Hukum kawin paksa

WAJIBKAH TAAT APABILA DIPAKSA BERKAHWIN?

Assalamualaikum. Harap admin dapat bertanya kepada Dr tentang hukum seorang wanita yang di desak oleh ibu bapanya berkahwin dengan seorang lelaki; di mana wanita itu tiada perasaan untuk berkahwin dengan lelaki tersebut. Adakah berdosa dia melanggari kemahuan ibubapanya atau tidak

Jawapan:

Waalaikumussalam wbt.

Terdapat beberapada hadis yang sahih berkaitan hal ini:

Daripada Abu Hurairah r.a, nabi s.a.w bersabda:

‏ لاَ تُنْكَحُ الأَيِّمُ حَتَّى تُسْتَأْمَرَ وَلاَ تُنْكَحُ الْبِكْرُ حَتَّى تُسْتَأْذَنَ ‏"‏‏.‏ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ وَكَيْفَ إِذْنُهَا قَالَ ‏"‏ أَنْ تَسْكُتَ ‏"‏‏.
Wanita yang pernah berkahwin tidak boleh dikahwinkan sehinggalah diminta permintaan daripada wanita itu untuk dikahwinkan, wanita yang dara tidak boleh dikahwinkan sehingga diminta keizinannya. Para sahabat bertanya: Ya Rasulullah, bagaimanakah bentuk izinnya? Baginda menjawab: Apabila dia diam. [Sahih al-Bukhari, Kitab an-Nikah, no: 5136].

عَنِ ابْنِ بُرَيْدَةَ، عَنْ أَبِيهِ، قَالَ جَاءَتْ فَتَاةٌ إِلَى النَّبِيِّ ـ صلى الله عليه وسلم ـ فَقَالَتْ إِنَّ أَبِي زَوَّجَنِي ابْنَ أَخِيهِ لِيَرْفَعَ بِي خَسِيسَتَهُ ‏.‏ قَالَ فَجَعَلَ الأَمْرَ إِلَيْهَا ‏.‏ فَقَالَتْ قَدْ أَجَزْتُ مَا صَنَعَ أَبِي وَلَكِنْ أَرَدْتُ أَنْ تَعْلَمَ النِّسَاءُ أَنْ لَيْسَ إِلَى الآبَاءِ مِنَ الأَمْرِ شَىْءٌ ‏.‏
Daripada Burairah r.a, seorang gadis datang kepada nabi s.a.w lalu berkata: Sesungguhnya ayah aku mengahwinkan aku dengan anak saudaranya untuk meninggikan statusnya. Lalu baginda menyerahkan urusan itu kepada gadis itu. Gadis itu berkata: Sesungguhnya aku menerima apa yang ayah aku lakukan, akan tetapi aku mahu wanita tahu bahawa ayah mereka tidak mempunyai hak memaksa sedikit pun dalam hal ini. [Sunan Ibn Majah, Kitab an-Nikah, no: 1947].

Oleh itu, perkahwinan paksa adalah sesuatu yang diharamkan dan tidak wajib si anak mentaati ibu bapa dalam hal ini, dan tidak berdosa si anak apabila enggan mengahwini pilihan ibu bapa.

Wallahua'lam.

-ADMIN-

Page Dr. Ustaz Rozaimi Ramle - Hadith

Labels

abad sahabat (1) Agama (39) agent hartanah (1) Akademi Tahfiz Darul Amee (1) Al Quran (3) Amalan (2) Anak Anak (2) Aplikasi (1) aqiqah (1) auto komen (1) Ayah (1) bangsa (1) bantuan (1) Berita (1) Bisnes (6) BR1M (1) brim (1) canopy (1) canopy sewa (1) Cerita (2) china (1) Coway (1) Cuckoo (1) Daie (1) dakwah (1) doa (1) Duit (2) ebook (1) event (1) facebook (3) felda (1) Global (1) google ads (1) grab (1) hartanah (1) healthy beverage for diabetics (1) Hiburan (1) Hijrah Canopy (1) homestay (1) Hospital (2) hotel (1) HRUU355 (1) hukum Agama (2) ibadat (4) ibu bapa (1) Ijtimak (1) insurans (1) ipoh (1) Jawatan Kosong (3) jenayah (3) Jin (1) jpj (1) kambing bakar (2) keluarga (3) Kemalangan (3) kenderaan (3) kerajaan (1) Kerja (1) kerja kosong (1) Kesihatan (1) Ketua Polis Negara (1) kewangan (1) khutbah Jumaat (1) kipas air (1) kisah agama (1) kitab (2) komesin (1) kongsi (1) kuliah (1) lelaki (1) lemon tea for diabetics (1) lesen (1) Lori sewa (3) lorry Trasport (1) luar negara (1) makanan (8) malaysia (2) Manusia (1) marketing (1) melayu (1) menteri (3) minuman (1) movers (3) Nasihat (7) National (1) negara (6) niaga (3) niaga fb ads (1) Nikah (1) Niqa Hijab Wash (1) Pelajaran (1) Peluang Pelajar (1) Pemandu Lorry (1) PENGERANG DEEPWATER PETROLEUM TERMINAL (1) PERHIMPUNAN (1) perniagaan (7) pernipuan (2) Pertolongan (1) Perubatan (1) Petua (2) phone (1) Politik (6) Produk (1) property (1) raja (1) rogol (1) roket emal (1) Rokok (1) rumah (1) sabun (1) Safe (1) sahabat (3) Saleman (1) Sebarkan (2) Semasa (1) seminar (1) SEMINAR MY DOCUMENTS (1) seri kembangan (1) Services (2) Sewa Khemah (1) sifat manusia (1) sifu fbads (1) sifu najib (1) stroke (1) Suami Isteri (6) Sukan (1) Sumbangan (1) surga (1) Syasya Canopy (1) Syurga (1) taklim (1) Taladan (10) taman negara (1) teknik (1) TEKNOLOGI (2) Teksi (1) Tentera Udara DiRaja Malaysia (1) tolong (2) Travel (3) TRONEXUS (1) TRUCKERS SNAPPERS (1) TRUCKERS SNAPPERS (1) ubat kuat (1) umum (1) Umur (1) Undang-undang (2) Up Date Trip Lori Sewa (1) urut (1) usia (1) wanita (1) website (1) Wordpress (1) yahudi (1) youtube (1) Zuriat (1)