Pernah den jumpa tukang urut daripada indon, den panggil Wak.. Wak tu cakap solat tahajud pada jam zuhur tengah malam. Kalau zuhur masuk pukul 1.20 petang, maka buat solat tahajud pukul 1.20 malam.
Bila den kaji balik, kelebihan, pada waktu ini memang sangat ngantuk, Kekadang solat pun tersengguk-sengguk. Masa inilah minda berada dalam gelombang alpha, theta dan delta.. Masa inilah kita mohon doa, submit doa. Benda ni yang sangat berkait dengan kuasa minda.
Wak tu cakap, kalau orang hantar santau, sihir dan macam2, masa inilah antara jam zuhur waktu malam. Pada waktu ni manusia tidur nyenyak. Jadi amalkan baca ayat qursi, 3 kul sebelum tidur semoga menjadi benteng semasa tidur...