.
(AMARAN: Posting kali ni agak panjang dan saya telah UPDATEKAN Cara Ke 4 dalam posting ini. Sila baca dan hadam pelan-pelan ya)
Ada 4 cara iaitu tiga darinya percuma dan satu lagi berbayar. Dengan cara ini, anda akan saved energy, saved kos iklan dan maklumat ini boleh dipakai lama sebab maklumat yang bakal anda perolehi ini adalah SANGAT TARGETTED dan paling penting peratusan mereka membeli adalah SANGAT TINGGI.
Okey kita terus to the point.
.
Cara Pertama: Dari rekod database pelanggan
======================
Iaitu rekod pembeli anda yang lepas-lepas. Dalam rekod pembeli ini, kita sepatutnya dah tahu pelanggan kita majoritinya datang dari negeri mana atau bandar mana?
Sekiranya anda belum pernah ada rekod pembeli ni, atau tertinggal rekod negeri dan bandar mereka, sila lah tambah sekarang untuk rekod pembeli baru anda!
Dan sebaiknya report ini boleh diexport ke Excel sekiranya anda gunakan sistem untuk capture rekod pembeli. Dan dari situ, anda boleh filter pembeli anda mengikut negeri dan bandar mereka.
.
.
Cara Kedua: Dari Facebook Page “Insight" produk anda
======================
Facebook Page Insight ini memberitahu anda 5 maklumat utama mengenai visitor yang melawat page anda. Iaitu:
i) negara
ii) bandar
iii) bahasa
iv) umur
v) jantina
Cara nak dapatkan maklumat ini ialah dengan ikuti step dibawah:
- buka FB Page utama produk anda
- klik pada link Insights
- seterusnya klik pada People
- dan 5 maklumat tadi akan dipaparkan kepada anda
Di sini anda perlu lihat siapa majoriti visitor anda berdasarkan 5 maklumat tadi.
.
.
Cara Ketiga: Melalui Google Trends
========================
Google Trends hanya memberitahu anda dan paparkan maklumat visitor berdasarkan keyword carian prospek.
Sebagai contoh. Sekirannya seorang prospek nak kurus. Mungkin kata carian yang dimasukkan kedalam google ialah “Nak Kurus"
Dari situ, google trends akan kumpulkan semua maklumat visitor yang menggunakan keyword carian yang sama. Walaubagaimanapun, maklumat dari google trends agak terhad. Iaitu:
i) pilihan julat tahun carian
(seperti contoh 1 tahun yang lepas, 90 hari yang lepas dan seterusnya)
ii) negara
iii) negeri
iv) bandar
Cara nak dapatkan maklumat ini ialah dengan ikuti step dibawah:
- masuk website google trends malaysia
- masukkan keyword carian masalah produk yang anda nak selesaikan
- seperti contoh: nak kurus, tips kurus dan seumpanya
Seperti Cara Kedua tadi, disini anda perlu lihat siapa majoriti visitor anda berdasarkan 5 maklumat yang dipaparkan oleh Google Trends.
.
.
Cara Keempat: Melalui Iklan FB Ads
========================
Berdasarkan pengalaman saya, cara ini adalah paling TEPAT. Kerana facebook menyediakan maklumat Tambahan yang tiada seperti 3 cara diatas. Saya hanya ambil 3 maklumat tambahan yang Terpenting sahaja iaitu:-
A) umur
B) jantina
C) placement (samada mereka kerap di mobile, desktop atau sebagainya)
Semua maklumat ini sangat Penting, Berharga dan TARGETTED untuk pastikan kempen iklan fb ads kita jadi MURAH dan mendapat RESPON tinggi dari prospek yang sedia “LAPAR” pada produk yang kita hidangkan depan mata mereka.
Cara untuk dapatkan maklumat targetted ini adalah dengan ikuti langkah dibawah:
(1) buatkan satu posting sharing mengenai tips yang related dengan produk anda. Gunakan facebook page produk anda. Contoh: bagaimana nak kurus.
Dan dalam posting tu, tuliskan arahan supaya audience tinggalkan komen pada post anda. Anda boleh umpan dengan ebook cara senaman kurus atau apa-apa yang motivate audience anda untuk tinggalkan komen.
*** kenapa bukan POST MENJUAL??
Sebab kalau post menjual, dibimbangi kurang respon atas faktor copywriting yang lemah, brand yang belum dikenali, harga dan sebagainya.
(2) iklankan post tadi itu dengan gunakan FB Ads.
(3) pilih post engagement
(4) pada setting target audience, anda masukkan pilihan seperti dibawah:
=> umur
- masukkan 25 hingga 40 tahun
=> jantina
- pilih all/ semua
- jika produk anda untuk wanita sahaja, maka pilih wanita. Begitu juga lelaki jika sebaliknya.
=> location
- pilih malaysia (tak perlu pilih negeri atau bandar buat masa ni)
=> interest
- biarkan kosong, empty
(5) seterusnya anda biarkan iklan anda itu berjalan dalam tempoh seminggu atau dah sampai reach dalam 10k. Yang mana sampai dahulu.
(6) stopkan iklan anda
(7) buka Advert Manager dan lihat pada option "Column”
- pilih Engagement
- dan lihat pada “Post Comments"
(8) kemudian pada option “Breakdown”
- anda catatkan berapa jumlah komen terbanyak mengikut:-
a) umur
b) jantina
c) negeri dan bandar
d) placement and device
(9) selepas anda susunkan maklumat mengikut no.8 diatas, anda telahpun ada maklumat yang targetted siapa yang patut anda sasarkan untuk produk anda.
.
.
Adakah tips saya ini membantu?
Jika ya, belanja saya LIKE dan SHARE ya supaya saya lebih bersemangat untuk saya sharing lagi nanti.
