Seekor ikan berenang bersama anaknya di dalam air.
Tiba tiba mereka terjumpa seekor cacing yang tergantung pada tali.
Ikan itu segera mengingatkan anaknya."Jgn kau makan cacing itu kerana di dalam cacing itu ada mata kail yang akan mencangkuk perut kamu.
Selepas itu kau akan disentap ke darat.
Perut kau akan dibelah dgn pisau dan badan kau akan dikelar kelar.
Selepas itu kau akan dibakar di atas bara api yg panas.
Setelah masak badan kau akan dimakan oleh manusia dan badan kau hanya tinggal tulang."
Pada ketika yang lain anak ikan itu berenang bersendirian.
Lalu dia terjumpa cacing seperti yang diingatkan oleh ibunya.
Tapi dia ragu-ragu.
Yang dia nmpak hanya cacing, mana ada mata kail.
Mana ada pisau yang akan membelah perut dan memotong badannya.
Mana ada bara api yg akan membakarnya
Mana ada manusia yang akan memakannya.
Lalu anak ikan terus menelan cacing tersebut dan akhirnya dia disentap ke darat.
Dia menggelepar untuk melepaskan diri namun sia-sia saja.
Dia nampak sebilah pisau yang akan membelah perutnya.
Dia nampak bara api yang akan membakarnya.
Dia nampak manusia yang akan memakannya.
Baru skrg dia percaya kata kata ibunya benar belaka tapi sudah tak berguna lagi...............
Begitu juga kita hari ini diingatkan tentang azab kubur dan azab neraka yang akan membakar.
Tentang ular yang akan mematuk.
Tentang dua malaikat yang akan bertanya dan memukul jika gagal memberikan jawapan.
Oleh itu berusahalah menjauhi maksiat atau dosa yang boleh mengundang kemurkaan Allah S.W.T.
Jadilah hamba Allah yang bertaqwa.
Alhamdulillah..