Berita sahih.. 74 kontena dh terlepas sebelum ni. 4 aje yg dapat kami tahan semalam dan egent pn dh lari. Kalau boleh jgn beli daging import skrg. Daging tempatan xpe. Sampai subuh semalam setelkan kes . Company register pn tipu.
Tolong periksa daging yang ada di dapur kita sekarang!
Tersentak betul saya bila baca berita Harian Metro hari ni. Rupanya semalam 4 kontena daging babi yang bercampur dengan kambing dirampas di Gelang Patah. Daging yang dirampas tu berharga RM 2 juta dan seberat 120 tan!
Tu yang berjaya dirampas ye. Bayangkan berapa ribu tan yang dah terlepas dan masuk ke perut anak-anak kita. Saya tahu yang Non-Muslim pun ramai je yang tak makan babi ni apatah lagi yang Muslim.
Sini saya nak kongsi sikit cara nak kenalpasti daging kat rumah kita tu daging babi ke tak :
1. Warna daging babi ni lebih pucat daripada daging lembu atau kambing. Kepucatan daging babi ni macam daging ayam sikit. Cuma susah sikit nak bezakan sebab kadang-kadang sindiket penyeludup ni rendam dan sebatikan dengan darah lembu dulu sebelum seludup.
2. Serat daging lembu ni lebih jelas dan tebal sikit. Cuba perhatikan serat/urat daging kat rumah kita tu. Jelas ke samar-samar?
3. Lemak pada daging babi pulak lebih anjal dan sukar dilepaskan berbanding daging lembu. Cuma kadang-kadang tu ada je beberapa bahagian lemak babi yang menyerupai lemak lembu.
4. Tekstur daging babi jugak lembik dan mudah diregangkan. Cuba korang tarik daging kat dapur korang tu. Ada rasa macam lembik sikit tak teksturnya? Kalau teksturnya padat dan kaku insyaAllah daging lembu la tu.
5. Cuba korang hidu bau daging dulu sebelum masak. Kalau bau hanyirnya berbeza dengan bau hanyir daging yang biasa kita hidu tolong hati-hati sikit. Ataupun kalau korang beli daging kambing tapi takde aroma kambing pun sila hati-hati ye.
Pesan khidmat masyarakat ini bukan bertujuan menghina jiran Non Muslim kita ye. Kita kena hormat pilihan makanan mereka cuma kejahatan penyeludup yang mengelirukan orang Islam ni sampai bila-bila pun tak boleh dimaafkan!
Saya taknak cacing Taenia Solium dalam daging babi tu masuk dan menjangkiti badan dan masuk ke dalam otak ( neurocysticercosis ) anak saya!!
Tolong ingatkan keluarga kita yang lain juga ye semua.
** Tolong Follow ⏩ Taufiq Razif & set See First ye supaya tak tertinggal info yang sangat penting untuk anak-anak kita semua