Apa Sa? Nurraysa. Nuraisah? Nurraysa! Produk mesra wuduk, mudah ditanggalkan! Mak Jah? Nurraysa!"


"Apa Sa? Nurraysa. Nuraisah? Nurraysa! Produk mesra wuduk, mudah ditanggalkan! Mak Jah? Nurraysa!"

Terngiang-ngiang dialog iklan produk kecantikan Nurraysa di minda. Mana taknya, hari-hari nampak dan dengar di TV. Catchy! Jika menyusur Lebuhraya Utara-Selatan atau sekitar Lembah Klang, pasti kelibat wanita berniqab dengan tema warna produk pink terlihat di mana-mana. Seakan trademark jadinya, niqab-pink-Nurraysa!

Produk keluarannya, dengan tagline produk mesra wuduk, mudah ditanggalkan, menjadi sebutan. Benarkah produknya benar-benar ditanggalkan? Best sangatkah produknya hingga jumlah stokis dan ejennya melebihi angka 4,000 orang? Apa yang buat pemilik produk ini dilimpahi keuntungan jutaan ringgit saban bulan?

Soalan paling utama, siapa pemilik di balik jenama NURRAYSA ini? Nur Aini Zolkepeli, baru berumur belasan tahun ketika menceburi lautan perniagaan ini. Lebih tepat lagi, pada umur 19 tahun. Umur yang jika kini adalah angka zaman berseronok bagi anak muda. Tapi lihat saja wanita ini. Sudah berhempas pulas mengusahakan perniagaan rumpai lautnya.

"Mudahlah, modal banyak bolehlah nak mula niaga! Kami tak ada modal!"

Siapa kata beliau bermula dengan modal yang besar? Siapa kata beliau punya wang sendiri untuk mulakan bisnes? Pinjaman RM500 daripada suaminya yang membantu beliau membuka perniagaan rumpai lautnya.

Turun naik dan pasang surut perniagaan itu adat. Persaingan dari taikun-taikun besar, permainan caras harga, menjadikan wanita ini beralih arah dari penjualan rumpai laut asal kepada modifikasi produk dalam bentuk sabun kecantikan. Ilmu yang dipelajari dari seorang rakan yang bekerja di kilang pembuatan sabun tidak disia-siakan. Sabun marine collagen yang dihasilkan dari dapur sendiri mendapat sambutan hebat.

Allah hanya menduga mereka yang mampu menggalasnya. Perniagaan beliau seakan buntu hingga memaksa suaminya kembali bekerja sebagai pemandu lori demi meneruskan kehidupan sekeluarga. Daratan mana yang tak ditimpa hujan? Barangkali ada antara anda yang melalui fasa sempit dan tersepit hingga hampir putus asa bukan?

Pemilik nama Nur Aini ini juga tidak terkecuali. Tiada wang di bank mahupun di tangan, dengan saraan anak yang masih kecil, namun itu bukan pematah semangatnya. Beliau yakin Allah bersamanya.

Oktober 2014, pada usianya 22 tahun, beliau melangkah ke Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan (IMKK)dengan harapan untuk memperbaiki dan meningkatkan lagi sumber pendapatannya pada ketika itu yang hanya sekitar kurang RM10,000 sebulan.

Alhamdulillah, pengaplikasian ilmu dan strategi yang dipelajari melonjakkan hasil jualannya ke RM100,000 sebulan sebelum hadir sekali lagi ke IMKK pada April 2015.

Hidup ini penuh dengan pembelajaran. Orang yang mahu rugi sahaja tidak mahukan ilmu tambahan. Meningkat dan terus meningkat, jualan produk beliau mencatat angka RM600,000 sebulan sebelum ke IMKK Oktober 2015. Dan beliau lakukan semua itu di rumah, sambil mengasuh dan menjaga 2 anaknya sendiri, tanpa sebarang tapak kedai.

Beliau merasakan tidak patut jika berniaga tanpa ilmu yang cukup.Pengajaran dah di depan mata. Setiap kali habis guna satu idea, akan sampai takat yang sepertinya tersekat dan tak mampu berganjak naik. Itu yang saban kali berulang ke IMKK.

