KALAU KETUA ULAMA PAS KATA TUN DR MAHATHIR MOHAMAD JANGAN CAMPURI POLITIK MAKA PAS PATUT DIBUBARKAN SEBAGAI PARTI POLITIK*

Saya ingin sarankan kepada ketua dewan ulama Pas agar bubar parti tersebut secara kadar segera dan suruh semua pemimpin-pemimpin serta ahli-ahli Pas hanya tumpu pergi ke masjid beribadah saja!!

Pemimpin-pemimpin serta ahli-ahli Pas pun mesti berhenti berpolitik. Mereka juga mesti tumpu beribadah sepertimana yang disarankan kepada tun dr mahathir mohamad.

Cakap mesti serupa bikin!! Jangan tun dr mahathir mohamad tak boleh berpolitik dan kena beribadah saja tetapi pemimpin-pemimpin Pas pulak boleh berpolitik, terima dedak serta main politik caca-merba!!

Ini masalah dengan pemimpin-pemimpin Pas; mereka boleh buat apa saja tapi orang lain tak boleh!! Orang lain kena beribadah saja 24 jam dan tak boleh berpolitik tetapi mereka 'ok' saja!!

Tun dr maharhir mohamad sedang memikul tanggungjawab sebagai satu fardhu kifayah untuk menentang kemungkaran perdana menteri paling korup yang sedang memimpin kerajaan kleptokrasi.

Kalau kita tak lawan untuk tumbangkan kerajaan kleptokrasi seluruh bangsa serta negara kita akan tumbang dalam sedikit masa lagi.

Pemimpin-pemimpin Pas sedar tak malapetaka yang bakal menimpa kita?!

Di saat tun dr mahathir mohamad lawan kemungkaran kerajaan kleptokrasi; kenapa pemimpin-pemimpin Pas pula begitu akhrab dan nak bersubahat dengan pelbagai bentuk salahlaku yang bercanggah dengan hukum-hakam agama?!

Kalau Pas lawan habis-habisan kes skandal 1mdb, rasuah, penyelewengan, ketirisan, salahguna kuasa serta kerosakkan institusi-institusi kerajaan; saya yakin ramai orang boleh berehat dari arena politik.

Saya sendiri pun akan tarik diri dari berpolitik kalau Pas ikhlas berjuang. Malangnya Pas tidak berjuang secara jujur dan ikhlas!!

Pas merapu serta merepek dan tak boleh diharap!!

Kalau Pas pun tak betul serta tak boleh diharap macamana orang lain nak tarik diri dari memikul tanggungjawab fardhu kifayah kearah untuk selamatkan negara kita?!

Ikhlas dari;
KHAIRUDDIN ABU HASSAN
7 Mac 2017

Labels

abad sahabat (1) Agama (39) agent hartanah (1) Akademi Tahfiz Darul Amee (1) Al Quran (3) Amalan (2) Anak Anak (2) Aplikasi (1) aqiqah (1) auto komen (1) Ayah (1) bangsa (1) bantuan (1) Berita (1) Bisnes (6) BR1M (1) brim (1) canopy (1) canopy sewa (1) Cerita (2) china (1) Coway (1) Cuckoo (1) Daie (1) dakwah (1) doa (1) Duit (2) ebook (1) event (1) facebook (3) felda (1) Global (1) google ads (1) grab (1) hartanah (1) healthy beverage for diabetics (1) Hiburan (1) Hijrah Canopy (1) homestay (1) Hospital (2) hotel (1) HRUU355 (1) hukum Agama (2) ibadat (4) ibu bapa (1) Ijtimak (1) insurans (1) ipoh (1) Jawatan Kosong (3) jenayah (3) Jin (1) jpj (1) kambing bakar (2) keluarga (3) Kemalangan (3) kenderaan (3) kerajaan (1) Kerja (1) kerja kosong (1) Kesihatan (1) Ketua Polis Negara (1) kewangan (1) khutbah Jumaat (1) kipas air (1) kisah agama (1) kitab (2) komesin (1) kongsi (1) kuliah (1) lelaki (1) lemon tea for diabetics (1) lesen (1) Lori sewa (3) lorry Trasport (1) luar negara (1) makanan (8) malaysia (2) Manusia (1) marketing (1) melayu (1) menteri (3) minuman (1) movers (3) Nasihat (7) National (1) negara (6) niaga (3) niaga fb ads (1) Nikah (1) Niqa Hijab Wash (1) Pelajaran (1) Peluang Pelajar (1) Pemandu Lorry (1) PENGERANG DEEPWATER PETROLEUM TERMINAL (1) PERHIMPUNAN (1) perniagaan (7) pernipuan (2) Pertolongan (1) Perubatan (1) Petua (2) phone (1) Politik (6) Produk (1) property (1) raja (1) rogol (1) roket emal (1) Rokok (1) rumah (1) sabun (1) Safe (1) sahabat (3) Saleman (1) Sebarkan (2) Semasa (1) seminar (1) SEMINAR MY DOCUMENTS (1) seri kembangan (1) Services (2) Sewa Khemah (1) sifat manusia (1) sifu fbads (1) sifu najib (1) stroke (1) Suami Isteri (6) Sukan (1) Sumbangan (1) surga (1) Syasya Canopy (1) Syurga (1) taklim (1) Taladan (10) taman negara (1) teknik (1) TEKNOLOGI (2) Teksi (1) Tentera Udara DiRaja Malaysia (1) tolong (2) Travel (3) TRONEXUS (1) TRUCKERS SNAPPERS (1) TRUCKERS SNAPPERS (1) ubat kuat (1) umum (1) Umur (1) Undang-undang (2) Up Date Trip Lori Sewa (1) urut (1) usia (1) wanita (1) website (1) Wordpress (1) yahudi (1) youtube (1) Zuriat (1)