– 17/2/2017 (by: MJI)*
1. KUALA LUMPUR 16 Feb. – Dua suspek utama yang ditahan berhubung pembunuhan Kim Jong-nam, abang pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un mungkin dipergunakan oleh perisik asing untuk melakukan jenayah itu. Ejen perisik yang mempergunakan dua wanita terbabit, Siti Aisyah, 25, yang merupakan warga Indonesia dan warga Vietnam, Doan Thi Huong, 29, tidak akan mendedahkan identitinya kepada mereka.
2. PUTRAJAYA 16 Feb. - Akta yang dikategorikan sebagai lapuk perlu diteliti semula bagi memastikan tujuan penggubalannya mencapai matlamat manakala hukuman atau denda yang dikenakan mengambil kira faktor persekitaran yang semakin mencabar. Peguam Negara, TSri Mohamed Apandi Ali berkata, ada undang-undang yang dikuatkuasakan sejak tahun 1950-an masih diguna pakai hingga kini sedangkan umurnya sudah melebihi setengah abad.
3. KUCHING 16 Feb. - Syarikat perladangan global, FGV tidak pernah mengalami kerugian sejak penubuhannya pada 2012. Pengerusi FGV, TSri Mohd. Isa Abdul Samad berkata, syarikat terbabit sentiasa memperoleh keuntungan pada setiap tahun cuma bukan dalam jumlah yang besar memandangkan 80 peratus daripada pendapatannya adalah sumber perladangan.
4. KUALA LUMPUR 16 Feb. – PM DSeri Najib Tun Razak menyelar sikap memalukan ahli-ahli politik pembangkang yang cuba menjatuhkan negara dengan mereka-reka cerita tanpa asas demi memenuhi agenda peribadi. Dalam tindakan itu, pastinya mereka tidak akan membawa kisah kejayaan sebenar negara yang diusahakan kerajaan dan GLC melalui pelbagai program serta insiatif untuk memastikan kehidupan yang lebih baik untuk rakyat.
5. KUALA LUMPUR 16 Feb. – Pas hari ini mengingatkan rakyat bahawa politik yang diamalkan DAP adalah bahaya untuk negara. Ketua Dewan Pemuda Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, hal ini kerana DAP datang dengan ‘tiang-tiang’ baharu menerusi tahap sekular berganda yang boleh menambahkan kehancuran kepada negara.
6. SHAH ALAM 16 Feb. - Walaupun Skim Mesra Usia Emas (SMUE) diwujudkan oleh kerajaan PKR Selangor sebagai skim khairat kematian untuk warga emas atau orang kurang upaya (OKU) tetapi sembilan ahli Parlimen pembangkang juga didakwa turut mendapat faedahnya. Bingung bagaimana ia boleh berlaku, Pengerusi Gabungan NGO-NGO Malaysia, DSeri Jamal Md. Yunos mengambil keputusan melaporkan perkara itu kepada SPRM bagi membolehkan siasatan terperinci dilakukan sama ada wujudnya salah guna kuasa.
7. BESUT 16 Feb.- Seorang peniaga bahan binaan diacu dengan sepucuk pistol sebelum wang tunai miliknya kira-kira RM8,000 dilarikan dua lelaki dalam kejadian di bandar Jerteh dekat sini malam tadi. Dalam kejadian kira-kira pukul 8.15 malam itu, peniaga berusia 61 tahun bersama isterinya berada di hadapan kediaman yang juga dijadikan premis perniagaan sebelum didatangi oleh dua orang lelaki yang menaiki motosikal.
8. KUALA TERENGGANU 16 Feb.- Seekor buaya tembaga yang kelihatan di permukaan sungai Terengganu di Seberang Bukit Tumbuh dekat sini sejak Isnin lalu berjaya ditangkap oleh penduduk kampung itu pagi ini. Buaya sepanjang dua meter, dengan berat dianggarkan hampir 80 kilogram, diikat mulutnya sebelum mereka menghubungi pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).
