BAGAIMANA FIZIK, KIMIA, BIOLOGI & MATEMATIK MEMBANTU KITA JADI MANUSIA LEBIH BAIK

Kita belajar cara operate mesin yang kita beli. 

Tapi kita tak belajar cara operate kepala otak sendiri. 

Setiap hari beribu keputusan kita perlu buat.

Tapi kita tak belajar cara buat keputusan. 

.

.

Charlie Munger cakap, untuk faham dunia ini dan untuk buat keputusan lebih baik, ada beberapa hukum yang boleh kita gunakan sebagai mental model. 

(Charlie Munger ialah orang kanan Warren Buffett. Pakcik berdua ni mengepalai Berkshire Hathaway -- antara syarikat pelaburan paling berjaya. Pakcik berdua ni juga billionaire. Biasalah. Orang nak dengar cakap orang kaya. 😉 )

Kata beliau, kalau kita mangkuk dalam buat keputusan... ia berpunca daripada kurangnya perkakas dalam 'toolbox' pemikiran kita. 

Bayangkan kita dipaksa bertukang dengan perkakas serba tak cukup. 

Ubatnya?

Siapkan mental model yang secukupnya. 

Apa maksud mental model?

Mental model bermaksud prinsip dan analogi yang kita boleh guna untuk faham satu benda lain.

.

.

Contoh...

Antara hukum yang saya suka guna sebagai mental model ialah: 

COMPOUNDING INTEREST. 

Warren Buffett dan Albert Einstein bersetuju, compounding interest ialah antara kuasa paling power. 

Aqif Azizan pun banyak bantu saya faham tentang compounding interest.  

"Kau buat iklan ni, 5 kali lipat hasil positif, kau akan nampak peningkatan laju berganda. Masalahnya, ramai tak sanggup tunggu 5 pusingan positif tu."

Compounding interest ni bermaksud satu benda tu akan berlipat bergulung apabila diulang-ulang. 

Kalau kita malas, kemalasan kita akan ber-compound jadi malas yang melantun-lantun. 

Kalau kita invest dan dapat hasil positif setiap tahun, setiap tahun juga kita akan dapat pulangan berkali ganda.

Nanti saya cerita lagi pasal ni kalau ada yang minat nak tahu...

.

.

Dalam buku 80/20 Principles, Richard Koch tulis secara terperinci tentang 93 hukum alam yang kita perlu faham. 

Ada yang daripada psikologi, biologi, Newtonian Physics, quantum mechanics dan macam-macam bidang lagi. 

.
.

Benda ni tak semestinya benda yang susah. 

Contoh...

Hukum alam pertanian:

Tak tanam, tak dapat. Dah tanam, kena jaga. Bila tanam, bukan terus dapat. 

Aplikasi dalam hidup:

Nak apa, kena usaha. 

Usaha, ada langkah demi langkah tertibnya. Usaha pun bukan terus dapat. 

Gitu.

Senang kita nak faham kena perlu usaha, kalau kita faham prinsip tanam tadi tu kan?

.

.

Dalam hidup kita banyak buat keputusan. 

Tapi kita huru-hara serabut buat keputusan kerana tidak cukup perkakas untuk berfikir. 

.

.

Ramai orang belajar perkakas buat iklan, perkakas buat marketing, perkakas cepat kaya. 

Tapi melingkup tak berkesudahan sebab tak belajar berfikir jejak di bumi nyata. 

Kesian. 

Belajar iklan nak yang power. 

Tapi tak belajar untuk hidup. 

Itu yang jadi banyak duit tapi tak tinggal apa. 

Masuk juta, tinggal sen-sen. 

.

.

Renungkan. 

Hadamkan. 

Kalau bukan sekarang, mungkin 6 bulan lagi baru nampak. 

Jangan putus asa. 

Saya tak putus asa menulis hal-hal begini. 

Amiin. 

BRC, 3-1 Jalan Setia Dagang AK U13/AK, Setia Alam, Selangor 40170, Malaysia

Labels

abad sahabat (1) Agama (39) agent hartanah (1) Akademi Tahfiz Darul Amee (1) Al Quran (3) Amalan (2) Anak Anak (2) Aplikasi (1) aqiqah (1) auto komen (1) Ayah (1) bangsa (1) bantuan (1) Berita (1) Bisnes (6) BR1M (1) brim (1) canopy (1) canopy sewa (1) Cerita (2) china (1) Coway (1) Cuckoo (1) Daie (1) dakwah (1) doa (1) Duit (2) ebook (1) event (1) facebook (3) felda (1) Global (1) google ads (1) grab (1) hartanah (1) healthy beverage for diabetics (1) Hiburan (1) Hijrah Canopy (1) homestay (1) Hospital (2) hotel (1) HRUU355 (1) hukum Agama (2) ibadat (4) ibu bapa (1) Ijtimak (1) insurans (1) ipoh (1) Jawatan Kosong (3) jenayah (3) Jin (1) jpj (1) kambing bakar (2) keluarga (3) Kemalangan (3) kenderaan (3) kerajaan (1) Kerja (1) kerja kosong (1) Kesihatan (1) Ketua Polis Negara (1) kewangan (1) khutbah Jumaat (1) kipas air (1) kisah agama (1) kitab (2) komesin (1) kongsi (1) kuliah (1) lelaki (1) lemon tea for diabetics (1) lesen (1) Lori sewa (3) lorry Trasport (1) luar negara (1) makanan (8) malaysia (2) Manusia (1) marketing (1) melayu (1) menteri (3) minuman (1) movers (3) Nasihat (7) National (1) negara (6) niaga (3) niaga fb ads (1) Nikah (1) Niqa Hijab Wash (1) Pelajaran (1) Peluang Pelajar (1) Pemandu Lorry (1) PENGERANG DEEPWATER PETROLEUM TERMINAL (1) PERHIMPUNAN (1) perniagaan (7) pernipuan (2) Pertolongan (1) Perubatan (1) Petua (2) phone (1) Politik (6) Produk (1) property (1) raja (1) rogol (1) roket emal (1) Rokok (1) rumah (1) sabun (1) Safe (1) sahabat (3) Saleman (1) Sebarkan (2) Semasa (1) seminar (1) SEMINAR MY DOCUMENTS (1) seri kembangan (1) Services (2) Sewa Khemah (1) sifat manusia (1) sifu fbads (1) sifu najib (1) stroke (1) Suami Isteri (6) Sukan (1) Sumbangan (1) surga (1) Syasya Canopy (1) Syurga (1) taklim (1) Taladan (10) taman negara (1) teknik (1) TEKNOLOGI (2) Teksi (1) Tentera Udara DiRaja Malaysia (1) tolong (2) Travel (3) TRONEXUS (1) TRUCKERS SNAPPERS (1) TRUCKERS SNAPPERS (1) ubat kuat (1) umum (1) Umur (1) Undang-undang (2) Up Date Trip Lori Sewa (1) urut (1) usia (1) wanita (1) website (1) Wordpress (1) yahudi (1) youtube (1) Zuriat (1)