RUMAH BUAT HIDUP SENGSARA & TERBEBAN Kisah lelaki Cina gaji rm20k kini pemandu Grab!

Ahyat naik grab menuju ke PJ petang tadi. Dapat pemandu seorang lelaki bangsa Cina berumur lewat 40an. Seorang yg lembut dan sopan percakapan. Ahyat memang suka sembang2 dgn pemandu Grab Uber Taxi. Macam2 ilmu boleh dapat. Ilmu tentang kehidupan sebenar di jalanan setiap hari.

1. SEBELUM GRAB BUAT APA?

Lelaki Cina ni baru Grab setahun. Sebelum tu dia bekerja dgn sebuah syarikat tu selama 7 tahun. Sebelum ada pindah kerja 2 kali. Dia ada satu kepakaran yg unik dalam industri dia. Dan bila dicampurkan dgn insentif sales, gaji dia cecah rm20k sebulan.

2. APA BERLAKU?

Syarikat yg dia kerja tu bungkus. Tauke bisnes tu terpaksa buat keputusan utk tutup syarikat tu kerana kesilapan dari segi costing dan pricing. Kalau diteruskan bisnes, sales mereka tak dapat nak tampung kos dan akhirnye pun akan bankrap.

3. PENYESALAN TERBESAR!

Sebelum syarikat dia tu bungkus, dia baru sahaja jual 2 kondo nye di KL n PPinang utk upgrade rumah semi-d 2 setengah tingkat bernilai rm1.65 juta! Betapa tak disangka, inilah keputusan yg paling bodoh dalam hidupnye. Kerja dah hilang. Gaji besar dah stop. Sekarang dia kena bela rm8k sebulan utk raksaksa penyedut duit yg besar: rumahnye sendiri!

4. DAH RASA SEMACAM MASA NAK BELI

Masa dia nak beli semi-d tu dia ada raaa semacam. Dia siap jual 2 kondo dia yg dah nak habis bayar dah. 1 kat KL tu dia duduk sendiri dan yg kat PPinang tu dia sewakan. Itu pun tak selalu ada penyewa. Masa tu pun tak kisah kerana gaji besar boleh tanggung je. Masa dia beli tu mak dia dah pesan jangan beli semi-d tu. Mak nye pesan duduk je kondo yg dah nak habis bayar tu. Ternyata nasihat maknye tepat.

5. MACAM MANA NAK BAYAR RAKSAKSA?

Bila gaji rm20k nye stop, dia cuba buat macam2. Semua tak jadi. So dia drive Grab. Awal2 dulu dapat rm11k sebulan kerana pulun habis. Ada sahabat dia yg tidur makan dalam kereta boleh dapat rm16k sebulan masa tu. So dgn rm11k yg dia dpt tu dia kena kaver tanggungan bulanan sebanyak rm10+k. Tapi itu dulu. Sekarang insentif Grab dah tak sama katanye. Sekarang isterinye yg dulu suri rumah sepenuh masa, kini terpaksa berkerja utk setelkan semua tanggungan especially 3 anak mereka.

6. HABIS SEGALA2NYE DIJUAL

Pada masa itu dia ada 3 bijik kereta. Semua jual. Kini hanya ada kereta utk buat Grab ni je. Rumah idamannye semi-d tu pun dah dijual. Yg menyedihkan, dah la kena menanggung rm8k sebulan selama setahun, bila jual tu dia rugi rm600k! Aduhs! Jatuh ditimpa tangga!

7. HOLDING POWER

Inilah pentingnye kita planning tentang holding power. Ye la kan, masa kita muda kita memang agresif tapi tak jaga keselamatan kita. Dia memang takde holding power lepas hilang pwkwrjaan beegaji rm20k tu. Maknanya, dia tak mampu nak bela rumah tu dalam ketiadaan gaji bulanan. Itu pun masa dia sihat lagi. Dia kata kalau dia sakit ke atau accident ke dia ada medical card. Tapi debt cancellation tak tahu.

8. KITA MESTI BERSEDIA

Kisah2 macam ni banyak berlaku. Siapa kan sangka boleh hilang pekerjaan, bisnes jatuh, etc. Masa muda agresif dan kita kadang2 hanya melihat nak push lagi push lagi push lagitanpa memikirkan risiko.

9. KENAL DULU RISIKO DAN BAHAYA

Itu sebabnye, dalam semua program2 PEJUANG HARTANAH, Ahyat ceritakan yg baik dan buruk pasal hartanah. Game hartanah ni tidak selalunye indah. Ramai kena sontot, ramai kena game. Dengar macam best. Dengar orang buat untung ratus2 ribu mahu juta. Ygrugi ratus2 ribu mahu juta tu kita tak biasa dengar dan tak biasa sifu ajar. Macam mana nakmain game hartanah kalau tak tahu risiko dan bahaya nye?!