9. COX’S BAZAR 16 Feb. - Perjalanan 25 pasukan sukarelawan Food Flotilla for Myanmar termasuk ketua misi, DSeri Abdul Azeez Abdul Rahim ke tiga kem pelarian di Bangladesh ternyata sebuah perjalanan yang penuh emosi. Melihat saudara seagama etnik Rohingya yang seramai lebih 100,000 di ketiga-tiga kem itu terutama kanak-kanak dan wanita yang mengalirkan air mata menadah tangan meminta makanan suasana itu ternyata terlalu menyedihkan mata yang memandang.
10. TELOK KEMANG 16 Feb. – Polis menahan empat anggota kumpulan Geng Fendi yang disyaki terlibat dalam kegiatan pecah kereta di daerah ini sejak Januari lalu. Kumpulan jenayah itu dikesan polis ekoran beberapa kes pecah kereta dan melarikan barang berharga yang dilaporkan di bandar ini, Telok Kemang dan Lukut.
11. KUALA LUMPUR 16 Feb. - Hajat seorang kanak-kanak autisme dan hiperaktif untuk berjumpa vokalis kumpulan Wings, Awie menjadi kenyataan apabila penyanyi itu melawat kediamannya di sini semalam. Mohamad Nurfaiq Mohd. Faizal, 3, tidak mampu menyembunyikan rasa gembira sebaik bertemu Awie atau nama sebenarnya Datuk Ahmad Azhar Othman, 48, gembira kerana dapat merealisasikan impian kanak-kanak lelaki itu.
12. PASIR MAS 16 Feb. - Pasukan Khas IPD Pasir Mas hampir berjaya melumpuhkan dua geng curi motosikal yang dipercayai bergiat aktif di sekitar negeri ini sejak tahun lalu. Seramai 12 ahli dua kumpulan berkenaan yang digelar Geng Sulong dan Shahmi ditahan menerusi Ops Lejang yang bermula sejak awal bulan ini.
13. LUNDU 16 Feb. - Pemilik tanah hak adat bumiputera (NCR) di beberapa kampung di Tinteng Engkulau di sini, mengucapkan terima kasih kepada kerajaan BN kerana berjaya menyelesaikan masalan tuntutan tanah mereka. Ucapan terima kasih itu ditujukan khas kepada KM , Datuk Amar Abang Johari Tun Openg, timbalannya, Datuk Amar Douglas Uggah dan calon BN, Puan Sri Jamilah Anu yang prihatin dan membantu menyelesaikan isu pertikaian tanah di situ.
14. KUALA LUMPUR 16 Feb. - Pengacara popular, Neelofa memilih untuk berdiam diri berhubung isu dia dikatakan menarik diri daripada bergandingan dengan Fattah Amin untuk drama terbaharu, Hero Seorang Cinderella. Jelas Neelofa, dia dinasihatkan oleh pihak Astro untuk tidak memberi sebarang kenyataan sehingga satu keputusan rasmi dimuktamadkan.
15. SHAH ALAM 16 Feb. - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kesal dengan tindakan Gabungan NGO-NGO Malaysia yang memanipulasi pihak pengurusan van jenazah beberapa kariah masjid di negeri ini untuk menyertai demonstrasi membantah penyelewengan dana Skim Mesra Usia Emas (SMUE) di pintu masuk utama Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS) di sini semalam.
16. KUCHING 16 Feb. - Kerajaan Sarawak yakin dasar pengurusan hutan di negeri ini akan bertambah mantap dengan menambah baik prosedur pengeluaran lesen hutan jangka pendek melalui proses tender. KMetua Menteri, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata, keputusan mengeluarkan lesen melalui tender itu bertujuan memastikan pengeluaran lesen hutan jangka pendek dibuat secara telus.
17. KUALA TERENGGANU 16 Feb. – MB DSeri Ahmad Razif Abdul Rahman menafikan desas-desus kononnya terdapat kalangan wakil rakyat BN negeri ini menyertai PPBM seperti yang tular ketika ini. Cubaan untuk kembali menghangatkan suasana politik, dan memberikan gambaran tidak menyeangkan kepada rakyat yang begitu mudah dimainkan melalui media sosial wajar dihentikan oleh kalangan yang dikaitkan dengan pembangkang.
