Taklim akhir sebelum tidur
Allah akan masukkannya ke dalam syurga 500thn
Alhamdulillah,tinggal seminggu lagi suami akan khuruj ke jalan Allah..so,topik ni sesuaila untuk ku untuk cerita bab ni..pesanan wanita yg ke-enam iaitu galakkan suami/mahram kita untuk keluar ke jalan Allah..
sebagai seorang wanita kita kenalah galakkan suami untuk belajar ilmu agama..kerana apa?kerana suami ni ketua keluarga..maka menjadi tanggungjawab suami untuk mencari ilmu..jadi bila suami keluar ke jalan Allah,maka dia akan belajar ilmu iaitu usaha atas iman..kerana iman merupakan tunjang dalam diri seseorang..usaha atas iman juga perlukan pengorbanan dari seorang isteri untuk ditinggalkan..
ramai orang yang tidak boleh terima bila suaminya keluar ke jalan Allah,tetapi untuk keluar out station atau sambung belajar,tidak jadi masalah..sedangkan bila sesorang yg keluar ke jalan Allah itu tujuannya untuk perbaiki iman amal untuk kehidupan akhirat yang kekal..apala sangat dibandingkan dengan kehidupan dunia sementara ni..
Mari kita lihat kisah nabi Nuh a.s.baginda seorang yang berusaha untuk menyampaikan dakwah pada isteri,anak dan kaumnya.malangnya isteri sendiri menjadi penentang usaha dakwah baginda..apa akibatnya? walaupun baginda berusaha menyampaikan dakwah selama 950 tahun,hasilnya cuma 84 orang sahaja yg beriman..dan isteri yang menentang itu telah mati dalam keadaan kufur..
Berbeza sengan nabi Muhammad SAW. yang mana baginda dan isteri sama2 berjuang untuk agama Allah..saidina khadijah seorang janda kayaraya sanggup infakkan seluruh hartanya untuk agama Allah.kesannya baginda SAW berdakwah selama 23 tahun,agama tersebar seluruh dunia..inilah sifat isteri yang kita mahu..
Wahai isteri2 semua,ayuh bangun,pujuk rayu untuk suami kita yang sudah sejuk beku..untuk bangun kembali meneruskan perjuangan nabi..pasti nabi tersenyum melihat umat akhir zamannya sanggup berkorban untuk agamanya..walaupun pengorbanan kita tidak layak disamakan dengan pengorbanan nabi..insyaAllah,kita belajar untuk menyukakan Allah dan rasul.
Seorang isteri yang menggalakkan suami keluar ke jalan Allah,maka Allah akan masukkannya ke dalam syurga 500thn dahulu sebelum suaminya dan akan dihias secantiknya menjadi ketua bidadari di syurga..
masih tidak mahukah wahai isteri-isteri..