Ini pasti sudah masanya beliau mengambil inisiatif untuk sign up kelas! Macam kita sign up kelas tusyen sebab tak mahu ketinggalan dan mahu sentiasa upgrade ilmu yang kita tak mahir. Wanita ini tanpa fikir banyak, beliau ambil keputusan untuk daftar ke Program Business Coaching bersama Dr Azizan Osman. Baginya, Program Business Coaching lebih dekat dan lebih mudah untuk beliau terima, tahu, dan diajar dengan mendalam tentang ilmu-ilmu pemasaran dan perniagaan yang sentiasa berubah.

Beliau merisik peluang untuk join Titanium Circle bersama Dr Azizan Osman. Portfolio dihantar, ditapis. Dan Alhamdulillah diterima. Dari situ beliau bagaikan terkena kejutan elektrik. Satu-satu salah dan kekurangan ditunjuk, diperbaiki. Satu-satu strategi dan taktik diberi berdasarkan perniagaan dan prospeknya. Jika di IMKK hanya secara umum, kali ini lebih intensif dan personal. Beliau bagaikan dikejar jerung besar. Dikejar selagi tak betulkan apa yang salah, tak buat apa yang betul.

Pertemuan demi pertemuan bersama Dr Azizan Osman semakin meluaskan empayar beliau. Dari ratus ribu jualan, cecah jutaan. Dari Titanium Circle, beliau orak langkah lagi upgrade diri ke program yang lebih intensif dan progresif – Titanium Premier. Dari angka RM500, ke RM600 000 dan kini ke angka RM 3 juta setiap bulan! Bukan berhenti setakat itu, matlamatnya tahun ini ialah RM 5 juta setiap bulan! Bayangkan bagaimana coaching dan mentoring yang diterimanya, membantu kejayaan perusahaan beliau? Bayangkan apa yang anda juga boleh buat jika menerima ilmu dan bimbingan yang tepat, mantap dan eksklusif?

Tak senang jika anda bergurukan mereka yang tiada pengalaman, atau tiada pengalaman yang benar-benar terbukti berkesan. Ia tidak mudah.Hanya dengan mentor yang punyai proven success, dan ilmu yang terbukti berkesan saja mampu membawa perusahaan anda ke tahap yang sangat tinggi. Alhamdulillah wanita ini berjaya ubah hidupnya dan bawa taraf kehidupannya seribu kali ganda lebih baik dengan ilmu pengetahuan.

Lihat, nak berjaya tak semestinya perlukan kedai gah atau modal bertimbun. Asas utama ialah berani dan yakin untuk mencuba. Selain menambah dengan ilmu dan pengetahuan yang diupgrade sepanjang masa.

Apa yang menjadi pegangan wanita ini hingga mampu bertahan sampai sekarang? Sentiasa berbalik pada Allah. Jaga hubungan dengan manusia, jaga juga hubungan dengan pencipta. Beliau sangat mengutamakan suami dan anak anaknya. Keluarga, kedua ibu bapa adalah kunci rahmat terbesar bagi seseorang manusia. Redha mereka membawa seribu satu limpah rezeki pada kita. Amalan wajib diperbaiki, amalan sunat ditambah. Itulah pesanan mentornya Dr Azizan Osman yang disemat erat.

September 2015 menjadi titik tolak dirinya untuk terus cekal dan maju ke hadapan. Dengan niat dan tekad untuk membantu lebih ramai orang terutamanya suri rumah menjana pendapatan tinggi, beliau tidak menoleh ke belakang lagi setelah berjaya mencapai RM 1 juta pertamanya.

Pesannya, "Jangan takut untuk berimpian kerana impian itu insyaAllah akan menjadi satu kenyataan. Apa yang difikir itulah satu doa."

Melangkah lebih tinggi, ilmu juga harus semakin banyak. Tidak takut melabur dalam ilmu, pegangan inilah yang buat beliau kini menjadi salah satu anak didik terpilih Dr Azizan Osman yang dicoach dengan rapi. Beliau mahu lebih ampuh dan utuh dalam perniagaan, jadi beliau tidak berkira untuk mendapatkan mentor dan coaching personal dari Dr Azizan. Jangan lokek untuk belajar. Kerana tanpa ilmu yang betul, tak mustahil dinding-dinding akan dilanggar.