18. KUALA LUMPUR 16 Feb.- Seorang lelaki ditahan SPRM selepas dipercayai menyamar sebagai anggota polis untuk meminta suapan bernilai RM3,000. Suspek berusia 30 tahun itu ditahan kira-kira pukul 3.15 petang ini di kawasan pembinaan, blok pangsapuri di Jalan Bakti di sini.
19. KUALA LUMPUR 16 Feb.- Pertubuhan Kembara Amal (Peka) akan menganjurkan Kembara Inspirasi Haji merentasi 10 negara menggunakan jalan darat mulai 20 Julai ini. Pengarah projek, Khir Ariffin berkata, kembara tersebut melibatkan sebanyak 16 peserta terdiri daripada ahli Peka, sukarelawan, pengamal media serta wakil-wakil penaja.
20. LUNDU 16 Feb. - Aktiviti judi sabung ayam kini semakin canggih apabila tidak lagi menggunakan gelanggang tradisional di kawasan lapang, sebaliknya dilakukan secara dalam talian. Taktik terbaharu kaki judi itu terbongkar apabila polis menyerbu sebuah premis perjudian di tingkat satu rumah kedai di RH Plaza, Jalan Airport di sini, pukul 8.15 malam tadi.
21. KUALA LUMPUR 16 Feb. - Penyanyi terkenal tanah air, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin selamat tiba di Palestin pada pukul 12 tengah hari (waktu tempatan). Beliau yang ditemani suaminya, DSeri Khalid Mohamad Jiwa dijangka menjejakkan kaki di Masjid Al- Aqsa pada waktu malam. Beliau dan seluruh anggota rombongan yang terdiri daripada ahli keluarga sebelah suaminya selamat menempuh perjalanan tanpa halangan.
22. KUALA LUMPUR 16 Feb. - Polis mengesahkan penahanan suspek warga Indonesia yang ditahan berhubung kes pembunuhan abang Presiden Korea Utara, Kim Jong-Nam sebelum ini adalah hasil daripada penahanan seorang lelaki tempatan petang semalam. Lelaki berusia 26 tahun itu merupakan teman lelaki wanita warga Indonesia yang ditahan di sekitar Ampang, dekat sini, kira-kira pukul 2 pagi tadi.
23. PASIR PUTEH 16 Feb. - Seramai 300 orang awam di negeri ini menyertai Pasukan Sukarelawan Simpanan Maritim Malaysia (PSSMM) dengan 70 daripada mereka merupakan anggota berpangkat pegawai. Majlis perasmian PSSMM peringkat negeri tersebut disempurnakan Ketua Pengarah Maritim Malaysia, DSeri Ahmad Puzi Abdul Kahar di Markas Maritim Malaysia di Tok Bali, di sini hari ini.
24. KUALA TERENGGANU 16 Feb. – Universiti Malaysia Terengganu (UMT) akan memberi fokus terhadap gerak kerja penyelidikan translasional pada tahun ini seiring dengan hasrat Kementerian Pendidikan Tinggi. Penyelidikan translasional ini bakal memberi lebih perhatian kepada program dan aktiviti yang dapat memberikan lebih manfaat kepada komuniti, sekali gus memberi impak ke arah turut membantu menyelesaikan masalah negeri dan negara di samping impak kepada isu global.
25. KUALA LUMPUR 16 Feb. - Perkhidmatan IPTV di bawah Telekom Malaysia Berhad (TM) iaitu HyppTV dengan kerjasama KRU Media bakal menawarkan saluran baharu di stesen berkenaan yang dinamakan Playbox HD. Kolaborasi tersebut menyaksikan pihaknya menjadi pembekal isi kandungan yang akan disiarkan di saluran berkenaan.
