewangan lumayan. Ini ialah KERANA tentera tidak memiliki seinci tanah pun lagi.
RUMAH SAKIT VETERAN DI IPOH: Pada bulan Februari 2017, Menteri Pertahanan, Hishammuddin Tun Hussein, mengumumkan rencana untuk membina Rumah Sakit Veteran dengan kos RM600 million di Ipoh. Projek ini ‘Usaha Sama’ antara MINDEF dan Syarikat BP Healthcare. Adakah ini satu lagi projek yang melibatkan penjualan bidang2 tanah bekas milik tentera yang sekarang sudah jadi milik 3 kroni Najib itu? Dan sekali lagi ada balasan kewangan?
Yang penting ditekankan ialah MANA ADA LAGI tanah MINDEF ? SEMUA SUDAH JADI MILIK 3 KRONI NAJIB dengan pajakan 40 tahun.
Beberapa skim berdasarkan pertukaran tanah bekas tentera, bernilai yang amat tinggi, sudah tentu lumayan melibatkan balasan 'quid pro quo' berbentuk kewangan. Ini khasnya dengan syarikat2 yang memperolehi kontrak besar besaran, yang mana telah diberi kepada perusahaan-perusahaan dari Cina, dan yang lain2 seterusnya.
LINK KERETAPI PANTAI TIMUR (ECRL): Projek rel sepanjang 620km ini telah dihadiahkan kepada CCCC (China Communications Construction Company Ltd). Sementara Najib mengumumkan bahwa kos nya RM55 bilion, kos sebenar mengikut para penganalisa akan mencecah RM102 billion. Ini akan melibatkan 'akuisisi' jalur tanah yang luas dan sudah tentu melibatkan tanah tentera dan memberikankan satu lagi kesempatan untuk pengaturan 'quid pro quo'.
PROJEK HIGH SPEED RAIL (HSR): Projek rel laju KL-Singapura ini, seperti projek ECRL, akan melibatkan jalur tanah yang luas termasuk sebahagian besarnya, bekas tanah tentera yang telah jadi milik 3 kroni. Ini suatu lagi kesempatan untuk peraturan 'quid pro quo'.
Nilai semula ke atas SEMUA bekas tanah tentera itu, jelas akan menguntungkan ketiga individu ini dan dalangnya, Najib.
Nilai baru tanah bekas milik tentera itu sememang berpuluh lipat ganda tingginya.
Hasil dari ini akan dijadikan sumber pelunasan hutang 1MDB.
Akhirnya 1MDB dapat wang dari setiap Perojek yang di bangunkan yang menggunakan BEKAS Tanah Tentera.
DIMANA KESUDAHAN SEMUA INI?
Jelas keuntungan besar dari penjualan dan penyewaan/pajak tanah tentera ini akan kembali ke dalangnya, Najib.
Keuntungan dari kesepakatan tanah ini, pasti sebahagian dari ‘sumbangan RM2.6 billion’ untuk Najib yang dia dakwa di derma olih saorang Penderma Putera Arab.
Bayangkan berapa banyak dari 40,000ha telah 'ditawarkan' dijual ke syarikat dan perusahaan dengan harga tanah yang melambung lebih tinggi.
Ketiga kroni ini, termasuk mantan staf Najib, telah memperolehi tanah tersebut selama masa pajakan 40 tahun, dimana 10 tahun telah berlalu.
Bayangkan jumlah 'payback' yang disalurkan kapada Najib dan potensi ‘payback’ sekurang2nya untuk 30 tahun lagi? (Mungkin tempoh pajakan 40tahun akan di sambung lagi)
Ini pasti satu politik wang mega yang menggunakan wang diperoleh melalui transaksi melibatkan terang-terang pemberian tanah tentera yang amat berharga.
Mereka ini menjadi perantara dalam perundingan dengan Syarikat Syarikat yang mendapat berbagai projek komersial di seluruh Malaysia sebagai ‘orang tengah’ yang hanya dibelakang tabir.
Bayangkan berapa banyak wang yang telah diterima 10 tahun yang lepas dan yang akan dikumpulkan selama 30 tahun lagi.
Dengan begitu banyak wang yang tersedia untuk Najib, tidak mengherankan jika begitu banyak 'dedak' dapat didistribusikan ke berbagai pihak, semua berjumlah jutaan ringgit.
RAKYAT HARUS TAHU BAHAWA TIDAK ADA LAGI TANAH TENTERA MILIK MINDEF. SETIAP INCI TELAH DIBERIKAN KEPADA 3 KRONI NAJIB.
Mengapa 3 kroni ini DIBERI KESEMUA TANAH TENTERA?
Mengapa 3 kroni ini DIBERI KESEMUA TANAH INI SERENTAK DAN SEKALI GUS?
Sepatutnya diadakan TENDER TERBUKA hanya jika ada bidang tanah MINDEF tertentu di kenalpasti untuk dijual atau disewa.
Ini akan memastikan transparansi dan beri pulangan terbaik bagi Kerajaan, Rakyat dan Negara.
Ini adalah akihbatnya jika manusia TAMAK HALOBA UNTUK KUASA dan WANG RINGGIT
Bayangkan TIGA KRONI ini, PEMILIK SEMUA TANAH TENTERA DI SELURUH NEGARA SELAMA 40 TAHUN, mempunyai hak, untuk berunding dengan mana mana pihak yang berkepentingan, untuk berpakat membuat pertukaran tanah (land swap deal) yang menguntungkan mereka, dan Najib. Syarikat swasta yang ingin mengajukan penawaran untuk tanah ini, sekarang harus BERNEGOSIASI DENGAN 3 KRONI INI.
Projek Pengswastaan yang sebesar ini sudah tentu perlu mendapat kelulusan tertinggi dari Jemaah Menteri (Kabinet). Pada tahun 2008, kabinet berada di bawah pengawasan PM Abdullah Badawi.
Sebelum mengklasifikasikan ini sebagai ‘Berita Palsu’, PERLU ditanya para menteri yang berada di kabinet pada tahun 2008.
KAMI MERAYU MENTERI MENTERI yang hadhir mesyuarat kabinet yang meluluskan projek pada 2008 ni memverifikasi bahawa projek Najib ini memang wujud dan telah DIAJUKAN DAN DILULUSKAN diperingkat Kabinet.
Risalah mesyuarat kabinet tersebut harus diumumkan dan n tidak diklasifikasikan rahsia berdasarkan Undang-Undang Rahasia Resmi (Official Secrets Act).
RAKYAT BERHAK TAHU KEBENARAN.
DEDAHKANLAH SIAPA KETIGA KRONI NAJIB INI .
Kepada para menteri terlibat, ingatlah kamu 'SUMPAH PERLANTIKAN' yang bermula dengan ‘WALLAHI; WABILLAHI; WATALLAHI...’
Sebarang penafian adalah PENGKHIANATAN KEPADA RAKYAT DAN KHASNYA KEPADA PERAJURIT DAN VETERAN ANGKATAN BERSENJATA, PEMBELA NEGARA DAN RAKYAT.
INI SEMUA PERLU DISIASAT - DEMI NEGARA.
AKHIR NYA ALLAH AKAN MENGHAKIMI KAMU.
Copy & paste