Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh kepada muslimin serta muslimat yg dikasihi, selamat pagi kepada teman2 yg bukan beragama islam yg di hormati sekalian 😘😍😎...
Kembali dari celah dahan pokok pagi ini dgn pelbagai rangkuman dan ceritera yg xpernah akan habis sampai penghujungnya, semoga teman2 dlm kondisi terbaik pada skala 10 utk rambut bercabang (merepek lak)..😜
Baru2 ni dikejutkan dgn musibah yg berlaku pada 8 kanak2 di area bkt beruntung.. 7 darinya di temui mati lemas hanya seorang yg berjaya berpaut pada batang pisang kemudian berpaut pada paip di bwh jambatan.. laporan awal menyatakan fenomena 'kepala air' ketika mereka sedang asyik menangguk ikan ditepi sungai..😭
Salam takziah buat keseluruhan keluarga yg terlibat, semoga cerita anak2 syurga ini dapat diambil iktibar kepada ayah ibu diluar sana.. ye arr, anak2 ni kalau dah nampak air, ape pun dah x ingat.. sbb den pun penah lalui zaman tu... 🤔
Maso kocik marin, kek klenda kaler kuning ni arr yg ditunggu2.. seminggu awal dah plan ngan member nak buek po, kalau musim perang.. stat arr gergaji papan yg rembat kek umah2 org (den x, member2) utk bikin senapang, mulo arr servey kek mano pokok terung pipit.. mmg clear arr buah tu 🤣
Indahnya zaman budak2 80an & 90an.. tanpa rasa takut dgn penculik, tanpa lambakan dadah2 sentetik, cuma yg tinggal hanya kenangan yg mustahil generasi hari ini laluinya.. skali skala blk kg, lalu gak kat port2 'permainan'.. ternyata semak2 xterusik, buah2 terung pipit hidup segar tanpa gangguan 😪
Rabu 22 March 2017 masihi bersamaan 23 Jamadilakhir 1438 Hijrah 😃 Cuaca pagi ini agak baik dan ceria di sekitar Taman Sentosa Klang Selangor, sari berita ringkas terkini khas utk semua ahli group yg tersayang 💝...
🇲🇾 BERITA DALAM NEGARA
====================
✍🏻 Langkawi: Formasi pertunjukan aerobatik pasukan jet pejuang Black Eagle dari Korea Selatan memukau ribuan pengunjung Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2017 (Lima'17) smlm.
✍🏻 Permatang Pauh: Kes remaja wanita berusia 19 tahun yang memandu melawan arus sehingga menyebabkan seorang lelaki maut, Selasa lalu, kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan selepas mendapat arahan Pejabat Timbalan Pendakwa Raya negeri.
✍🏻 Teluk lntan: Lapan puluh peratus pelajar tingkatan satu sekolah menengah di daerah Hilir Perak di sini mengaku sering melayari laman sesawang lucah (pornografi) di Internet.
✍🏻 Marang: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan menjalankan siasatan dalaman terhadap empat anggotanya yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terbabit dengan rasuah.
✍🏻 Seri Iskandar: Polis menahan dua lelaki berusia 40-an yang sedang mencuri kabel milik syarikat telekomunikasi dan merampas peralatan digunakan di Kilometer 31, Jalan Kampung Gajah-Bota Kanan, Kampung Gajah, smlm.
✍🏻 Georgetown: Seramai 12 lelaki termasuk seorang bergelar Datuk Seri dihadapkan ke Mahkamah Majistret, smlm, atas kesalahan merusuh.
✍🏻 Yan: Dua lelaki berusia 34 dan 48 tahun dicekup bersabit kes pecah kereta serta curi di Kampung Batu 23, Titi Serong, Jalan Yan, di sini, jam 3.30 petang semalam.
✍🏻 Kuala Kubu Bharu: Tiga wanita yang cedera ketika mendaki Gunung Rajah di sini, sejak petang kelmarin, berjaya diselamatkan bomba, semalam.
✍🏻 Alor Setar: Dua anggota polis berpangkat sarjan mejar dan koperal berusia 57 dan 53 tahun, direman sehingga 26 Mac ini bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima rasuah daripada pengusaha lori di Kulim.
✍🏻 Kota Bharu: Merenung tajam dengan ‘mata gatal’ selain mengambil kesempatan memegang mana-mana bahagian tubuh pelanggan wanitanya yang menggiurkan termasuk isteri orang antara tabiat tidak bermoral peniaga runcit warga asing di Kampung Mulong, di sini sehingga dua mangsa membuat laporan polis atas dakwaan mencabul.
✍🏻 Ipoh: Rangka manusia yang dipercayai wanita yang meninggal dunia antara lapan bulan hingga setahun lalu, ditemui dalam sebuah rumah di Batu 8, Ulu Kinta di sini, semalam.