26. SEREMBAN 16 Feb. – KDN merampas sebanyak 296 buah bingkai perhiasan pelbagai jenis yang mengandungi kesilapan tulisan al-Quran dalam satu operasi di Nilai 3 di sini hari ini. Rampasan tersebut dianggarkan bernilai RM59,200.
27. ALOR SETAR 16 Feb. – MB, DSeri Ahmad Bashah Md. Hanipah hari ini mengetuai sembilan Exco serta tiga ex-officio kerajaan negeri terdiri daripada Pegawai Kewangan, Datuk Mohd. Fuzi Mohaidin, Penasihat undang-undang, Datuk Nor Azura Mohammed Zohdi serta Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Bakar Din melafaz serta menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR).
28. PETALING JAYA 15 Feb. - Kekecohan antara peniaga air tercetus di Persiaran Ara, Bandar Sri Damansara semalam akibat perebutan tapak ekoran kehadiran penjaja air baharu yang turut membuka perniagaan di lokasi sama. Tindakan biadab peniaga lelaki mengeluarkan kata-kata kesat dan ugutan kepada penjaja wanita yang juga menjual minuman di bahu jalan itu menjadi tular di media sosial hari ini.
29. CAMERON HIGHLANDS 16 Feb. - Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mahu jalan alternatif menghubungkan Habu dengan Tringkap di sini, dibina secepat mungkin. Pembinaan jalan alternatif sepanjang 20 kilometer itu diharap dapat mengurangkan kesesakan di sekitar Tanah Rata dan Brinchang.
30. KEM BALUKHALI, COX’S BAZAR 16 Feb. - Bayangkan apa perasaan seorang ibu melihat menantunya dirogol manakala anak lelakinya dipukul di depan mata sendiri? Itulah antara keperitan yang terpaksa ditempuh oleh Nur Jan, 50, yang menyaksikan menantunya, Harasha, 24, menjadi mangsa rogol tentera Myanmar di rumah mereka kira-kira 3 petang di Arakan, Myanmar, hujung tahun lalu.
31. 6. KUALA TERENGGANU 16 Feb. - Imam dan bilal yang dilantik kerajaan negeri perlu bertugas mengikut syif, selama lapan jam sehari seperti penjawat awam lain agar tumpuan penuh boleh diberikan terhadap peranan dan tanggungjawab mereka termasuk berurusan dengan orang ramai. Sebelum ini kebiasaannya mereka bertugas pada waktu-waktu tertentu seperti mengimamkan solat dan kemudian pulang ke rumah tanpa melakukan aktiviti lain di masjid.
32. KOTA KINABALU 16 Feb. - Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS) menolak sebarang kerjasama dengan Parti Warisan Sabah (Warisan) yang dipimpin oleh DSeri Mohd. Shafie Apdal bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14). Parti tersebut hanya akan bergabung dengan parti tempatan di negeri ini yang tidak mempunyai kaitan dengan parti di Semenanjung.
33. KOTA BHARU 16 Feb. - Seorang suri rumah didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh anak perempuannya yang berusia dua bulan 19 hari di sebuah rumah di Kuarters Jurutera, Kem Desa Pahlawan, Kok Lanas, di sini, pada 4 Februari lepas. Fadillah Mohd. Zain, 32, dituduh membunuh Nur Areesa Sofea Jiry antara pukul 1 tengah hari dan 2 petang di rumah yang didiaminya itu.
34. PUTRAJAYA 16 Feb. – TPM DSeri Dr. Ahmad Zaid Hamidi mengesahkan lelaki bernama Kim Chol yang maut Isnin lalu adalah Kim Jong-Nam, abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un, dengan individu berkenaan mempunyai dua identiti sah dari Korea Utara. Pasport mangsa yang menggunakan nama Kim Chol itu adalah pasport yang sah dan bukannya palsu.