10. KEADAAN NI BOLEH DIELAKKAN

Ahyat tak nak cerita dulu cara nak selamatkan. Ada cara nak rescue keadaan ni. Tapi Ahyat nak SENTAP sahabat2 FB dulu. Baik menyewa je lah dulu kalau nak terus beli hartanah tanpa #masterplan, tanpa #kirakirahartanah dan tanpa #strategihartanah yg betul. Baik menyewa je dulu kalau tak mahu bekalkan diri dengan #ilmukewangan dan #ilmuhartanah dahulu.

DOA AHYAT

Ahyat berdoa agar sahabat2 FB Ahyat dielakkan daripada segala musibah dan ujian yg kita tak sanggup utk tanggung. Semoga segala keputusan kewangan dan keputusan hartanah kita dibantu Allah SWT dan kekalkan dalam rahmat dan sejahtera NYA! Semoga juga Allah kekalkan kita dalam keselamatan dan jangan sampai terpaksa menjual segala2nya utk setelkan masalah kewangan kita!

SILA SHARE DAN TAG SAHABAT KALAU BOLEH BERI MANFAAT..

SELAMAT BERJUANG!
Ahyat Ishak

#kenalibahayadanrisikodulu
#hartanahtidakselaluindah
#ramaiyangmenggelupur
#bekalkandiridenganilmu

Labels

abad sahabat (1) Agama (39) agent hartanah (1) Akademi Tahfiz Darul Amee (1) Al Quran (3) Amalan (2) Anak Anak (2) Aplikasi (1) aqiqah (1) auto komen (1) Ayah (1) bangsa (1) bantuan (1) Berita (1) Bisnes (6) BR1M (1) brim (1) canopy (1) canopy sewa (1) Cerita (2) china (1) Coway (1) Cuckoo (1) Daie (1) dakwah (1) doa (1) Duit (2) ebook (1) event (1) facebook (3) felda (1) Global (1) google ads (1) grab (1) hartanah (1) healthy beverage for diabetics (1) Hiburan (1) Hijrah Canopy (1) homestay (1) Hospital (2) hotel (1) HRUU355 (1) hukum Agama (2) ibadat (4) ibu bapa (1) Ijtimak (1) insurans (1) ipoh (1) Jawatan Kosong (3) jenayah (3) Jin (1) jpj (1) kambing bakar (2) keluarga (3) Kemalangan (3) kenderaan (3) kerajaan (1) Kerja (1) kerja kosong (1) Kesihatan (1) Ketua Polis Negara (1) kewangan (1) khutbah Jumaat (1) kipas air (1) kisah agama (1) kitab (2) komesin (1) kongsi (1) kuliah (1) lelaki (1) lemon tea for diabetics (1) lesen (1) Lori sewa (3) lorry Trasport (1) luar negara (1) makanan (8) malaysia (2) Manusia (1) marketing (1) melayu (1) menteri (3) minuman (1) movers (3) Nasihat (7) National (1) negara (6) niaga (3) niaga fb ads (1) Nikah (1) Niqa Hijab Wash (1) Pelajaran (1) Peluang Pelajar (1) Pemandu Lorry (1) PENGERANG DEEPWATER PETROLEUM TERMINAL (1) PERHIMPUNAN (1) perniagaan (7) pernipuan (2) Pertolongan (1) Perubatan (1) Petua (2) phone (1) Politik (6) Produk (1) property (1) raja (1) rogol (1) roket emal (1) Rokok (1) rumah (1) sabun (1) Safe (1) sahabat (3) Saleman (1) Sebarkan (2) Semasa (1) seminar (1) SEMINAR MY DOCUMENTS (1) seri kembangan (1) Services (2) Sewa Khemah (1) sifat manusia (1) sifu fbads (1) sifu najib (1) stroke (1) Suami Isteri (6) Sukan (1) Sumbangan (1) surga (1) Syasya Canopy (1) Syurga (1) taklim (1) Taladan (10) taman negara (1) teknik (1) TEKNOLOGI (2) Teksi (1) Tentera Udara DiRaja Malaysia (1) tolong (2) Travel (3) TRONEXUS (1) TRUCKERS SNAPPERS (1) TRUCKERS SNAPPERS (1) ubat kuat (1) umum (1) Umur (1) Undang-undang (2) Up Date Trip Lori Sewa (1) urut (1) usia (1) wanita (1) website (1) Wordpress (1) yahudi (1) youtube (1) Zuriat (1)