Kenapa tak bangun apabila Allah kejutkan?

Kekadang  kita yang ada anak kecil ni jam 3
===-4 pagi dia merengek nak menyusu. Dalam pada  mamai tu kita bangkit gak buatkan susu botol..

Selepas tu kita lelap balik :) perasan tak hakikatnya tanpa kita sedari..Allah sayangkan kita. DIA kejutkan kita melalui tangisan anak..jam 3-4 pagi untuk kita berbual-bual dengan-NYA (bertahajjud).
.
.

Saya yakin ramai kita yang pernah melalui pengalaman ni kan? Malah bagi yang bujang tu tetiba je jam 3-4 pagi rasa nak buang air kecil ngeee..

Malah saya sendiri pun tak terkecuali :P bangun jap lepas tu zzzzzzzz...balik lena tak ingat dah dunia!

Ingatlah wahai diriku..

Sesungguhnya tidur itu adalah kematian sementara buat manusia. Jika Allah tidak kejutkan kita, mana mungkin kita akan bangun lagi..

Ruginya kita tidur balik sedangkan Allah dah bagi peluang untuk kita berdoa dan meminta-minta dengan-NYA di saat 1/3 malam itulah doa sangat makbul.

Allah SWT berjanji akan mengabulkan doa orang-orang yang menunaikan shalat tahajud dengan ikhlas.

Dari Jabir berkata, bahwa nabi SAW bersabda, “Sesungguhnya di malam hari, ada satu saat yang ketika seorang muslim meminta kebaikan dunia dan akhirat, pasti Allah memberinya, Itu berlangsung setiap malam.” (HR. Muslim)

Malah dalam Al-Quran juga menekankan solat tahajjud..

"Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "sembahyang tahajjud" padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji." (Al-Israa' 17:79)
.
.
.

Sekadar muhasabah diri, moga ada manfaatnya jua tulisan ini buat sahabat yang membaca. Mudah-mudahan kita sentiasa dalam keredhaan Allah SWT. Aamiin ya Rabbal 'Alamin.

#ThePowerOfTahajjud
#BerdoalahKepadaAllah

http://bit.do/dahsyatnyaformularezeki

Labels

abad sahabat (1) Agama (39) agent hartanah (1) Akademi Tahfiz Darul Amee (1) Al Quran (3) Amalan (2) Anak Anak (2) Aplikasi (1) aqiqah (1) auto komen (1) Ayah (1) bangsa (1) bantuan (1) Berita (1) Bisnes (6) BR1M (1) brim (1) canopy (1) canopy sewa (1) Cerita (2) china (1) Coway (1) Cuckoo (1) Daie (1) dakwah (1) doa (1) Duit (2) ebook (1) event (1) facebook (3) felda (1) Global (1) google ads (1) grab (1) hartanah (1) healthy beverage for diabetics (1) Hiburan (1) Hijrah Canopy (1) homestay (1) Hospital (2) hotel (1) HRUU355 (1) hukum Agama (2) ibadat (4) ibu bapa (1) Ijtimak (1) insurans (1) ipoh (1) Jawatan Kosong (3) jenayah (3) Jin (1) jpj (1) kambing bakar (2) keluarga (3) Kemalangan (3) kenderaan (3) kerajaan (1) Kerja (1) kerja kosong (1) Kesihatan (1) Ketua Polis Negara (1) kewangan (1) khutbah Jumaat (1) kipas air (1) kisah agama (1) kitab (2) komesin (1) kongsi (1) kuliah (1) lelaki (1) lemon tea for diabetics (1) lesen (1) Lori sewa (3) lorry Trasport (1) luar negara (1) makanan (8) malaysia (2) Manusia (1) marketing (1) melayu (1) menteri (3) minuman (1) movers (3) Nasihat (7) National (1) negara (6) niaga (3) niaga fb ads (1) Nikah (1) Niqa Hijab Wash (1) Pelajaran (1) Peluang Pelajar (1) Pemandu Lorry (1) PENGERANG DEEPWATER PETROLEUM TERMINAL (1) PERHIMPUNAN (1) perniagaan (7) pernipuan (2) Pertolongan (1) Perubatan (1) Petua (2) phone (1) Politik (6) Produk (1) property (1) raja (1) rogol (1) roket emal (1) Rokok (1) rumah (1) sabun (1) Safe (1) sahabat (3) Saleman (1) Sebarkan (2) Semasa (1) seminar (1) SEMINAR MY DOCUMENTS (1) seri kembangan (1) Services (2) Sewa Khemah (1) sifat manusia (1) sifu fbads (1) sifu najib (1) stroke (1) Suami Isteri (6) Sukan (1) Sumbangan (1) surga (1) Syasya Canopy (1) Syurga (1) taklim (1) Taladan (10) taman negara (1) teknik (1) TEKNOLOGI (2) Teksi (1) Tentera Udara DiRaja Malaysia (1) tolong (2) Travel (3) TRONEXUS (1) TRUCKERS SNAPPERS (1) TRUCKERS SNAPPERS (1) ubat kuat (1) umum (1) Umur (1) Undang-undang (2) Up Date Trip Lori Sewa (1) urut (1) usia (1) wanita (1) website (1) Wordpress (1) yahudi (1) youtube (1) Zuriat (1)