35. KOTA KINABALU 16 Feb. - Kementerian Pengangkutan(MOT) bersetuju membincangkan semula dasar kabotaj di Sabah sebagai usaha untuk membantu pertumbuhan ekonomi negeri berkenaan. Menterinya, DSeri Liow Tiong Lai berkata, kerajaan Persekutuan sentiasa peka terhadap keperluan Sabah dengan menyediakan persekitaran ekonomi terbaik untuk negeri itu.
36. KUALA LUMPUR 16 Feb. - Kes kematian Kim Jong-nam, abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un kini diklasifikasikan sebagai kes bunuh. KP Selangor, DSeri Abdul Samah Mat berkata, penahanan dua wanita warga asing berhubung kes berkenaan semalam membawa kepada pengklasifikasian baharu itu.
37. LUNDU 16 Feb. - Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) bersedia memulangkan 1,000 hektar daripada 7,000 hektar tanah yang dibeli di Sempadi di sini, untuk membuka ladang kelapa sawit jika terbukti ia memang sah milik penduduk kampung. Isu berkaitan tuntutan tanah itu sudah lama dibangkitkan iaitu sejak bekas KM, TSri Adenan Satem masih hidup lagi.
38. PUTRAJAYA 16 Feb. – PM DSeri Najib Tun Razak telah memberi sumbangan sebanyak RM1 juta kepada Tabung Pendidikan Pelajar Malaysia hari ini. Sumbangan tersebut telah disampaikan SU Politiknya, Datuk Jailani Ngah pada Majlis Penyerahan Tabung Pendidikan Pelajar Malaysia anjuran Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), di sini.
39. KUALA LUMPUR 16 Feb. - Seorang lelaki maut selepas kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah lagi kenderaan di Jalan Tun Razak dari arah bulatan Pahang menghala Jalan Semarak berhadapan Perpustakaan Negara di sini hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 2.40 pagi itu, mangsa, Ahmad Alrefaee M. Azmi, 21, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
40. LUNDU 16 Feb. - Sebanyak 52 JKKK dalam kawasan DUN Tanjong Datu menerima peruntukan berjumlah RM520,000 bagi tujuan pembersihan dan pemuliharaan sungai serta saliran setempat. Projek kecil tersebut yang telah dirancang sebelum ini akan dijalankan oleh JKKK secara gotong-royong tanpa perlu mengupah kontraktor.
41. TUMPAT 16 Feb. – JKDM Kelantan merampas 41,000 karton rokok seludup pelbagai jenama dalam dua serbuan_ berasingan pada Rabu dan Jumaat lalu membabitkan nilai cukai berjumlah RM4.7 juta. Dalam serbuan pertama pada Rabu lalu, pihaknya berjaya menahan tiga buah van dipercayai membawa rokok tersebut di LPT berhampiran kawasan RNR Ajil, Terengganu.
42. KOTA BHARU 16 Feb. - Pas mengajak pimpinan UMNO dan Parti PPBM duduk sepentas di Himpunan RUU 355 di Padang Merbok, Kuala Lumpur, Sabtu ini. Himpunan berkenaan adalah untuk menyatakan sokongan kepada usaha memartabatkan mahkamah syariah yang mana semua pihak perlu menghormati kedudukannya.
43. KUALA LUMPUR 16 Feb. - Sebanyak 200 unit green kit diagihkan kepada penghuni PPR Seri Semarak, Setapak, di sini hari ini bersempena program Tautan Ceria anjuran Kementerian Wilayah Persekutuan. Program itu bertujuan mendidik warga PPR supaya memelihara dan menjaga alam sekitar selain mengalakkan aktiviti bercucuk tanam.
44. KUALA LUMPUR 16 Feb. – PM DSeri Najib Tun Razak berkata, data terbaharu Bank Negara Malaysia (BNM) membuktikan bahawa ekonomi Malaysia terus berkembang dan bukan seperti diuar-uarkan pihak pembangkang seolah-olah negara berada di ambang muflis dan krisis.