Siapa jangka bermodal pinjaman suami RM500 mampu berbuah hingga jutaan ringgit sekarang? Dan daripada seorang pemandu lori, suaminya adalah tulang belakang terkuat Nurraysa Global Sdn Bhd. Niat yang baik, jika diperhalusi dan dibajai dengan ilmu dan tindakan yang tepat, disirami dengan amal yang terbaik, pasti akan membuahkan hasil yang ranum dan manis.

Kemanisan hidup empunya diri Nur Aini binti Zolkepeli takkan senang-senang ditemui jika beliau tidak mulakan langkah atau jika beliau berhenti separuh jalan.

Bagaimana pula dengan perjalanan impian anda?

Sesiapa pun jika mahu berjaya perlukan guru atau mentor untuk membimbing dan memandu arah perjalanan. Jika pemilik Nurraysa Global Sdn Bhd yang sudah membuat jutaan ringgit sebulan pun masih mahu berguru, apatah lagi kita yang biasa-biasa?

Jika anda juga mahu dibimbing olehMentor Usahawan No.1 Asia, yang memiliki lebih 20 tahun pengalaman dalam bidang perniagaan, dan dah bantu membangunkan ramai jutawan yang Proven Results dan Proven Success, klik di link iniwww.BusinessGrowth.com.my untuk mendaftar sekarang.

Hanya yang bertindak memiliki hasil.

Dan bagi kami, #ResultMatters.

Labels

abad sahabat (1) Agama (39) agent hartanah (1) Akademi Tahfiz Darul Amee (1) Al Quran (3) Amalan (2) Anak Anak (2) Aplikasi (1) aqiqah (1) auto komen (1) Ayah (1) bangsa (1) bantuan (1) Berita (1) Bisnes (6) BR1M (1) brim (1) canopy (1) canopy sewa (1) Cerita (2) china (1) Coway (1) Cuckoo (1) Daie (1) dakwah (1) doa (1) Duit (2) ebook (1) event (1) facebook (3) felda (1) Global (1) google ads (1) grab (1) hartanah (1) healthy beverage for diabetics (1) Hiburan (1) Hijrah Canopy (1) homestay (1) Hospital (2) hotel (1) HRUU355 (1) hukum Agama (2) ibadat (4) ibu bapa (1) Ijtimak (1) insurans (1) ipoh (1) Jawatan Kosong (3) jenayah (3) Jin (1) jpj (1) kambing bakar (2) keluarga (3) Kemalangan (3) kenderaan (3) kerajaan (1) Kerja (1) kerja kosong (1) Kesihatan (1) Ketua Polis Negara (1) kewangan (1) khutbah Jumaat (1) kipas air (1) kisah agama (1) kitab (2) komesin (1) kongsi (1) kuliah (1) lelaki (1) lemon tea for diabetics (1) lesen (1) Lori sewa (3) lorry Trasport (1) luar negara (1) makanan (8) malaysia (2) Manusia (1) marketing (1) melayu (1) menteri (3) minuman (1) movers (3) Nasihat (7) National (1) negara (6) niaga (3) niaga fb ads (1) Nikah (1) Niqa Hijab Wash (1) Pelajaran (1) Peluang Pelajar (1) Pemandu Lorry (1) PENGERANG DEEPWATER PETROLEUM TERMINAL (1) PERHIMPUNAN (1) perniagaan (7) pernipuan (2) Pertolongan (1) Perubatan (1) Petua (2) phone (1) Politik (6) Produk (1) property (1) raja (1) rogol (1) roket emal (1) Rokok (1) rumah (1) sabun (1) Safe (1) sahabat (3) Saleman (1) Sebarkan (2) Semasa (1) seminar (1) SEMINAR MY DOCUMENTS (1) seri kembangan (1) Services (2) Sewa Khemah (1) sifat manusia (1) sifu fbads (1) sifu najib (1) stroke (1) Suami Isteri (6) Sukan (1) Sumbangan (1) surga (1) Syasya Canopy (1) Syurga (1) taklim (1) Taladan (10) taman negara (1) teknik (1) TEKNOLOGI (2) Teksi (1) Tentera Udara DiRaja Malaysia (1) tolong (2) Travel (3) TRONEXUS (1) TRUCKERS SNAPPERS (1) TRUCKERS SNAPPERS (1) ubat kuat (1) umum (1) Umur (1) Undang-undang (2) Up Date Trip Lori Sewa (1) urut (1) usia (1) wanita (1) website (1) Wordpress (1) yahudi (1) youtube (1) Zuriat (1)