Pertubuhan Sinar Damsyik Malaysia (PERSIDAM) membuka peluang bagi orang ramai menyertai Kempen Kecemasan bagi kawasan kepungan Timur Ghoutah untuk mengumpul dana secepat yang mungkin.
Di Timur Ghoutah, seramai 400,000 orang awam Sunni yang ditindas tinggal di sana. Mereka telah dikepung sejak 6 tahun dan menderitai kemiskinan yang melampau, dan kini mereka berada di bawah serangan pengeboman oleh semua jenis kapal perang, mortar, dan tong letupan.
Bilangan syahid dalam masa dua hari telah mencapai melebihi daripada 300 orang mati syahid, kebanyakan mereka adalah terdiri daripada kanak-kanak dan wanita, di samping beratus-ratus orang yang cedera, telah putus anggota badan, terbakar, dan hilang penglihatan dan pendengaran.
Bantulah kami menyertai bantuan kilat ini dalam membantu mereka membekalkan makanan asasi seperti nasi dan roti dan juga dalam memberi bantuan kepada mangsa-mangsa yang terpaksa tinggal di bawah tanah bagi menyelamatkan diri dari serangan. Lakukanlah peranan anda dalam menghulurkan tangan meringankan penderitaan saudara-saudara kita di Syria.
Kempen ini akan ditutup pada 7 Mac 2018 bagi memastikan bantuan tiba disana dalam tempoh waktu yang segera biiznillah.
DERMALAH UNTUK AKHIRATMU (Sedekah / Zakat) di:
Pertubuhan Sinar Damsyik Malaysia
🏧 Akaun Maybank: (562106630487)
Jom PAY: Biller Code: 31005 Ref 1: Ghouta
Sila maklumkan kepada kami: Nama penuh, alamat penuh, jumlah & no. telefon anda kepada persidam.ngo@gmail.com untuk mendapatkan Resit Pengecualian Cukai (LHDN).
Hubungi kami di: 0133968840 / 0355246139
Untuk maklumat lanjut sila layari: goo.gl/fjFMkA