45. PUTRAJAYA 16 Feb. – Peguam Negara, TSri Mohamed Apandi Ali berkata, tiga fakta baharu yang diperoleh bagi menyokong permohonan Malaysia menyemak keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), ditemukan selepas pasukannya meneliti lebih 3,000 dokumen milik Arkib Negara United Kingdom (UK). Bukan semua dokumen yang diperoleh itu relevan menyebabkan pasukannya terpaksa meneliti satu persatu bagi mengorek bukti baharu yang diyakini memihak kepada Malaysia.
46. KUALA LUMPUR 16 Feb. – Pasukan petugas yang ditubuhkan bagi menyiasat kerugian urus niaga mata wang asing oleh BNM pada awal 90-an perlu menyemak akaun bank peribadi individu-individu yang dikaitkan dengan aktiviti tersebut, jika mahu penubuhan pasukan itu benar-benar berkesan. Ini kerana aktiviti tersebut mungkin dilakukan hasil desakan beberapa pihak yang mahu menjana kekayaan menggunakan aset negara secara langsung atau tidak langsung.
47. KUALA LUMPUR 16 Feb. – Tentera siber propembangkang, Red Bean Army (RBA) kini dikatakan telah berkubur dan tidak lagi menguasai Internet serta media sosial. Perkara itu diakui sendiri oleh Lim Kit Siang menerusi artikel bertajuk ‘Most Ambitious Black Ops to Destroy DAP in Four Decades, Involving Minister and the Prime Minister Himself’ yang disiarkan melalui blog Penasihat DAP itu semalam.
48. JAKARTA 16 Feb. - Kementerian Luar hari ini mengesahkan, seorang wanita yang ditahan di Malaysia berhubung kes pembunuhan Kim Jong-nam iaitu abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un, adalah rakyatnya. Kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur telah meminta akses kepada wanita itu bagi menyediakan bantuan perundangan.
49. PASIR PUTEH 16 Feb. – Orang ramai yang berminat mempelajari asas bacaan dan sebutan al-Quran dijemput mendaftar sebagai pelajar dewasa untuk Program Mari Mengaji anjuran Panitia Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan (SK) Jelor, di sini. Program itu merupakan sumbangan sosial pihak sekolah kepada komuniti setempat.
50. YANGON 16 Feb. – Tentera Myanmar dilaporkan telah menamatkan operasi ‘pembersihan’ di Rakhine, sekali gus mengakhiri kekejaman oleh anggota keselamatan sejak empat bulan lalu yang disifatkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai jenayah kemanusiaan dan pembersihan etnik. Pasukan tentera telah menghentikan operasi mereka dan meletakkan kawasan itu di bawah kawalan polis.
51. SUNGAI SIPUT 16 Feb. – Kehilangan seorang lelaki sejak semalam terjawab hari ini apabila dia ditemukan dalam keadaan sudah tidak bernyawa di bawah tayar traktor di kawasan pemunggahan tanah di Perlop 2, Kg. Lasah di sini hari ini. Siasatan awal mendapati mangsa, Dzuhir Mohd. Isa, 62, telah pergi ke kawasan tersebut untuk membaiki jentera tersebut yang mengalami kerosakan.
52. JAKARTA 16 Feb. - Calon Gabenor Jakarta, Agus Harimurti Yudhoyono membuat kejutan apabila menerima kekalahan beliau pada perkiraan undian awal semalam dalam saingan tiga penjuru bagi merebut jawatan tersebut. Agus yang juga anak kepada bekas Presiden Susilo Bambang Yudhoyono akur dengan keputusan itu.
53. TEBING BARAT 16 Feb. - Presiden Palestin, Mahmoud Abbas menolak cadangan Donald Trump yang mahu alternatif lain diperkenalkan bagi menggantikan rancangan penyelesaian dua negara dalam konflik Israel dan Palestin. Sebaliknya tegas Mahmoud, beliau tetap komited kepada kaedah penyelesaian dua negara selain mahu Israel menghentikan kerja-kerja penempatan haram Yahudi di wilayah yang dirampas dari Palestin.