✍🏻 MARANG: Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan sistem sewa beli bagi membantu rakyat berpendapatan rendah memiliki kediaman Projek Perumahan Rakyat (PPR).
✍🏻 AYER KEROH: Seorang penjaga pusat hiburan didenda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret, di sini, smlm, selepas mengaku bersalah menghalang dan mengeluarkan kata kesat terhadap pegawai polis dalam satu pemeriksaan, pada Februari lalu.
✍🏻 KUALA LUMPUR: Bekas vokalis kumpulan Hyper Act, Kecik, diperintah oleh Mahkamah Majistret Selayang, smlm, membayar kompaun RM200 kepada teman wanitanya atas tuduhan mendatangkan kecederaan terhadap wanita itu, dua minggu lalu.
✍🏻 PUTRAJAYA: Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) mengesahkan tiada lokasi baharu di Kelantan yang disahkan positif selesema burung (H5N1).
✍🏻 PEKAN: Seorang penuntut universiti awam (UA) kerugian kira-kira RM29,500 selepas kereta Perodua Axia miliknya dilarikan sekumpulan lelaki di Tanjung Selangor, dekat sini, awal pagi smlm.
✍🏻 KUALA LUMPUR - Seorang juruteknik dipenjara sembilan tahun oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur smlm selepas mengaku salah memberi sokongan kepada berlakunya perbuatan pengganas melibatkan penggunaan bahan letupan, tahun lepas.
✍🏻 SEPANG - Sebanyak 1,200 serbuan bagi tempoh Januari 2015 hingga Disember 2015 dijalankan bagi menggempur premis perjudian haram di sekitar daerah Sepang.
✍🏻 KAMUNTING - Seorang wanita warga emas maut selepas terperosok di bawah kereta dalam kemalangan di Jalan Regat Kamunting di sini, pagi smlm.
✍🏻 BATU PAHAT - Seorang lelaki warganegara Indonesia yang menjadi suspek utama dalam kes culik yang melibatkan seorang suri rumah direman selama tujuh hari, bermula smlm kerana memiliki pistol dan peluru.
🌍 BERITA LUAR NEGARA
====================
🇨🇳 Beijing: Seorang lelaki berusia 40 tahun ‘membela’ kuku pada tangan kirinya sejak 21 tahun.
Lelaki yang hanya dikenali sebagai Mai itu berkata, dia menghabiskan separuh usianya membela kukunya walaupun ada kalanya ia menyukarkan pergerakannya.
“Kadangkala saya sukar membuat kerja dan kuku saya mudah patah disebabkan terlalu panjang,” katanya.
🇺🇸 Washington: Amerika Syarikat melarang peralatan elektronik selain telefon bimbit di bawa ke dalam kabin pesawat membabitkan penerbangan terus dari lapangan terbang di negara Asia Barat dan Afrika Utara mulai smlm, berikutan dakwaan ancaman yang tidak dinyatakan.
Media hanya mengetahui larangan itu semalam, selepas Royal Jordanian Airlines dan agensi berita di Arab Saudi mengeluarkan kenyataan mengenai larangan itu.
🇸🇩 Juba: Pesawat membawa 44 penumpang terhempas di Sudan Selatan kira-kira jam 3 petang (waktu tempatan) semalam.
Menurut laporan awal, semua orang di dalam pesawat berkenaan terbunuh.
Bagaimanapun, laporan terbaru menyatakan ada penumpang yang selamat selepas ditarik keluar dari rangka kapal terbang berkenaan.
Pihak berkuasa masih belum membeli butir mengenai jumlah kematian.Bagaimanapun, radio Sudan melaporkan, sembilan orang berjaya diselamatkan dan dibawa ke hospital.
🇯🇵 TOKYO: Polis Jepun meningkatkan usaha mencegah kemalangan yang berpunca daripada pemandu warga emas dengan menawarkan diskaun pakej pengebumian.
Tawaran diskaun itu bertujuan menggalakkan golongan itu berhenti memandu dan menyerahkan lesen mereka. Langkah itu diambil berikutan peningkatan kemalangan maut membabitkan pemandu berusia di negara itu.
Difahamkan, jumlah penduduk warga emas Jepun kian meningkat dan kira-kira 4.8 juta orang berusia 75 tahun atau ke atas masih mempunyai lesen memandu.
📡 TULAR
========
💧 Seremban: Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (Sains) menafikan dakwaan kononnya Empangan Pedas pecah mengakibatkan banjir di Rembau dan kawasan sekitarnya semalam.
Pengarah Sains Wan Rasdi Wan Ismail berkata banjir itu tiada kena-mengena dengan empangan pecah, yang katanya sengaja direka bagi memburukkan keadaan.