54. WASHINGTON 16 Feb. – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menerima tamparan baharu apabila calon utama S/usaha Buruh, Andrew Puzder menarik diri daripada pencalonan, beberapa hari selepas Penasihat Keselamatan Negara, Michael Flynn meletakkan jawatan. Pengunduran Puzder itu berikutan kebimbangannya yang mungkin tidak memperoleh undi Senat ekoran beberapa kontroversi yang melanda beliau kebelakangan ini.
55. ALOR SETAR 16 Feb. – Seorang penolong jurutera awam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas lima pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM105,000 hujung tahun lalu. Ishak Ismail, 56, yang bertugas di JKR cawangan Sik membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan kepadanya di hadapan Hakim Zulhazmi Abdullah.
56. NORTH CAROLINA 16 Feb. – Sebuah pesawat American Eagle 5320 yang dikendalikan oleh PSA Airlines terpaksa membatalkan penerbangan selepas berlanggar dengan seekor rusa ketika hendak berlepas. Perlanggaran itu menyebabkan tangki minyak pesawat tersebut bocor. Insiden itu berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Charlotte Douglas pada pukul 12.15 tengah hari waktu tempatan semalam.
57. SUNGAI PETANI 16 Feb. - Harga ikan kembung yang mencecah RM18 hingga RM20 sekilogram berbanding RM5 sebelum ini walaupun dijual di lokasi peraih iaitu di Pusat Pendaratan Ikan Bisik-Bisik Kota Kuala Muda di sini mula meresahkan orang ramai. Ia naik mendadak sejak seminggu lalu ekoran laut bergelora, sekali gus mengakibatkan nelayan tidak dapat turun menangkap hasil laut.
58. JOHOR BAHRU 16 Feb. - Laporan penilaian kerosakan dan kerugian akibat banjir yang melanda negeri ini, baru-baru ini akan diketahui kira-kira tiga bulan lagi. Laporan tersebut mengandungi maklumat mengenai kerosakan penempatan, harta benda, kawasan pertanian dan penternakan serta infrastruktur seperti sekolah dan jalan.
59. PULAU PINANG 16 Feb. – Kerajaan DAP Pulau Pinang digesa memberi ‘perhatian istimewa’ kepada permohonan membina projek perumahan rakyat yang dirancang oleh agensi Kerajaan Persekutuan di negeri ini. Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan negeri, DSeri Zainal Abidin Osman berkata, pihaknya sudah menghantar pelan pembinaan kira-kira 10,000 unit rumah tersebut kepada kerajaan negeri namun sehingga kini belum mendapat sebarang maklum balas.
60. KOTA BHARU 16 Feb. – Usahawan muda yang menyertai program Food Truck in The Park kelolaan KADA mengakui mereka mampu meraih hasil jualan sehingga RM2,000 dalam tempoh kurang empat jam. Peniaga sate, Wan Mohd. Asrul Wan Ahmad, 29, berkata, pada hari pertama iaitu 12 Februari lalu, dia berjaya menjual 1,000 cucuk sate yang kemudian meningkat kepada 1,300 cucuk pada hari kedua dan 2,000 cucuk pada hari ketiga.
*BERITA SUKAN:*
1. KUALA LUMPUR 16 Feb. - Ketika perebutan jawatan Presiden FAM menjadi tumpuan, peralihan pucuk pimpinan dalam Persatuan Badminton Malaysia (BAM) juga tidak kurang menariknya. Selepas dua pemimpin tertinggi BAM, TSri Al Amin Abd. Majid dan DSeri Mohamad Norza Zakaria dikatakan berkira-kira untuk berebut jawatan itu, timbul satu surat yang mengingatkan mereka mengenai satu perjanjian awal yang telah dibuat.
2. KUALA LUMPUR 16 Feb. - Konflik antara Datuk Lee Chong Wei dengan Morten Frost Hansen mungkin tidak akan bertemu titik perdamaian langsung apabila pemenang tiga pingat perak Olimpik itu berkata sukar untuknya bekerjasama dengan legenda Denmark itu. Morton seolah-olah menyindirnya dengan pertanyaan sama ada kecederaan baru dialaminya akan membuatkan Chong Wei bersara.
3. KUALA LUMPUR 16 Feb. – Naib Presiden Kelab Penyokong Bola Sepak Selangor (SSFC), Norazman Abbas menyambut baik saranan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah agar Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) melakukan rombakan drastik, termasuk mengehadkan tempoh untuk menjawat jawatan penting.
4. LONDON 16 Feb. – Pemain le¬genda Steven Gerrard dijangka membuat kepulangan penuh emosi ke laman keramat Anfield apabila Liverpool mengesahkan dia akan beraksi dalam perlawanan amal menentang Real Madrid. Pemain berusia 37 tahun itu tersenarai dalam barisan yang akan bermain dalam perlawanan pada 25 Mac ini, yang seakan-akan perlawanan ulangan kepada Carazon Classic di Santiago Bernabeu pada Jun 2015.
5. MADRID 16 Feb. - Jurulatih Real Madrid, Zi¬nedine Zidane mengingatkan anak buahnya jangan cepat berasa selesa selepas berjaya menewaskan Napoli 3-1 dalam perlawanan pertama pusingan kedua Liga Juara-Juara Eropah di laman sendiri awal pagi ini.
6. MUNICH 16 Feb. – Jurulatih Bayern Munich, Carlo Ancelotti kagum dengan kemampuan anak buahnya membelasah Arsenal hingga 5-1 dalam perlawanan pertama pusingan kedua Liga Juara-Juara Eropah, di sini awal pagi ini. Sambil memuji persembahan yang dipamerkan skuad bimbingannya, pengendali dari Itali itu mengakui Bayern memang berhak menang kerana bermain lebih baik daripada lawan mereka yang bakal dihadapi sekali lagi untuk aksi timbal balik kedua di Stadium Emirates pada 7 Mac nanti.
7. MUNICH 16 Feb. – Pengurus Arsenal, Arsene Wenger tidak cuba mencari alasan selepas cabaran pasukannya dileburkan dengan kekalahan 1-5 kepada Bayern Munich dalam perlawanan pusingan 16 terbaik Liga Juara-juara hari ini. Keputusan itu membuatkan Arsenal hampir pasti terkeluar daripada pertandingan ini seawal langkah pertama mereka di peringkat kalah singkir untuk kali ketujuh berturut-turut, membuatkan tekanan semakin meningkat ke atas Wenger.
8. KUALA LUMPUR 16 Feb. – Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) telah menggantung 22 pemain dan pegawai dari Laos dan Kemboja daripada aktiviti bola sepak seumur hidup. Ini merupakan antara kumpulan pemain dan pegawai teramai pernah dihukum gantung oleh AFC kerana mengatur perlawanan. Tindakan itu dilaksanakan hasil daripada penyiasatan yang bermula pada 2014, dan mereka juga akan memastikan hukuman itu dikuatkuasakan di seluruh dunia.
9. LISBON 15 Feb. - Benfica membuat kejutan apabila menewaskan Borussia Dortmund 1-0 dalam perlawanan pertama pusingan 16 pasukan terakhir Liga Juara-juara hari ini, menyaksikan penyerang Kostas Mitroglou muncul wira tuan rumah apabila meledak gol kemenangan. Jaringan tunggal itu hadir pada minit ke-48 apabila Mitroglou yang tidak dikawal rapi menewaskan Roman Burki dari jarak dekat selepas penjaga gol Dortmund itu menampan bola tandukan daripada sepakan sudut.
10. PETALING JAYA, 16 Feb - Pelumba elit negara, Mohd Azizulhasni Awang bertekad untuk melakar sejarah meraih pingat emas pada Kejohanan Berbasikal Trek Dunia UCI di Hong Kong pada 12 hingga 16 April ini. Azizulhasni yang memenangi pingat emas peribadi kelapannya pada Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) 2017 di India, Jumaat lepas, berkata prestasinya kini berada pada tahap lebih baik berbanding sebelum ini.