"Banjir kerana hujan lebat menyebabkan limpahan air sungai. Empangan Pedas berada dalam keadaan baik dan jika penuh pun ia (empangan) akan mengeluarkan air melalui alur limpah ke sungai.
Beliau mengulas kejadian banjir di Rembau dan Kuala Pilah yang ditularkan dalam media sosial kononnya berlaku akibat Empangan Pedas pecah.
🚚 Kuala Lumpur: Pengalaman diganggu sekumpulan lelaki mabuk ketika memandu treler 10 tayar di Seberang Perai tidak mematahkan semangat ibu tunggal, Rokiah Salim, 51,meneruskan kerjaya sebagai pemandu treler.
Ibu kepada dua anak lelaki itu berkata, kerjaya sebagai pemandu treler mudah kerana waktu kerja fleksibel serta menawarkan pendapatan lumayan.
Video wanita itu berkongsi pengalaman memandu treler tular di Facebook sejak minggu lalu sehingga mendapat perhatian netizen.
🙌🏻 KETIKA pasukan Terengganu sedang giat melakukan persiapan menjelang aksi suku akhir Piala FA, skuad bimbingan Irfan Bakti Abu Salim itu dikejutkan dengan isu pengguguran penjaga gawang utamanya, Mohd Sarbinee Allawee Ramli yang menjadi tular dilaman sosial ‘Facebook’ ekoran penyakit yang dialaminya itu.
Bekas penjaga gawang kebangsaan itu direhatkan ekoran mengalami masalah kesihatan selepas membantu skuad Penyu mengharungi tiga perlawanan saingan Liga Perdana musim ini dan kisah penyakit diamalinya kini menjadi tular apabila pemain berusia 30 tahun itu dikatakan mengidap penyakit kanser paru-paru.
Begitupun, ketua jurulatih pasukan Terengganu, Irfan Bakti Abu Salim tampil menafikan dakwaan yang mengatakan penjaga gawang utamanya, Mohd Sarbinee Allawee Ramli sudah digugurkan daripada pasukan itu.
🕺🏻 LOS ANGELES - AMERIKA SYARIKAT. Pelakon dan pelawak terkenal, Rowan Atkinson sekali lagi menjadi mangsa fitnah laman sosial apabila dikatakan meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya 18 Mac lalu.
Berita berkenaan menjadi tular di laman sosial hingga mendapat lebih 300,000 komen ‘RIP’ daripada peminatnya hanya dalam beberapa saat.
Berita kematian palsu Atkinson yang terkenal dengan watak Mr Bean ini telah menggemparkan dunia.
Sejurus tersebar, laman web Hoax Alert telah mengeluarkan kenyataan mengenai berita kematian tersebut palsu.
🐅 Kuantan: Taman Safari Bukit Gambang (TSBG) menafikan dakwaan yang mengatakan pihaknya mengabaikan seekor harimau jantan di taman berkenaan sehingga menjadi kurus kering seperti yang tular di laman sosial Facebook (FB).
Tiga keping gambar harimau spesis Harimau Malaya itu dimuat naik seorang pemilik akaun FB di beberapa 'page' serta grup sejak semalam sebelum dikongsi beberapa pengguna FB yang lain.
⛳ BERITA SUKAN
==============
⭐ BINTANG Bola Sepak, Cristiano Ronaldo terpilih sebagai Pemain Terbaik Portugal.
Pencapaian itu selepas kejayaan pemain itu bersama Real Madrid dan pasukan kebangsaan Portugal di tahun 2016.
Atas pencapaiannya itu, Ronaldo telah dipilih sebagai pemain terbaik dunia Ballon d'Or dan Pemain Terbaik Dunia FIFA.
⚽ Manchester: Pengurus Manchester City Pep Guardiola mengakui dirinya menikmati antara hari terbaik sepanjang kariernya selepas pasukannya mengikat Liverpool 1-1 dalam aksi Liga Perdana Inggeris kelmarin.
🐯 Kuala Lumpur: Penyerang Mohd Safee Sali mahu menamatkan badi tanpa kemenangan selama 10 tahun Harimau Malaysia ke atas Filipina apabila kedua-dua pasukan kembali membuat perhitungan dalam aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Memorial Rizal, Manila esok. (hari ini)
“Bukan senang mahu menang dengan Filipina, mereka sekarang menduduki ranking lebih tinggi (124) berbanding Malaysia (161).
🕌 WAKTU SOLAT
==============
KAWASAN SHAH ALAM DAN KAWASAN SEWAKTU DENGANNYA
Imsak :05:51
Subuh :06:01
Syuruk :07:16
Zohor :13:23
Asar :16:27
Magrib :19:25
Isyak :20:34
22 March 2017
23 Jamadilakhir 1438
piloi_hani al-Linggi
#repoterataspokok
